.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, January 1, 2011

Selamat Datang 2011!

.
Tahun baru muncul lagi. Setiap kali muncul tahun baru, pasti semua organisasi tanam azam untuk capai apa yang diazamkan. Dalam erti kata lain semua mahu tingkatkan produktiviti agar matlamat tercapai. Dalam dunia komersial, produktiviti berkadar terus dengan $$$. Soalnya bagaimana mahu wujudkan produktiviti?
.
Bagaimana mahu tingkatkan produktiviti selalunya berkadar terus pula kepada sama ada anggota kerja organisasi seronok dengan apa yang dilakukan. Berdasarkan ‘Two Factor Theory’ oleh Herzberg, seronok dengan apa yang dikerjakan itu bergantung kepada soal ‘hygiene’ dan ‘motivators’.

Soal ‘hygiene’ ialah memberi penekanan kepada soal penyediaan soal asas di tempat kerja seperti penyediaan tempat kerja yang kondusif, kemudahan beriadah, sistem, polisi, tangga gaji/imbuhan dan lain-lain lagi. Sekiranya soal ‘hygiene’ ini tidak diambil kira, pasti anggota kerja sesuatu organisasi itu akan berasa tidak puas hati. Sebaliknya, jika hal ini wujud, kelihatan anggota kerja organisasi tersebut semacam puas hati tetapi tiada tindakan positif ke arah peningkatan produktiviti.

Manakala soal ‘motivators’ bersangkutan memberi penekanan kepada soal mengadakan ceramah motivasi, mengadakan latihan, menganjurkan Kem Bina Semangat, pembangunan kerjaya dan lain-lain lagi. Sekiranya soal ‘motivators’ ini tidak diambil kira, kelihatan anggota kerja semacam puas hati tetapi tiada tindakan positif ke arah peningkatan produktiviti. Sebaliknya, jika hal ini wujud, anggota kerja organisasi tersebut mulai melaksanakan tindakan positif ke arah peningkatan produktiviti.
.
Dari penerangan di atas, jelas sesuatu organisasi itu perlu memberi penekanan kepada kedua-dua soal ‘hygiene’ dan ‘motivators’ ini untuk bina anggota kerja yang seronok di tempat kerja dan seterusnya meningkatkan produktiviti. Namun, apa yang kelihatan masakini ialah organisasi lebih memberi penekanan kepada soal ‘hygiene’ berbanding ‘motivators’ kerana hasil daripada ‘hygiene’ mudah dan jelas diukur berbanding soal ‘motivators’. Sudahnya banyak organisasi mengabaikan atau mengambil tindakan terhadap soal ‘motivators’ tidak secara sistematik dan berterusan. Jika ini diamalkan, mana mungkin produktiviti dapat ditingkatkan? Fikirkan …

Menyedari hakikat ini, saya telah menumpukan usaha saya untuk mengisi keperluan dalam soal ‘motivators’ ini. Dari pemerhatian saya, untuk seseorang anggota kerja itu seronok (dari segi ‘motivators’), beliau perlu punya tiga kompetensi asas di tempat kerja. Tiga kompetensi asas tersebut yang ialah

Kesedaran Diri – Soal Bermatlamat dan Kreatif di tempat kerja
Kesesaran Kerja Berpasukan – Psikologi dan Proses bekerja dalam satu pasukan
Kesedaran Kepimpinan - Psikologi dan Proses memimpin satu pasukan

Cuba anda bayangkan anda punya tiga kompetensi asas ini di tempat kerja. Anda akan seronok bukan? Fikirkan …
.
Hasil daripada pemerhatian ini, saya telah menwujudkan satu siri modul bagi menangani pembinaan tiga kompetensi asas ini dalam diri setiap anggota kerja. Siri modul ini saya namakan Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K).

Mungkin ada yang ingin bertanya, cukupkah pembinaan tiga kompetensi asas ini dilaksanakan dengan latihan? Jawaban saya kepada soalan ini ialah saya setuju latihan sahaja tidak cukup. Ahli pengurusan menyatakan sebarang latihan hanya merupakan 20% daripada segala usaha untuk sebarang perubahan. Namun harus ingat, perlatihan amat diperlukan dipermulaan kerana amal tanpa ilmu, kita akan sesat. Dalam erti kata lain, latihan merupakan pintu masuk kepada sebarang perubahan.

PPB3K telah disediakan agar selepas menghadiri sebarang modul itu, satu siri susulan perlu diamalkan bagi menterjemahkan ilmu dalam modul itu di tempat kerja. PPB3K amat menekankan soal susulan ini kerana PPB3K amat menyedari latihan tanpa susulan amat merugikan.
.
Bilamana setiap modul dalam PPB3K serta susulan dilaksanakan, maka satu siri tindakan secara sistematik dan berterusan dapat dilaksanakan agar hajat akhir organisasi untuk capai matlamat yang telah ditetapkan menjadi realiti.

Akhir kata, saya jemput semua organisasi yang serius untuk bangunkan anggota kerja masing-masing agar mereka teguh menangani sebarang cabaran dalam usaha capai matlamat yang ada dalam organisasi untuk menggunapakai PPB3K. Mari kita mulakan tahun baru 2011 ini dengan satu fikir dan tindakan yang berbeza (positif) agar kita capai hasil yang berbeza (positif). Saya sentiasa bersedia untuk serve organisasi anda!

No comments:

Post a Comment