.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, February 23, 2011

Gung Ho Revisited

.
Satu malam, aku telah diminta untuk menyampaikan satu ceramah mengenai konsep ‘Gung Ho’ kepada satu kumpulan anggota kerja Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran, Bahagian Penghantaran, TNB. Idea Gung Ho ini berasal dari satu buku tulisan Ken Blanchard dan Sheldon Bowles. Ianya mengesahkan bagaimana mencipta kejayaan dalam dunia yang penuh dengan perubahan!
.

Konsep Gung Ho ini sebenarnya tidak asing bagi kumpulan anggota kerja ini. Hanyanya kemungkinan cara pandang mereka terhadap Gung Ho ini sedikit berbeza antara satu sama lain. Jadi malam itu, aku bercadang mahu satukan cara pandang mereka terhadap Gung Ho dan membawa cara pandang itu dari satu sudut pandangan yang lebih holistik.
.
Aku bermula dengan menerangkan bahawa tujuan utama satu organisasi itu diwujudkan adalah untuk memenuhi kehendak dan menyukakan pelanggan mereka. Bagi memenuhi tujuan ini, aku menerangkan idea Rangkakerja Malcolm Baldrige yang digunakan untuk melaksanakan segala perkara yang ada dalam organisasi itu bagi mencapai kehendak dan menyukakan pelanggan organisasi tersebut.
.
Seterusnya, perlaksanaan Rangkakerja Malcolm Baldrige ini akan menjadi lebih mudah sekiranya amalan berikut diterapkan di kalangan anggota kerja organisasi tersebut;

Perlu amal Visi-Misi-Nilai Bersama

Perlu jelas & buat tugas masing-masing (KPI)

Perlu bina competencies untuk buat KPI

Perlu ada ‘coaching’

Perlu sentiasa beri galakan dan sokongan
.
Sudahnya aku menyatakan bahawa ke lima-lima amalan di atas sebenarnya adalah amalan Gung Ho yang diwakili oleh tabiat tiga binatang iaitu Tupai, Memerang dan Angsa yang digunakan sebagai analogi dalam cerita buku Gung Ho itu. Amalan ketiga-tiga binatang tersebut ialah seperti berikut;
.
Tabiat Arnab

Saya faham bahawa melalui tugas saya, saya berupaya menyumbang ke arah menjadikan Dunia Satu Tempat Yang Lebih Baik walau bagaimana kecil pun tugas saya. (MISI)

Saya dan kawan-kawan saya berupaya menyumbang ke arah satu matlamat yang sama. (VISI)
Saya dan kawan-kawan saya mesti mematuhi Nilai-Nilai yang dipersetujui bersama
dalam melaksana sebarang Perancangan, Keputusan dan Tindakan. (NILAI BERSAMA)
.

Tabiat Memerang

Tanggungjawab yang diberi kepada saya adalah jelas. (KPI)

Tugas yang diberi kepada saya mampu saya laksanakan namun ianya mencabar.
(KPI)

Pendapat, perasaan, keperluan dan impian saya dihormati, dihargai, dan diambilkira. (‘Competencies’ & ‘Coaching’)
.
Tabiat Angsa

Beri tahniah/galakan untuk setiap kemajuan (progress) matlamat. Bukan ketika matlamat tercapai sahaja.

Ucapan tahniah mesti mengandungi TRUE

T= Timely – Tepat pada masa & keadaan
R= Responsive – Mewujudkan tindakbalas
U= Unconditional – Tanpa syarat
E= Enthusiastic – Bersemangat

E = mc² (Enthusiasm = mission*cash*congratulations)
.
Malam itu aku tamatkan persembahan aku dengan membuat rumusan bahawa konsep Gung Ho digunakan untuk mencipta kejayaan dalam dunia yang penuh dengan perubahan. (seperti dinyatakan di awal artikel ini) Perlaksanaan Rangkakerja Malcolm Baldrige menuntut perubahan. Sudahnya, sekiranya mereka semua saling mengingati dan amal tabiat-tabiat 3 binatang ini secara sistematik dan berterusan, sudah pasti perlaksanaan Rangkakerja Malcolm Baldrige akan tercapai yang sudahnya membawa tercapai kehendak pelanggan dan menyukakan pelanggan mereka.

Aku harap penerangan sebegini memberi kesan mendalam kepada diri mereka.

No comments:

Post a Comment