.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, June 28, 2011

Bola Sepak dan Kehidupan.

.
Minggu lepas, aku telah memfasilitatorkan program Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) untuk sekumpulan kadet juruteknik untuk ILSAS, Tenaga Nasional Berhad. Pada mulanya, semasa aku terima surat tawaran latihan ini, aku ingatkan mereka yang hadir ini terdiri dari mereka yang berumur awal 20an. Tapi alangkah terperanjatnya aku bila aku masuk ke dalam kelas pagi itu, rata-rata dari umur mereka dalam lingkungan umur 50an.
.
Bagi aku, what a pleasant surprise, aku memang suka memfasilitator old timers (otai). Tambah pula, bila memfasilitator ADB, dari pengalaman menunjukkan otai-otai lebih ‘appreciate’ ilmu dalam ADB ini mungkin kerana mereka telah mengalami berbagai pengalaman dalam hidup ini. Mereka boleh mengkaitkan pengalaman mereka dengan kandungan ADB ini. Sessi ADB kali ini tidak terkecuali. Seronok aku bila para peserta ini telah sudi berkongsi pengalaman dan pelajaran masing-masing semasa sessi ADB ini berlangsung. Banyak yang aku pelajari dari mereka.

Salah satu pelajaran yang terkesan pada aku ialah apa yang dikongsi oleh En Redzuan, salah seorang peserta ADB ini. Aku lihat cara pandang beliau terhadap kehidupan agak kreatif. Aku mulai sedar mengenai keunikan beliau bila beliau memberitahu aku dia tidak mempunyai handphone dan komputer peribadi. Jelas beliau, dia tidak memerlukan peralatan tersebut sebab tidak mahu terburu-buru dalam hidup ini. Aku tanya beliau bagaimana jika dia harus mendapat maklumat?. Jawabnya, beliau akan pergi ke mana-mana cyber café yang berdekatan. Bila aku renungkan, betul jugak kata beliau itu. Fikirkan …
.
Beliau melihat, untuk berjaya dalam hidup ini, kita perlu amal apa yang dilakukan oleh pemain bolasepak yang handal seperti Messi. Mana-mana pemain bolasepak yang handal menguasai empat perkara iaitu Kawalan, Hantaran, Ruang dan Peluang.

Pemain bolasepak handal sentiasa bijak 'mengawal' bola. Begitu juga dalam hidup ini, kita mesti pandai ‘mengawal’ perkara-perkara asas dalam hidup ini agar kita tidak tergelincir dari asakan kehidupan.

Pemain bolasepak yang handal selalunya bijak ‘menghantar’ bola kepada rakan-rakan sepasukannya agar mewujudkan ‘ruang’ bagi mencipta ‘peluang’ dalam sesuatu permainan itu. Begitu jugalah kita dalam hidup ini. Kita seharusnya bijak ‘menghantar’ segala sumber, kekuatan dan kelebihan yang ada di tangan kita bagi mewujudkan ‘ruang’ untuk mencipta ‘peluang’ dalam hidup ini.
.
Renungkan sebentar. Jika kita terus menerus amal konsep ‘Kawalan, Hantaran, Ruang dan Peluang’ dalam hidup ini, kejayaan yang kita inginkan cerah jadi milik kita. Mereka yang mengalami kegagalan dalam hidup ini selalunya gagal ‘mengawal’ sumber apa yang dimiliki mereka dan mereka juga gagal melaksanakan ‘Hantaran-Ruang-Peluang’ terhadap segala sumber yang mereka ada. Sumber-sumber ini yang dimaksudkan ini ialah seperti dalam bentuk wang ringgit, ilmu, produk, servis, hubungan dan lain-lain lagi.
.
Diakhir sessi ADB ini, aku katakan pada mereka bahawa ADB ini ibarat lampu suluh. Lampu suluh tidak akan dapat membantu jika kita tidak mahu mnggunakannya bila kita berjalan dalam gelap. Begitu juga ADB ini. Ianya tidak akan dapat membantu kita jika kita tidak mahu menggunakan ADB sebagai pedoman dalam hidup ini. Aku lihat ramai di kalangan mereka cukup terharu dengan apa yang telah mereka ketahui. Terharu aku bila mereka secara beramai-ramai telah menghantar peralalatan seminar aku ke kereta aku. Moga Tuhan beri ‘Sejahtera-Bahagia-Kaya’ kepada mereka semua. Amin …

No comments:

Post a Comment