.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, May 30, 2011

Demi Matlamat Ku


Demi matlamat aku dan juga untuk kalian semua yang ingin mencapai matlamat masing-masing, hayati lagu ini. Muziknya cukup mengujakan dan maknanya cukup dalam bagi melakar segala usaha untuk mencapai matlamat masing-masing.



video


Moga kita punya kekuatan untuk capai matlamat masing-masing!

Thursday, May 26, 2011

'Anda Dilahirkan Berjaya' bersama YTN

.
Jumaat lepas, aku diberi kesempatan untuk berkongsi idea ’Anda Dilahirkan Berjaya’ (ADB) dengan sekumpulan student UNITEN bertempat di Hotel Residence, UNITEN, Putrajaya.

Buat pertama kali, ADB dimulakan pada waktu malam iaitu tepat jam 8 malam. Aku diminta menamatkan ADB ini tepat pada jam 1 tengahari, hari Ahad. Jadi, aku harus menggunakan segala waktu yang ada termasuk waktu malam untuk menamatkan program ini tepat pada waktu yang diminta.

Untuk program ADB ini, aku akan gunakan versi ADB untuk pelajar bagi jangkamasa 2 hari. Sebenarnya versi ini baru saja aku ’update’ dan sudah tentu aku ingin sangat ’run’ versi baru ini.

Untuk beberapa hari sebelum aku memulakan ADB malam itu, aku terlibat dalam satu marathon penulisan lapuran. Kalau ikut hati, memang aku nak tidur saja tambah lagi pagi Jumaat itu, aku really feels sucks sebab satu persembahan setengah hari aku kepada satu badan agensi kerajaan langsung tidak memuaskan hati aku. Jadi, memang aku rasa sunggguh down.
.

Semasa aku berseorangan beberapa minit sebelum masuknya para pelajar tersebut ke dalam bilik seminar, aku katakan pada diri aku bahawa apa nak jadi dalam ADB kali ini aku tak peduli. Apa yang aku tahu aku hanya nak have a good time. I want to be me! Macam kata lirik lagu Reflection tu. Aku rasa sedap badan sikit lepas tu …

Bila program bermula, aku lihat pelajar-pelajar ni macam tension sikit. Terlintas dalam fikiran aku adakah mereka dapat rasakan tension aku atau aku nampak garang semacam? Terus dengan sepontan aku bagi tahu mereka bahawa dalam program ini aku mahu have a good time dan harapnya mereka choose to have a good time juga. So seminar bermula.
.
Dari riak muka student-student ini, dapat aku rasakan bahawa idea-idea dalam ADB ini baru bagi mereka. Hati kecil aku berbisik, untung mereka temui idea-idea ini di waktu mereka masih muda. Program ADB kali ini banyak mengingatkan aku kepada pengalaman aku bila pertama kali idea ’stick person’ dikongsi oleh Col Izaidin kira-kira 20 tahun lepas. Aku dapat rasakan mereka sedikit payah untuk memahami idea-idea ini kerana pertama kali didedahkan dengan idea ini. Tapi aku katakan pada diri aku itu tidak mengapa kerana akan aku ulang dan ulang idea-idea ini semasa program ini.

Penglibatan student-student ini makin bagus. Aku boleh rasakan mereka begitu memberi tumpuan tentang apa yang aku kongsikan. Memang seronok dan mengujakan bila kita mempelajari mengenai diri sendiri! Terus terang aku amat teruja melihat mereka mula menyedari potensi diri masing-masing. I know all of them are brilliant! Ini dipersetujui oleh kawan rapat aku, Azman (Pengarah YTN) semasa kami minum teh tarik selepas tamat sessi seminar ADB malam Sabtu itu.
.
Aku banyak-banyak syukur pda Tuhan kerana ADB dapat ditamat dengan sempurna. Aku rasa sebak bila ada beberapa student itu datang berjumpa aku secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada aku dan berazam mahu menggunapakai idea ADB ini untuk meningkatkan kehidupan mereka. Kepada anak-anak aku, Soraya dan Sabrina yng turut mengikuti ADB kali ini, aku harap mereka berdua dapat banyak faedah dari ADB ini terutama dalam mengharungi pelajaran perubatan masing-masing. Kepada Brothers dan Sister dari YTN terutamanya kepada buddy aku, Bro Ajid, aku tabik hormat untuk you all semua di atas layanan yang diberi kepada student-student ini dan aku sendiri. Your caring attitude memang susah nak dicari! Sudahnya, moga Tuhan merahmati kita semua. Amin.

