.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, May 11, 2011

Perlaksanaan PPB3K di Duta Group


Sabtu dan Ahad lepas, aku dan buddy aku, Bro Ajid telah spent masa weekend kami untuk kongi idea dalam Pimpinan Berjaya Part 2 dengan Duta Group yang diterajui oleh dua orang sahabat baik kami, Bro Anua dan Bro Masri.

Cerita Bro Anua dan Bro Masri dalam dunia bines memang cukup menarik. Kalau ditulis buku mengenai cerita mereka ini memang boleh jadi ’best seller’. Dari permulaan bisnes mereka yang serba daif hingga menjadi satu entiti bisnes yang membanggakan dipenuhi dengan sepak terajang kehidupan. Kalau ada penerbit filem yang nak cari skrip filem buat filem pecah panggung, aku syor you all ambillah cerita mereka berdua ni.

Itulah kira-kira awal tahun ini, satu malam tu aku duduk berbual minum kopi dengan Bro Anua. Kami berbual pasal dunia perniagaan. Beliau bercakap mengenai cabaran untuk mempengaruhi orang-orang beliau untuk turut serta dalam mencapai matlamat perniagaan beliau. Dalam bual-bual gitu, tetiba aku syorkan kepada Bro Anua apa kata jika beliau gunakan PPB3K sebagai alat untuk ’move’ orang-orang beliau. Aku katakan pada beliau bahawa don’t worry about cost sebab aku mahu lihat agar PPB3K be part of his journey untuk bawa organisasi beliau dan Bro Masri capai matlamat organisasi mereka. Aku dapat rasakan both of us are very excited about this idea.

Selepas beliau berbincang dengan Bro Masri mengenai perkara ini, itulah kira-kira dua bulan yang lepas, aku telah melaksanakan Anda Dilahirkan Berjaya untuk organisasi mereka. Yang aku happy sangat masa itu ialah participation dari Bro Anua dan Bro Masri dalam program itu dari mula hingga akhir. Dalam sejarah aku buat seminar ini, belum pernah aku lihat komitmen dari pemimpin seperti yang ditunjukkan oleh mereka. Hal ini cukup penting jika kita mahu lihat komitmen dari anggota kerja kita terhadap sebarang latihan yang diberi.

Bukan itu sahaja, aku dapati mereka berdua telah memantau orang-orang mereka melaksana susulan terhadap program Anda Dilahirkan Berjaya itu. Ini dibuktikan dengan terpampangnya matlamat-matlamat yang mahu dicapai oleh setiap orang mereka di satu sudut di pejabat mereka. Terkedu aku sekejap.
.



Dalam Pimpinan Berjaya Part 2 ini, aku telah share dengan mereka bagaimana menyusun pelan strategik bisnes mereka. Selalunya subjek sebegini agak membosankan. Tapi tidak dalam kelas ini. We all have fun! Dapat aku rasakan idea-idea ini amat baru bagi mereka tetapi aku salute dengan komitmen mereka untuk belajar. Moga mereka punya kekuatan untuk gunapakai segala ilmu ini untuk bantu capai segala hajat organisasi mereka.

Akhir kata, aku terharu dengan pandangan Bro Anua mengenai Pimpinan Berjaya Part 2 ini. Ikuti apa kata beliau dalam sedutan video berikut …



video


It will be fun to see them achieving their goals and it will be more fun to see how PPB3K will assist them to do so.

No comments:

Post a Comment