.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, January 29, 2011

Pimpinan Berjaya Part 2 untuk Eksekutif Kanan Penghantaran

.
Minggu lepas, aku memfasilitator modul Pimpinan Berjaya Part 2 (PB2) untuk sekumpulan Jurutera Kanan dan Eksekutif Kanan, Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad. Modul PB2 ini merupakan modul kedua bagi kumpulan Jurutera dan Eksekutif dalam Program Capacity Building mereka dalam menyediakan mereka melangkah masuk ke jawatan pengurusan yang lebih tinggi. Hajatnya ialah agar mereka semua akan dapat mengikuti keseluruhan modul-modul PPB3K di bawah Program Capacity Building ini.
.
Semasa di permulaan sessi ini, aku ada memberitahu mereka bahawa PPB3K ini sesuai dijadikan sebagai program asas transformasi organisasi. Namun di akhir sessi ini, aku ditanya oleh salah seorang dari mereka mengapa PPB3K ini tidak dilaksanakan untuk keseluruhan anggota kerja dalam satu unit bisnes sahaja dan bukan kepada sekumpulan individu dari berbagai-bagai unit bisnes. Untuk itu aku jelaskan bahawa PPB3K ini dilaksanakan kepada kumpulan mereka ini untuk memberi pendedahan dan meningkatan kompetensi kepimpinan mereka. Sekiranya di kemudian hari nanti mereka memerlukan satu program untuk mendidik kumpulan yang mereka pimpin, sekurang-kurangnya mereka tahu PPB3K wujud dan mengetahui apa yang PPB3K mampu lakukan.
.
Aku juga memberitahu mereka bahawa sekiranya mereka mengikuti secara keseluruhan isi kandungan PB2 ini, mereka sebenarnya telah mengetahui selok belok untuk memimpin satu-satu organisasi secara holistik atau menyeluruh. Aku nampak beberapa wajah yang tertulis seribu tanda tanya. Aku berkata dalam hati aku bahawa sekiranya mereka hadir PB2 ini dari mula hingga akhir, mereka pasti akan nampak apa yang aku maksudkan.
.
Selepas itu aku mula berkongsi cerita PB2 ini.

Perlahan-lahan aku nampak mereka mulai jelas apa yang aku maksudkan dengan keupayaan memimpin satu organisasi. Aku faham sesetengah dari mereka ini merupakan kali pertama didedahkan dengan idea-idea sebegini, namun aku tahu mereka mula nampak gambaran menyeluruh bagaimana harus memimpin satu organisasi. Apa yang diperlukan hanyalah pendedahan dan turut serta dalam aktiviti-aktiviti pengurusan organisasi di tempat kerja mereka selepas tamat mengikuti PB2 ini. Aku yakin mereka boleh menjadi hebat dalam soal ini.
.
Bermula dari kisah mengapa sesuatu orgainsasi ditubuhkan iaitu untuk memenuhi kehendak pelanggan organisasi tersebut, aku telah membawa mereka menjalani tiga peringkat proses memimpin organisasi iaitu;

1) Perancangan Strategi
2) Perancangan Perlaksanaan Strategi
3) Perlaksanaan Strategi.
.
Ketiga-tiga peringkat ini menggunapakai satu rangka kerja pengurusan organisasi yang aku namakan Rangka Kerja Malcolm Baldrige 3K (MB3K). Melalui MB3K, tiada sebarang perkara penting yang perlu dititik berat semasa memimpin organisasi diketepikan. Semuanya telah sedia terbina dalam Rangka Kerja ini. Ini adalah jaminan yang diberi oleh pakar-pakar pengurusan yang membina Rangka Kerja Malcolm Baldrige ini.

Aku rasa terharu kerana rata-rata di kalangan mereka telah menulis dalam borang soal selidik yang aku edarkan diakhir sessi PB2 ini mahu menghadiri keseluruhan PPB3K ini. Harapnya hasrat ini akan termakbul.
.
Harapan aku selepas mereka melalui PB2 ini, mereka akan punya satu gambaran luas dan satu semangat jitu dalam memimpin organisasi sebagaimana video yang mereka saksikan di awal modul PB2 ini mengenai bagaimana datuk nenek kita memimpin negara ini ke arah Kemerdekaan sebelum 31 Ogos 1957 itu. Kita Boleh!!!

No comments:

Post a Comment