Tontoni sedutan video seminar ADB-YTN berikut ...



video

Wednesday, May 25, 2011

What is Performance Gap?


It’s a theory that explains why knowledge generally doesn’t translate into results. All too often we know what we should do but we don’t do what we know. We are human beings when what we really should be are humans doing. We spend our days majoring in minor things and slowly the weeks, months and years slip by.
.
90 percent of our success comes in the follow-through, in the implementation and execution of the knowledge that we have gathered. Everyone says we are so fortunate to live in this age of information. But what most people fail to appreciate is that information alone is not power. Power and competitive advantage come only when sound information is decisively acted upon.
.
And yet we are so busy with the daily emergencies that always seem to burden us that we end up putting off doing them until the next month and then the month after that. The key to improving our performance is to passionately act on it.
.
Don’t squirrel it away hoping we will have time down the road to study it and put it into play. Recognize its power and deeply embed it into our daily routine so that we practice its principles daily. Make it a part of our life right now!
.
Only then we will see quantum improvements in our effectiveness, productivity and performance. As noted by Herodotus so many years ago; “This is the bitterest pain among men, to have much knowledge but no power”.
.
The best way to ensure these lessons become part of who we are is to create rituals around them. Quit NATO (No Action – Talk Only).

Subscribe to PPB3K to major in major things!

Friday, May 20, 2011

Never look down on anybody.

An old man was sitting with his 25 year old son in the train. The train was about to leave the station. All passengers are settling down in their seat.

As the train started, the young man was filled with lots of joy and curiosity. He was sitting on the window side.
.
He put out one hand and feeling the passing air, he shouted, "Abah see all the trees are going behind". The old man smiled and admired his sons’ feelings.

Besides the young man was one couple, sitting and listening to all the conversation between father and son. They were little awkward with the attitude of the 25 year old behaving like a small child.

Suddenly the young man again shouted, "Abah see the pond and animals. Clouds are moving with the train".
.
The couple was watching the young man embarrassingly. Now it started raining and some of the water drops touched the young man's hand. He was filled with joy and he closed his eyes. He shouted again, "Abah it's raining, the water is touching me, see Abah".

The couple couldn't help themselves and asked the old man. "Why don't you visit the Doctor and get treatment for your son?"

The old man said, "Yes, We are coming from the hospital today, my son got his eye sight for first time in his life".
.
Moral of the Story: Never look down on anybody!

Tuesday, May 17, 2011

Erti LELAKI Sejati - Satu Tanda Aras


LELAKI Sejati bukan dilihat dari hasil yang ia capai sahaja, TETAPI dari besarnya pengorbanan untuk mencapai tujuan

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari kecerdasan isi otaknya sahaja, TETAPI dari kesanggupan berkongsi ilmu yang ia punya

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar sahaja, TETAPI dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya
.

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang sahaja, TETAPI dari kelembutannya mengatakan suatu kebenaran

LELAKI Sejati bukan dilihat dari besarnya musuh yang dilawannya, TETAPI dari ia menjadikan Syaitan dan para pengikutnya sebagai musuh yang nyata

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya sahaja, TETAPI dari sikap bersahabatnya pada pada setiap makhluk Tuhan

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati oleh kawannya sahaja, TETAPI bagaimana dia juga dihormati oleh lawannya

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan sahaja, TETAPI dari sikap bijaknya memahami persoalan
.
LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang sahaja, TETAPI dari hati yang ada dibalik itu

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya Wanita yang memujanya, TETAPI komitmennya terhadap Wanita yang dicintai

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari jumlah cabaran yang dibebankan sahaja, TETAPI dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari indahnya membaca Al-Quran sahaja, TETAPI dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca

LELAKI Sejati bukan pintarnya meramu sebuah janji suci, melainkan Bukti yang pasti
.
LELAKI Sejati adalah yang benar-benar LELAKI!

