.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, April 29, 2011

Rukun Negara

Sabtu lepas, aku duduk makan chappati di gerai favourite berdekatan dengan rumah aku itu. Sambil makan chapatti, aku sempat membedek buku yang mahu aku baca yang bertajuk ‘Law of Attraction’ tulisan Michael J. Losier.
.
Buku ini telah lama aku beli tetapi aku belum berkesempatan untuk membacanya memandangkan ada beberapa buku lain yang harus aku baca dulu. Sekarang dah sampai masanya aku baca buku ini sebab banyak sangat perkara-perkara yang aku tidak ingini berlaku dalam hidup aku. Aku harap aku ketemukan jawapan untuk ubah semua ini dalam buku ini.
.
Sedang aku asyik membaca buku ini sambil menghirup kopi, tetiba aku terima satu call dan dari nombor yang terpapar aku tahu itu satu panggilan dari seberang laut. Rupanya Bro Razib dari Sydney. Happy dapat call dari dia selepas lama sungguh tidak berbual dengan dia. Semacam tulisan buku di atas, apa yang sedang aku fikirkan, itulah antara lain bicara Bro Razib kepada aku.
.
Kata beliau, dengan apa yang berlaku dalam Negara kita sekarang, ada eloknya kita ‘revisit’ semula apa makna Rukun Negara kepada kita. Fikiran aku terbayang Prinsip-Prinsip Rukun Negara yang satu ketika dulu selalu sangat kami lafazkan dalam perhimpunan sekolah …

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

.
Kami berbual mengenai Rukun Negara ini dan fikir kami, elok sangat jika sesama kita cuba memahami, ’internalize’ dan amal prinsip-prinsip ini. We have to go back to the basics. Dan Rukun Negara ini memang merupakan perkara basic. Soalan-soalan berikut amat penting kita cari jawapan dan ambil tindakan;

Kenapa Rukun Negara ini kita wujudkan?
Kenapa Rukun Negara ini penting untuk kita?
Bagaimana cara kita kempen Rukun Negara ini agar kita mahu kepadanya?
.
Kalau sekarang, banyak organisasi melakanakan ‘re-branding’ terhadap organisasi masing-masing, rasanya sudah sampai Negara kita juga melaksana ‘re-branding’ dengan menjadikan Rukun Negara ini sebagai terasnya. Perlu sangat kita kepada hal sebegini agar kita rakyat Malaysia punya sesuatu untuk dipegang bersama tanpa mengira dimana kita, pangkat kita, bangsa kita maupun fahaman politik kita.

Jika kita ‘wise enough’, apa kata jika tumpukan amalan Rukun Negara ini kepada diri sendiri daripada menunding jari sana ini terhadap kesalahan orang lain. Jika ‘simple thoughts’ ini mampu kita laksanakan, pasti aman dan bahagia rakyat Negara ini. Fikirkan ...
.
Akhir perbualan aku dan Bro Razib pagi itu, Bro Razib telah menyarankan mungkin sudah sampai masanya kita tambah prinsip Rukun Negara no. 6: Kepatuhan kepada Peraturan. Mungkin ada yang senyum terhadap idea ini tetapi jika kita lihat suasana Negara kita ketika ini yang ramai sangat ghairah mahu tukar itu dan ini tanpa fikir kesannnya terhadap kemakmuran dan kedamaian Negara yang telah lama terbina itu. Perubahan itu perlu tetapi kita perlu fikir masak-masak apa yang mahu kita ubah. Jangan sampai yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran. Sudahnya idea Bro Razib ini memang masuk akal!

2 comments:

  1. setuju sgt..pd pendapat saya...kalo lihat pada apa yg berlaku hari ini,smue yg bkaitan ngan rukun negara tlah dicabuli satu persatu..ini kerana rakyat sndiri x memahami prinsip itu sndiri

    ReplyDelete
  2. Kita mahu maju BUKAN mundur. Fikirkan ...

    ReplyDelete