.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, June 8, 2011

Kompetitif (Competitive)

.
Sedang aku memfasilitator salah satu modul PPB3K untuk sebuah universiti swasta baru-baru ini, terlintas di fikiran aku makna kompetitif bila menyaksikan gelagat peserta-peserta seminar ini.

Dari apa yang aku saksikan, semua pelajar-pelajar ini pandai-pandai belaka tetapi mengapa keputusan peperiksaan mereka berbeza-beza? Dapat aku rumuskan bahawa pelajar yang bagus keputusan peperiksaan mereka begitu kompetitif sifat mereka dalam seminar ini. Sudahnya apa makna kompetitif?

.

Kamus Dewan mendefinasikan kompetitif sebagai bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing. (Kompetitif = Daya Saing). Mereka yang bersifat kompetitif ingin sentiasa menang. Betulkah? Kompetitif yang aku nampak dikeliling aku ialah keadaan dimana seseorang individu itu mahu menang disebabkan ada hajat atau matlamat yang mahu di capai. Kalau mahu setakat menang dalam satu persaingan bagi memenuhi rasa ego itu rasanya tidak mendatangkan faedah. Keadaan ini tidak begitu memberangsangkan kerana wujud nada negatif.

Sifat kompetitif ini boleh kita lihat dalam semua cabang kehidupan. Seperti dalam perniagaan, pemasaran servis/produk, perhubungan antara manusia dan sebagainya. Begitu juga jika kita lihat bangsa-bangsa di dunia ini. Ada yang kuat kompetitifnya dan ada yang kurang kompetitifnya. Bangsa-bangsa yang mengamalkan budaya kompetitif ini selalu dilihat sebagai bangsa maju di dunia ini.

Sifat kompetitif ini kadangkala dilihat negatif oleh orang sebagai satu sifat yang cuba mengaut segalanya untuk dirinya, ingin mendominasi orang lain, tidak kenal erti puas dan selalu menimbulkan ancaman pada orang lain. Apa pun itu bergantung kepada cara pandang kita. Apa yang aku nampak jika aku punya sifat kompetitif ini, aku akan menjadi orang yang cepat kenal peluang, punya matlamat hidup dan tidak buang masa.
.
Rumusan aku dari pemerhatian di atas ialah untuk bersifat kompetitif, kita harus punya matlamat yang mahu di capai. Lagi kuat kemahuan terhadap matlamat, lagi kompetitif kita jadinya. Perhatikan orang tengah bercinta dengan kekasih hati. Bukankah mereka amat ‘kompetitif’ sifat mereka selagi keinginan di hati tidak tercapai?

Pembinaan sifat kompetitif dalam diri masing-masing perlu diturut serta dengan belajar menjadi seorang yang asertif (assertive). Apa itu asertif? Berdasarkan kepada kamus McMillian English Dictionary, asertif didefinsikan sebagai ‘Behaving in a confident way in which you are quick to express your opinions and feelings’. Asertif ini boleh diajar. (Sebenarnya sekarang ini aku sedang menyiapkan modul ‘Assertiveness’. Aku tahu modul ini banyak gunanya). Bila sifat asertif berpadu dengan sifat kompetitif, kita boleh ‘survive’ malah boleh jadi hebat walau dimanapun kita tercampak di atas mukabumi ini.

Sedar tidak sedar, sebarang organisasi yang mahu membina daya kompetitif di kalangan anggota kerjanya serta kompetitif dalam industri yang diceburi oleh organisasi tersebut, ianya boleh dicapai bilamana organisasi tersebut melabur dalam PPB3K. Satu usaha yang sistematik dan bersepadu bagi membina daya kompetitif. Nak tahu lebih lanjut mengenai PPB3K sila hubungi aku.
.
Akhir kata, aku perlu menjadi kompetitif. Kompetitif dalam bidang yang aku ceburi ini. Kaedah pemasaran servis aku mesti kompetitif. Harga servis aku perlu kompetitif. Dalam kata lain serba serbi perlu kompetitif. Aku sedar walau aku pandai atau punya servis yang hebat sekali pun tetapi jika aku tidak kompetitif, usah harap aku akan ‘survive’ dalam bidang aku ini. Teori ini juga benar untuk tuan puan juga!

No comments:

Post a Comment