Saturday, May 14, 2011

The Birth of Stanford University

A lady in a faded gingham dress and her husband, dressed in a homespun threadbare suit, stepped off the train in Boston, and walked timidly without an appointment into the president of Harvard's outer office.

The secretary could tell in a moment that such backwoods, country hicks had no business at Harvard and probably didn't even deserve to be in Cambridge.

She frowned. "We want to see the president," the man said softly. "He'll be busy all day," the secretary snapped. "We'll wait," the lady replied. For hours, the secretary ignored them, hoping that the couple would finally become discouraged and go away.

They didn't. And the secretary grew frustrated and finally decided to disturb the president, even though it was a chore she always regretted to do. "Maybe if they just see you for a few minutes, they'll leave," she told him.

And he sighed in exasperation and nodded. Someone of his importance obviously didn't have the time to spend with them, but he detested gingham dresses and homespun suits cluttering up his outer office. The president, stern-faced with dignity, strutted toward the couple.

The lady told him, "We had a son that attended Harvard for one year. He loved Harvard. He was happy here. But about a year ago, he was accidentally killed. And my husband and I would like to erect a memorial to him, somewhere on campus."

The president wasn't touched, he was shocked. "Madam," he said gruffly. "We can't put up a statue for every person who attended Harvard and died. If we did, this place would look like a cemetery". "Oh, no," the lady explained quickly. "We don't want to erect a statue.

We thought we would like to give a building to Harvard." The president rolled his eyes. He glanced at the gingham dress and homespun suit, then exclaimed, "A building! Do you have any earthly idea how much a building costs? We have over seven and a half million dollars in the physical plant at Harvard." For a moment the lady was silent.

The president was pleased. He could get rid of them now. And the lady turned to her husband and said quietly, "Is that all it costs to start a University? Why don't we just start our own?" Her husband nodded.



The president's face wilted in confusion and bewilderment. And Mr. and Mrs. Leland Stanford walked away, traveling to Palo Alto, California where they established the University that bears their name, a memorial to a son that Harvard no longer cared about.

Moral of the story - You can easily judge the character of others by how they treat those who can do nothing for them or to them.

Wednesday, May 11, 2011

Perlaksanaan PPB3K di Duta Group


Sabtu dan Ahad lepas, aku dan buddy aku, Bro Ajid telah spent masa weekend kami untuk kongi idea dalam Pimpinan Berjaya Part 2 dengan Duta Group yang diterajui oleh dua orang sahabat baik kami, Bro Anua dan Bro Masri.

Cerita Bro Anua dan Bro Masri dalam dunia bines memang cukup menarik. Kalau ditulis buku mengenai cerita mereka ini memang boleh jadi ’best seller’. Dari permulaan bisnes mereka yang serba daif hingga menjadi satu entiti bisnes yang membanggakan dipenuhi dengan sepak terajang kehidupan. Kalau ada penerbit filem yang nak cari skrip filem buat filem pecah panggung, aku syor you all ambillah cerita mereka berdua ni.

Itulah kira-kira awal tahun ini, satu malam tu aku duduk berbual minum kopi dengan Bro Anua. Kami berbual pasal dunia perniagaan. Beliau bercakap mengenai cabaran untuk mempengaruhi orang-orang beliau untuk turut serta dalam mencapai matlamat perniagaan beliau. Dalam bual-bual gitu, tetiba aku syorkan kepada Bro Anua apa kata jika beliau gunakan PPB3K sebagai alat untuk ’move’ orang-orang beliau. Aku katakan pada beliau bahawa don’t worry about cost sebab aku mahu lihat agar PPB3K be part of his journey untuk bawa organisasi beliau dan Bro Masri capai matlamat organisasi mereka. Aku dapat rasakan both of us are very excited about this idea.

