.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, February 12, 2011

Nikmat ‘Doing Nothing’

.
Semasa cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, aku memang bercadang tidak mahu ke mana-mana. Hajatnya mahu duduk saja di rumah. Aku bercadang mahu berjumpa dengan networking seminar-seminar aku. Tetapi bila aku call mereka, tiada seorang pun dari mereka available. Aku garu kepala. Apa perlu aku buat? Secara sepontan, kami sekeluarga buat keputusan untuk habiskan masa di hideout kami di Sg. Buluh. Jadi, malam Khamis itu, kami sekeluarga bertolak ke sana.
.

Sudah lama betul aku tidak ke sini. Entah apa macam punya sebok sejak dua tahun kebelakangan ini menyebabkan jarang sangat aku ke sini. Memang seboknya di luar jangkaan. Kekadang aku rasa macam di luar kawalan aku. Aku jadi suffocated. Sebut pasal stress, memang aku stress.
.
Aku berniat mahu ambil mudah bila aku disini. Aku tak mahu serabut-serabut. Kali ini, aku hanya bawa sebuah buku. Aku bercadang mahu habiskan banyak masa dengan baca buku ini. Lagi pun dah lama buku ini di tangan aku. Aku benar-benar mahu rehat. Jadi, memang aku rehat.
.
.
Selama 3 hari aku disini, terasa ‘time stood still’. Nikmatnya. Tak payah nak rush sana sini. Kejar deadline sana sini. Aku habiskan masa baca buku ini di samping menghirup kopi kegemaran aku. Selain dari itu, aku hanya bergurau senda dengan famili aku. Mmmm… dah besar anak-anak aku. Jika dulu aku ke sini, anak-anak aku selalu sebok nak mandi swimming pool. But now, dah lain minat mereka. Sekarang ini, seorang demi seorang anak aku meninggalkan rumah untuk membawa haluan hidup masing-masing. Dulu aku ingatkan masa-masa ini lambat lagi akan berlaku. Cepat sungguh masa berlalu.
.

Salah satu kegemaran aku bila aku kesini ialah aku suka pergi breakfast dengan wife ke kedai minum yang banyak disini. Biasanya kami pergi awal pagi. Lebihkurang dalam jam 7 pagi. Bukan apa. Aku sukakan suasana pagi disini. Sungguh tenteram dan nyaman. Keadaannya yang tenang dan tidak terburu-buru memang buat aku cukup rehat. Namun aku sedar, keadaan ini tidak berlaku pada hari-hari biasa. Ianya hanya wujud pada cuti am ataupun di hujung minggu. Tak kisahlah. Janji aku dapat rehat.
. .
.
Bila waktu malam, aku suka bawa family aku makan-makan di salah satu daripada dua café yang ada disini. Nama dua café ini ialah La Café dan Laman Kasih. Suasana di dua café ini memang lain dari yang lain. Kekadang aku tak sangka bahawa aku sebenarnya hanya berada di Sg Buluh. Suasana malam di sini cukup santai dan mendamaikan. Jika anda mahu habiskan masa untuk berbual-bual atau have a good discussion, aku syorkan anda ke sini. I bet you will never regret.
.
Satu perkara yang aku sangat suka mengenai hideout kami ini ialah suasananya yang cukup sunyi. Cukup sunyi hinggakan bunyi jam berdetik pun boleh didengari. Tambah pula, hideout ini mengadap ke padang golf. Pemandangannya cukup mendamaikan. Aku mudah tertidur bila disini. Selera makan pun bertambah. Bak kata wife aku, tak boleh duduk lama-lama di sini. Cepat sangat berat badan naik.
.
Aku rasa cukup nikmat berada disini. Tetapi adakah aku nikmat ‘doing nothing’? Mungkin soalan ini tidak berapa tepat. Sebenarnya banyak perkara yang aku lakukan disini untuk menikmati hidup. Perkara-perkara yang simple tetapi cukup memberi kesan kepada kerehatan diri. Ianya benar-benar rejuvenate diri aku. Aku rasakan semangat aku makin kuat untuk meneruskan usaha aku terutamanya yang melibatkan PPB3K. Oh ya. Buku yang aku bawa untuk dibaca telah aku khatam dan banyak perkara-perkara baru yang aku temui.
.
Terima kasih Tuhan, di atas nikmat ini.

No comments:

Post a Comment