.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, May 2, 2011

Pelita Ajaib Aladdin

.
Aku baru tamat membaca dan cuba internalize hasil daripada apa yang aku baca dalam ‘The Law of Attraction’ tulisan Michael Losier. Termenung aku sekejap. Bukan apa, hanyanya aku lihat banyak yang aku terima dalam hidup ini adalah hasil dari perbuatan aku sendiri yang tidak aku sedari. Masih terngiang dalam fikiran aku makna Hukum Getaran & Tarikan (Law of Attraction) ini;

“Saya menarik (tarikan) ke dalam hidup saya apa saja yang saya beri perhatian, tenaga dan tumpuan (getaran) samada yang positif atau negatif”
.
Seperti satu cerita wayang lama, pengalaman hidup masa lepas berputar dalam layar pemikiran aku. Baik perkara positif maupun sebaliknya. Aku garu kepala. Aku nak tunding jari pada orang lain di atas perkara negatif yang berlaku? Mana mungkin. Memang salah aku.

Sememangnya Hukum Tuhan ini maha tepat. Teramatlah precise! Hebat Tuhan. Maha Hebat Dia. Sekarang aku mulai jelas mengapa dalam agama kita digalak sangat agar selalu taubat, bersangka baik dan beryukur. Kenapa? Kerana amalan-amalan yang selalu kita sangka sebagai perkara remeh ini amat berkuasa menjana getaran positif maupun memutuskan getaran negatif yang kita janakan. Bagaimana?
.
Bila bercakap mengenai taubat. Seperti apa yang aku pelajari masa kecik-kecik dulu, maksud taubat ialah berhenti melaksana satu perbuatan yang dilarang Tuhan itu yang melibatkan fikir-rasa-hati-tindakan. Total cut-off!. Bukan itu sahaja, Tuhan ada menyatakan barang siapa yang benar-benar taubat, seseorang itu ibarat bayi baru lahir! Bukankah ini menunjukkan bahawa kita telah reset getaran diri kita? Dari negatif ke positif?
.
Bila bercakap mengenai bersangka baik dan syukur. Bukankah dalam masa-masa kita bersangka baik dan bersyukur itu, perasaan kita amat bahagia, amat selesa? Hukum Getaran & Tarikan ini ini lebih tertarik kepada apa yang kita rasakan berbanding setakat apa yang kita fikirkan. Itulah sebabnya bila kita fikir mahu bina perniagaan yang besar tetapi wujud ragu-ragu dalam perasaan kita, apa yang kita tarik dalam hidup kita? Semestinya kegagalan perniagaan sebab Hukum Getaran & Tarikan itu lebih tertarik kepada apa yang kita rasakan!

Aku teringat kata uztaz aku masa aku kecik-kecik dulu bahawa tiada apa yang dicipta Tuhan dalam alam ini sia-sia. Semua ada gunanya. Begitulah juga tiga tabiat di atas (taubat, bersangka baik dan bersyukur). Amat besar peranannya dalam kehidupan manusia ini. Tuhan yang cipta kita. Sudah pasti Dia tahu apa yang terbaik untuk kita!
.
Aku alih pandangan aku ke dalam masyarakat sekarang. Sedar tak sedar banyak sungguh getaran negatif yang kita janakan. Maka tak peliklah macam-mcam perkara negatif yang berlaku seperti buang baby, pergaduhan sesama kita, kehancuran rumah tangga, kehancuran nilai, kehancuran perusahaan dan banyak lagi. Ngeri aku! Yang lebih mengerikan ialah jika kita tidak sedar mngenai hal ini (Perlaksanaan Hukum Getaran & Tarikan), kita akan terus menerus menjana getaran negatif yang menyebabkan kehancuran ini makin berlipat kali ganda. Mohon Tuhan lindungi kita ...
.
Aku rasa amat perlu idea Hukum Getaran & Tarikan ini di ketahui umum. Mereka perlu sedar diri mereka itu umpama Pelita Ajaib Aladdin. Silap ’gosok’, yang bukan-bukan kita akan terima dalam hidup ini. Maka dengan sukacitanya, aku persembahkan modul ’Rahsia Pelita Aladdin’ (2 hari) untuk semua. Anda semua mesti attend!

No comments:

Post a Comment