Selepas beliau berbincang dengan Bro Masri mengenai perkara ini, itulah kira-kira dua bulan yang lepas, aku telah melaksanakan Anda Dilahirkan Berjaya untuk organisasi mereka. Yang aku happy sangat masa itu ialah participation dari Bro Anua dan Bro Masri dalam program itu dari mula hingga akhir. Dalam sejarah aku buat seminar ini, belum pernah aku lihat komitmen dari pemimpin seperti yang ditunjukkan oleh mereka. Hal ini cukup penting jika kita mahu lihat komitmen dari anggota kerja kita terhadap sebarang latihan yang diberi.

Bukan itu sahaja, aku dapati mereka berdua telah memantau orang-orang mereka melaksana susulan terhadap program Anda Dilahirkan Berjaya itu. Ini dibuktikan dengan terpampangnya matlamat-matlamat yang mahu dicapai oleh setiap orang mereka di satu sudut di pejabat mereka. Terkedu aku sekejap.
.



Dalam Pimpinan Berjaya Part 2 ini, aku telah share dengan mereka bagaimana menyusun pelan strategik bisnes mereka. Selalunya subjek sebegini agak membosankan. Tapi tidak dalam kelas ini. We all have fun! Dapat aku rasakan idea-idea ini amat baru bagi mereka tetapi aku salute dengan komitmen mereka untuk belajar. Moga mereka punya kekuatan untuk gunapakai segala ilmu ini untuk bantu capai segala hajat organisasi mereka.

Akhir kata, aku terharu dengan pandangan Bro Anua mengenai Pimpinan Berjaya Part 2 ini. Ikuti apa kata beliau dalam sedutan video berikut …



video


It will be fun to see them achieving their goals and it will be more fun to see how PPB3K will assist them to do so.

Saturday, May 7, 2011

A Miracle

.
A little girl went to her bedroom and pulled a glass jelly jar from its hiding place in the closet. She poured the change out on the floor and counted it carefully. Three times. No chance here for mistakes. Carefully placing the coins back in the jar and twisting on the cap, she slipped out the back door and made her way 6 blocks to a drug store.
.


She waited patiently for the pharmacist to give her some attention, but he was too busy talking to a man. Sabrina twisted her feet to make a scuffing noise. Nothing. She cleared her throat with the most disgusting sound she could muster. No good. Finally she took a quarter from her jar and banged it on the glass counter. That did it!

”And what do you want?” the pharmacist asked in an annoyed tone of voice. “I'm talking to my brother whom I haven't seen in ages.” He said without waiting for a reply to his question.

”Well, I want to talk to you about my brother,” Sabrina answered back in the same annoyed tone. “He's really, really sick ... and I want to buy a miracle.”

”I beg your pardon?” said the pharmacist.

”His name is Adam and he has something bad growing inside his head and my Dad says only a miracle can save him now. So how much does a miracle cost?”

”We don't sell miracles here, little girl. I'm sorry but I can't help you.” The pharmacist said, softening a little.

”Listen, I have the money to pay for it. If it isn't enough, I will get the rest. Just tell me how much it costs.” said the little girl.

The pharmacist's brother was a well dressed man. He asked the little girl, “What kind of a miracle does your brother need?”

”I don't know,” Sabrina replied with her eyes welling up. I just know he's really sick and Mommy says he needs an operation. But my Dad can't pay for it, so I want to use my money.”

”How much do you have?” asked the pharmacist's brother.

”One ringgit and eleven cents,” Sabrina answered barely audibly. “And it's all the money I have, but I can get some more if I need to.”

”Well, what a coincidence,” smiled the man. “One ringgit and eleven cents - the exact price of a miracle for little brothers.” He took her money in one hand and with the other hand he grasped her hand and said, “Take me to where you live. I want to see your brother and meet your parents. Let's see if I have the miracle you need.”

That well dressed man is a surgeon, specializing in neuro-surgery. The operation was completed free of charge and it wasn't long until Adam was home again and doing well. Mom and Dad were happily talking about the chain of events that had led them to this place. “That surgery,” her Mom whispered. “was a real miracle. I wonder how much it would have cost?”

