.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, February 15, 2011

Why + How = Movement

.
Satu malam aku keluar minum dengan anak aku, Safia. Dalam beberapa hari, dia akan pulang semula ke Dunedin. Aku ingin kongsi beberapa idea dengan dia. Tetapi aku tak tahu apa yang nak aku kongsikan. Tetapi aku dapat rasakan, bila tiba masanya, timbullah idea tersebut. Memang betul sangkaan aku. Bila aku mula bersembang dengan beliau, idea itu datang. Aku nak tuliskan idea-idea tersebut disini. Buat rujukan untuk aku di masa depan.
.

Untuk bina kemajuan dalam hidup ini kita perlu fokus dan ambil tindakan terhadap persamaan berikut;

Why + How = Movement.

Apa maknanya? Bagi sebarang usaha dalam setiap cabang kehidupan ini, kita perlu benar-benar jelas ’Why’ kita mahu lakukan usaha tersebut dan ’How’ kita akan laksana usaha tersebut. Jika salah satu dari ’Why’ dan ’How’ ini kabur, pasti tiada ’Movement’ dalam usaha tersebut. Sudahnya kita hanya ’going in circle’ sahaja dalam usaha tersebut. Sebaliknya bila kedua-dua soal ’Why’ dan ’How’ ini jelas, pasti akan wujud ’Movement’ ke arah apa yang kita hajati itu. Fikirkan ...

Bagi orang yang benar-benar kenal Tuhannya, beliau jelas bahawa Tuhan amat sayang dengan dirinya. Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidupnya baik yang positif maupun negatif sentiasa merupakan nikmat bagi dirinya. Kenapa? Kerana beliau yakin Tuhan itu Maha Melihat dan Maha Sayang. Maha Melihat apa yang berlaku di masa depan. Maha Sayang pada dirinya. Berdasarkan kepada dua sifat Tuhan ini, adakah logik Tuhan mahu mendera atau menyusahkan dirinya? Fikirkan ...

Satu ketika seorang sahabat bertanya kepada diri aku, apa yang aku faham dengan maksud satu ayat Al-Quran ...

“Sesungguhnya, Tuhan tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” (Surah Ar-ra’d : Ayat 11)

Berdasarkan kepada ayat di atas, beliau juga bertanya pada aku adakah bermakna kita boleh buat apa sahaja tanpa ketentuan dari Tuhan atau kita tidak payah buat apa-apa setelah semua ketentuan itu datang dari Tuhan? Pening jugak aku.

Jelas sahabat aku itu, salah satu maksud tersirat dari ayat di atas ialah manusia bebas buat apa sahaja asalkan ianya menuruti Hukum Tuhan dengan cara di tunjuk oleh PesuruhNya. Jika kita langgar, terimalah padahnya. Jika kita turuti, kita akan bahagia dalam hidup ini. Tuhan mahu kita turuti Hukum-Hukum Beliau sebab Beliau yang menjadikan kita dan alam ini dan sudah semestinya Beliau tahu cara terbaik untuk bahagia dalam hidup ini.

Apa yang dibenarkan oleh Tuhan jauh lebih luas berbanding daripada apa yang dilarang. Tetapi disebabkan manusia lebih terpengaruh dengan bisikan ’you know who’ serta runtunan nafsu menyebabkan kita senang terjerumus melakukan perkara yang dilarang Tuhan. Fikirkan ...

Message utama Tuhan kepada kita ialah kita perlu tekankan dan amalkan kasih sayang dalam hidup ini. Cuba kita benar-benar perhatikan segala apa yang disuruh dan dilarang Beliau. Bukankah itu semuanya berlandaskan kepada kasih sayang? Hinggakan sebelum kita memulakan setiap usaha, digalakkan kita memulakan dengan berniat dalam hati dengan lafaz ’Dengan nama Tuhanku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang’!

Bayangkan, jika semua kita melihat sekeliling kita berpandukan cermin kasih sayang, maka mudah untuk kita ’give’ dan tidak hanya menunggu untuk ’receive’ sahaja. Bila wujud kasih sayang, mudah kita untuk capai ’passion’ dan tidaklah setakat ’conform’ dalam melaksana segala usaha kita. Aman dunia ini!

Tetapi disebabkan kita tidak punya ilmu dan suka berprasangka buruk, sudahnya kita merasakan sungguh payah untuk kita berpegang pada Hukum Tuhan dan cara PesuruhNya. Dalam hidup ini, jika kita jelas kenapa aku mesti taat pada Tuhan (Why) dan bagaimana aku mesti amal perintah Tuhan (How), baru wujud kemajuan (Movement) dalam hidup ini. Sudahnya, selepas hebatnya kasih-sayang dan berbagai kebaikan diberikan kepada kita, tidakkah timbul rasa sayang dan syukur kepada Tuhan kita? Fikirkan ...

Dalam diam-diam aku terfikir bahawa sebenarnya aku sudah jelas soal ’Why’ dan ’How’ untuk melaksana PPB3K. Aku membuat ketetapan bahawa akan aku usahakan sedaya mungkin untuk sebarkan idea-idea PPB3K tanda kasih/syukur pada Tuhan dan tanda sayang pada PesuruhNya. Moga kedatangan Maulidur Rasul tahun ini membawa satu titik perubahan yang lebih baik dalam hidup kita.
.

Aku tanya pada Safia, adakah beliau pegang pada Hukum Tuhan kerana mahu ’conform’ dengan kehendak orang sekeliling atau sebab sayang/syukur pada Tuhan? (Soal ’Why’). Dan adakah beliau jelas bagaimana mahu laksana Hukum Tuhan tersebut? (Soal ’How’) Aku lihat wajah Safia nampak berseri-seri. Aku harap dia mendapat message yang aku mahu sampaikan. Moga dia, adik-adik dia, aku, famili aku, sahabat aku dan seluruh manusia mencapai Sejahtera-Bahagia-Kaya dalam hidup ini. Amin.

No comments:

Post a Comment