.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, March 26, 2011

'Trials of Life'

Hampir sebulan, laman ini telah membicarakan perihal Steve Jobs dengan segala pencapaiannya yang cukup hebat walaupun beliau menghadapi berbagai dugaan dan cabaran. Sudahnya itulah dia kehidupan. Kehidupan menjanjikan seribu satu pelajaran bagi sesiapa yang mahu belajar darinya.

Namun kehidupan itu tidak akan mengenali kejayaan hakiki kiranya kehidupan itu tidak dihubungkan dengan keredaan Tuhan. Anda manusia yang tidak dikenali atau anda manusia yang dikenali seperti Steve Jobs perlu mengikuti garis hidup yang ditentukan Tuhan jika mahu Sejahtera-Bahagia-Kaya di dunia ini dan di dunia sebelah sana.. Kekadang timbul rasa gayat dalam diri saya sendiri samada benarkan hidup saya sentiasa dihubungkan dengan keredaan Tuhan? Memang gayat.

Mengenangkan cerita di atas, saya ingin kongsi lagu dalam video di bawah ini. Moga hidup kita sentiasa dipimpin oleh Yang Maha Kuasa ...


Berbalik kepada cerita Steve Jobs (Pelajaran: 1-7) yang lepas itu, beberapa pertanyaan ingin saya ajukan kepada kita semua.

Apa makna pelajaran-pelajaran ini kepada kita?

Adakah kita hanya melihat itu semua hanya sebagai satu info atau satu artikel yang menjemukan atau apa?

Adakah kita mampu lihat pelajaran-pelajaran ini sebagai ‘checklist’ untuk maju dalam bidang kita ceburi?

Sebenarnya, dari pemerhatian saya dan ini dipersetujui sendiri oleh Steve Jobs dalam wawancara beliau yang saya ikuti baru-baru ini bahawa jika kita jadikan segala pelajaran 1 hingga 7 ini sebagai garispanduan dalam usaha mencapai segala hajat kita, sudahnya kita akan dapat mencapai hajat tersebut dengan kadar yang lebih cepat. Bukan itu sahaja, segala sudut yang penting kita pertimbangkan dalam usaha mencapai hajat kita itu sebenarnya telah terkandung dalam pelajaran 1 hingga 7 ini. Pilihan Di Tangan Saya! Fikirkan …

No comments:

Post a Comment