Sabrina smiled. She knew exactly how much a miracle cost ... one ringgit and eleven cents ... plus the faith of a little child.
.


In our lives, we never know how many miracles we will need. A miracle is not the suspension of natural law, but the operation of a higher law … by having Faith in God.

Wednesday, May 4, 2011

Kehidupan Sejahtera-Bahagia-Kaya,


Saya tidak tahu apa nak dikata mengenai penyakit masyarakat yang semakin hari semakin bersifat di luar tabii manusia yang waras. Mengapa nilai-nilai asas seorang manusia nampaknya makin mundur? Penyakit ini bukan hanya terhad di kalangan yang muda sahaja tetapi kalangan yang lebih tua pun tidak kurang hebatnya.
.

Seolah-olah manusia di Zaman Batu lebih bertamaddun berbanding kita yang hebat kemajuan teknologinya. Hebat sekali pencapaian ilmu kita hinggakan baru-baru ini saya terbaca bahawa kumpulan maklumat yang telah kita kumpul semenjak 30 tahun yang lepas melebihi ilmu yang dikumpul oleh nenek moyang kita 5 ribu tahun sebelum jangkamasa 30 tahun ini!

Saya melihat masyarakat sekarang amat perlu kembali kepada soal-soal asas kehidupan bagi menangani bermacam-macam fenomena yang begitu mengancam kesejahteraan manusia. Tetapi dimana kita harus bermula?

.

Jika dilihat dari binaan asas seorang manusia itu, tanpa pengecualian setiap manusia mempunyai kerohanian, intelek, emosi dan fizikal. Tuhan juga telah menganugerah kepada setiap manusia kehebatan yang cukup besar dalam diri manusia itu sebagai bekal dalam menjalani hidup di muka bumi ini. Jadi soal samada semua manusia itu tidak mampu itu tidak timbul. Semua manusia itu pandai!

Dari apa yang saya renung, apa yang amat diperlukan ialah manusia perlu sangat jajarkan kehidupan kepada dua sumber rujukan iaitu Perintah Tuhan dan Kaedah yang ditunjukkan oleh PesuruhNya. Jika tidak parah kita. Walau bagaimana sihat, bahagia atau kaya kita, namun jika hidup ini tidak dijajarkan berdasarkan kepada dua sumber rujukan ini, tunggukan saja saatnya diri kita dimamah oleh kecuaian diri kita sendiri.
.
Bagi memudahkan kita menjajar kehidupan kepada dua sumber rujukan ini pula, amat perlu kita mempunyai matlamat dalam setiap cabang hidup kita. Matlamat ini sebenarnya bertindak sebagai alat untuk memastikan kita terus duduk di atas landasan dua sumber rujukan ini. Fikirkan …

Bagi memastikan diri kita ini pula mempunyai matlamat yang benar-benar mampu melaksanakan tugas di atas, kita perlu tahu bagaimana membina matlamat. Banyak orang bercakap mengenai peri penting bina matlamat. Tetapi yang dilihat, tiada satu sistem khusus dan terperinci bagi melaksanakan hasrat ini.
.
Resepi pembinaan matlamat ini sebenarnya mampu kita lakukan jika kita berupaya menjawab 4 soalan asas kehidupan ini;

Siapa Saya?
Dimana Saya dalam hidup ini?
Kemanakah arah Tujuan Saya?
Bagaimanakah mencapai Tujuan Saya?

Keempat soalan ini ada saya terangkan dalam satu bentuk yang cukup mudah dan praktikal dalam modul Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) yang merupakan modul pintu masuk kepada Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K).
.
Bukan tujuan semata-mata untuk mempromosi tetapi lebih kepada keinginan untuk menyediakan satu jalan bagi menangani masalah yang kita hadapi di atas, saya mohon agar saya di beri peluang datang ke tempat tuan puan bagi saya menerangkan lebih lanjut mengenai ADB ini. Saya yakin tuan puan tidak akan hampa!

Moga Tuhan rahmati dan berkati hidup kita semua manusia ...

