.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, February 5, 2011

Kita tahu apa kita perlukan?

.
Saya tertarik dengan soalan di atas selepas membaca satu buku mengenai innovasi baru-baru ini. Sedar tidak sedar jika saya tanyakan soalan ini kepada anda, dalam banyak perkara anda akan kabur dengan jawapannya bukan?
.
.
Jika anda sebagai pengguna, bukankah dalam banyak situasi bilamana anda terjumpa satu produk/servis di pasaran, baru anda sedar pada ketika itu bahawa anda amat memerlukannya? Namun sebelum anda terjumpa perkara tersebut, tidak terlintas langsung anda memerlukan produk/servis tersebut. Sebagai contoh anda lihat apabila anda pertama kali dipertemukan dengan produk seperti telefon bimbit, komputer & video games atau perkhidmatan seperti khidmat e-banking, pos laju & catering. Bukankah dalam situasi tersebut, bila kita bertemu dengan produk/servis sebegini, terus kita memerlukannya? Bukankah ini membuktikan tajuk artikel ini?

Itulah apa yang dikatakan oleh buku yang saya baca ini. Bagi produk/servis yang bersifat transformasi, jarang sekali pereka produk/servis itu merujuk kepada pelanggan beliau. Beliau lebih bertanya kepada diri mereka sendiri tentang apa yang diperlukan kerana pada pandangan beliau, beliau sendiri lah sebenarnya pegguna yang paling peka apa yang diperlukan oleh masyarakat ramai. Namun bagi produk/servis yang punya pengaruh sedikit sahaja kesan kepada masyarakat, selalunya adalah hasil dari penambahbaikan daripada produk/servis yang telah sedia ada. Fikirkan …

Seseorang pereka yang berjaya mencipta satu produk/servis yang bersifat transformasi kebiasaannya menumpukan perhatian beliau kepada pengalaman yang bakal dilalui oleh pengguna produk/servis beliau. Mereka bukan seorang BOZO. (Seseorang yang cuba mengetengahkan satu idea yang bukan berada dalam kepentingan pelanggan). Dalam soal ini, tanda aras samada produk/servis yang dibangunkan itu akan mendapat sambutan ramai adalah dengan bertanya secara ikhlas pada diri beliau sendiri samada beliau berpuas hati atau sebaliknya kerana beliau sendiri merupakan pengguna yang paling kritikal mengenai penggunaan produk/servis yang beliau bangunkan.
.
Sudahnya, apakah makna idea di atas kepada diri saya sendiri?

Telah bertahun saya bangunkan PPB3K. Sebenarnya apa yang dinyatakan di atas telah lama saya amalkan. Hanyanya saya tidak sedar saya mengamalnya sehinggalah saya terbaca idea ini. Dalam keseorangan, saya selalu mengatakan PPB3K ini memang amat diperlukan oleh masyarakat ramai. Kenapa saya berkata begitu? Kerana sebelum PPB3K wujud, saya selalu tidak puashati dengan soal latihan asas yang saya terima bagi membantu saya menjadi hebat di tempat kerja. Saya memang amat kritikal dalam soal ini. Terasa ada sesuatu yang hilang.

Bukankah dari kenyataan di atas, saya merupakan seorang pelanggan yang mahukan satu corak latihan yang menjawab kehendak saya di atas? Bertolak dari situ, saya telah mula mengatur langkah untuk mewujudkan satu sistem latihan seperti yang diimpikan. Dalam setiap perjalanan dalam membangunkan PPB3K, saya selalu bertanya pada diri sendiri samada saya puas hati jika saya terima latihan sebegini? Jika jawapannya tidak, pasti saya akan perbetulkan. Inilah yang saya lakukan hingga wujud PPB3K seperti mana yang saya lihat sekarang.
.
.
Saya pasti, jika saya sudah puas hati, orang diluar sana pun akan puas hati. Saya bukan syok sendiri kerana sejak dari mula, bukan senang nak puas hati pelanggan bernama ‘saya’ ini. Kenyataan saya ini terbukti bila saya mula berkongsi idea PPB3K ini dengan masyarakat ramai. Rata-rata setuju PPB3K amat diperlukan. Hanyanya sebelum ini mereka tidak pernah tahu wujudnya PPB3K. Bak kata pepatah Melayu – Tak kenal maka tak cinta. Bukankah ini membuktikan idea yang tertulis di atas?

Atas sebab itu, akan saya pergiatkan kempen PPB3K ini dengan menekankan soal kesedaran bahawa semua kita perlukan PPB3K jika kita mahu ubah hasil yang kita terima dalam hidup ini. Tugas saya untuk 'educate' masyarakat mengenai keperluan ini. Bak kata slogan organisasi idola saya, saya hanya perlu – ‘Think Different’.

No comments:

Post a Comment