.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, April 13, 2011

Perkara Pokok Suatu Organisasi


Beberapa hari yang lepas, aku telah diminta memberi penerangan kepada anggota kerja baru Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad. Ianya telah berlangsung di Auditorium Abu Zarim, ILSAS, TNB.


Aku berpendapat apakah perkara pokok yang perlu aku sampaikan kepada mereka yang baru ini kalau bukan jawaban kepada soalan berikut;

Apakah produk/servis yang ditawarkan oleh Bahagian Penghantaran?
Siapakah pelanggan-pelanggan Bahagian Penghantaran yang bakal menerima produk/servis ini?


Tanpa kita sedari ramai yang datang bekerja tidak menyedari tentang jawaban kepada soalan-soalan di atas. Sudahnya, ramai yang tidak dapat menghubungkan kenapa mereka nampaknya terlalu sebok di tempat kerja dengan halatuju organisasi mereka. Isu ini bolehlah kita kaitkan dengan cerita si peniaga goreng pisang yang nampak begitu sebok sekali tetapi tidak mampu memberi jawaban bila ditanya apa yang dijualnya dan siapa pelanggannya! Perkara pelik tetapi itulah yang banyak berlaku di kalangan anggota kerja sesuatu organisasi!


Selepas jelas mengenai dua persoalan di atas, seterusnya aku membawa perhatian mereka kepada mengapa sesuatu organisasi itu perlu kepada Visi-Misi-Nilai Bersama (VMNB). Pada ketika ini, kita lihat banyak organisasi telah mempunyai VMNB masing-masing tetapi mereka tidak dapat memberi jawaban bila ditanya mengapa mereka menwujudkan VMNB. Seolah-olah mereka menwujudkan VMNB ini kerana orang lain ada VMNB maka mereka juga harus ada VMNB!


Maka aku telah menerangkan kepada mereka mengapa kita menwujudkan VMNB. Aku katakan VMNB diwujudkan agar setiap anggota kerja fokus untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Bagaimana?

Visi diwujudkan agar setiap anggota kerja jelas KEMANA organisasi mahu pergi dalam usaha memenuhi keperluan pelanggan.

Misi diwujudkan agar setiap anggota kerja jelas BAGAIMANA organisasi mahu mencapai Visi di atas.

Nilai Bersama diwujudkan agar setiap anggota kerja jelas apakah AMALAN yang perlu diperbanyakkan antara satu sama lain agar mudah mencapai Visi dan Misi di atas.

Bukankah senang dan berkesan jika kita mampu memberi penerangan seperti di atas? Mudah untuk mereka memahami dan ’appreciate’ kewujudan VMNB!


Bertolak dari situ, aku telah memecahkan mereka semua kepada beberapa kumpulan dan aku minta setiap kumpulan melakarkan dua gambaran yang masing-masing melambangkan Visi dan Misi Bahagian Penghantaran. Bila aktiviti ini dilakukan, aku nampak dengan jelas bagaimana setiap dari mereka telah cuba ’internalize’ maksud Visi dan Misi ini secara kreatif. Jika aku hanya setakat huraikan kepada mereka maksud Visi dan Misi ini, pasti mereka sudah lama lelap!


Well, aku rasa aku telah berjaya mencapai perkara dasar yang mahu aku capai dalam penerangan pagi itu. Mission Accomplished! Aku puas hati. (Cerita lanjut mengenai input di atas ada dinyatakan dalam modul Pimpinan Berjaya Part 2)

No comments:

Post a Comment