Monday, May 2, 2011

Pelita Ajaib Aladdin

.
Aku baru tamat membaca dan cuba internalize hasil daripada apa yang aku baca dalam ‘The Law of Attraction’ tulisan Michael Losier. Termenung aku sekejap. Bukan apa, hanyanya aku lihat banyak yang aku terima dalam hidup ini adalah hasil dari perbuatan aku sendiri yang tidak aku sedari. Masih terngiang dalam fikiran aku makna Hukum Getaran & Tarikan (Law of Attraction) ini;

“Saya menarik (tarikan) ke dalam hidup saya apa saja yang saya beri perhatian, tenaga dan tumpuan (getaran) samada yang positif atau negatif”
.
Seperti satu cerita wayang lama, pengalaman hidup masa lepas berputar dalam layar pemikiran aku. Baik perkara positif maupun sebaliknya. Aku garu kepala. Aku nak tunding jari pada orang lain di atas perkara negatif yang berlaku? Mana mungkin. Memang salah aku.

Sememangnya Hukum Tuhan ini maha tepat. Teramatlah precise! Hebat Tuhan. Maha Hebat Dia. Sekarang aku mulai jelas mengapa dalam agama kita digalak sangat agar selalu taubat, bersangka baik dan beryukur. Kenapa? Kerana amalan-amalan yang selalu kita sangka sebagai perkara remeh ini amat berkuasa menjana getaran positif maupun memutuskan getaran negatif yang kita janakan. Bagaimana?
.
Bila bercakap mengenai taubat. Seperti apa yang aku pelajari masa kecik-kecik dulu, maksud taubat ialah berhenti melaksana satu perbuatan yang dilarang Tuhan itu yang melibatkan fikir-rasa-hati-tindakan. Total cut-off!. Bukan itu sahaja, Tuhan ada menyatakan barang siapa yang benar-benar taubat, seseorang itu ibarat bayi baru lahir! Bukankah ini menunjukkan bahawa kita telah reset getaran diri kita? Dari negatif ke positif?
.
Bila bercakap mengenai bersangka baik dan syukur. Bukankah dalam masa-masa kita bersangka baik dan bersyukur itu, perasaan kita amat bahagia, amat selesa? Hukum Getaran & Tarikan ini ini lebih tertarik kepada apa yang kita rasakan berbanding setakat apa yang kita fikirkan. Itulah sebabnya bila kita fikir mahu bina perniagaan yang besar tetapi wujud ragu-ragu dalam perasaan kita, apa yang kita tarik dalam hidup kita? Semestinya kegagalan perniagaan sebab Hukum Getaran & Tarikan itu lebih tertarik kepada apa yang kita rasakan!

Aku teringat kata uztaz aku masa aku kecik-kecik dulu bahawa tiada apa yang dicipta Tuhan dalam alam ini sia-sia. Semua ada gunanya. Begitulah juga tiga tabiat di atas (taubat, bersangka baik dan bersyukur). Amat besar peranannya dalam kehidupan manusia ini. Tuhan yang cipta kita. Sudah pasti Dia tahu apa yang terbaik untuk kita!
.
Aku alih pandangan aku ke dalam masyarakat sekarang. Sedar tak sedar banyak sungguh getaran negatif yang kita janakan. Maka tak peliklah macam-mcam perkara negatif yang berlaku seperti buang baby, pergaduhan sesama kita, kehancuran rumah tangga, kehancuran nilai, kehancuran perusahaan dan banyak lagi. Ngeri aku! Yang lebih mengerikan ialah jika kita tidak sedar mngenai hal ini (Perlaksanaan Hukum Getaran & Tarikan), kita akan terus menerus menjana getaran negatif yang menyebabkan kehancuran ini makin berlipat kali ganda. Mohon Tuhan lindungi kita ...
.
Aku rasa amat perlu idea Hukum Getaran & Tarikan ini di ketahui umum. Mereka perlu sedar diri mereka itu umpama Pelita Ajaib Aladdin. Silap ’gosok’, yang bukan-bukan kita akan terima dalam hidup ini. Maka dengan sukacitanya, aku persembahkan modul ’Rahsia Pelita Aladdin’ (2 hari) untuk semua. Anda semua mesti attend!