.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, January 20, 2011

PPB3K – Satu Perjalanan

.
Dah lama betul rasanya masa yang aku ambil untuk bangunkan PPB3K ini. Aku benar-benar curahkan tenaga, masa dan segala sumber yang aku ada untuk merealisasi apa yang kini ada dalam PPB3K. Kekadang bila aku berseorangan, datang suara-suara yang bertanya pada aku … berbaloikah apa yang telah aku bina menerusi PPB3K ini?

Sebagai manusia biasa, aku sudah tentu tidak lepas dari persoalan begini. Tambah pula, aku berseorangan dalam perjalanan membangunkan PPB3K ini. Sudah banyak dugaan dan cabaran yang aku lalui bagi merealisasikan PPB3K. Lumrah dunia, bila kita lakukan pengorbanan terhadap sesuatu, maka akan mudah timbul rasa sayang pada apa yang kita korbankan itu. Begitulah perasaan yang timbul dalam diri aku terhadap PPB3K ini.

Aku amat berharap PPB3K ini akan menjadi satu panduan asas untuk semua manusia bagi membina kehidupan yang seimbang. Mereka akan jadikan PPB3K sebagai pelan transformasi asas bagi setiap perubahan yang mahu dibawa. Itulah harapan aku. Segala apa yang aku rasai mengenai PPB3K ini serta perasaan yang aku harap terbina dalam diri mereka yang mengguna pakai PPB3K ini ada tergambar dalam lagu dibawah ini, ‘Ku Ada Kamu’. Hayati kata-kata dalam lagu ini …

video

.
Aku tahu mereka yang melaksana apa yang disaran dalam PPB3K ini akan membina satu kehidupan yang cukup makmur dalam setiap cabang hidup mereka. Soalnya hanya terletak kepada pilihan mereka sahaja. Atas itu, akan aku usahakan untuk kembangkan PPB3K ini seluas mungkin. Itu janji aku pada diri ku.

Aku harap bila lama aku sudah tiada lagi di mukabumi ini, PPB3K akan terus memberi khidmat kepada semua manusia. Oh Tuhan, permudahkan usaha aku ini dan aku pohon petunjuk dan bimbinganMu ... Amin.

No comments:

Post a Comment