.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, June 1, 2011

Negara Malaysia – Satu Pandangan.

Bila aku perhatikan keadaan Negara ini, gayat aku lihat. Kenapa tiba-tiba ramai sangat yang tidak puas hati? Masing-masing mahu tunjuk belang. Ini rasional atau turut emosi? Ada yang mengatakan ini perubahan yang sedang melanda dunia. Apa yang ada sekarang semuanya dipandang serong. Serba tak kena. Betul ker? Just because tempat lain demo sana demo sini, maka kita pun nak turut serta. Kenapa jadi begini? Confuse aku. Mujurlah baru-baru ini aku diberi peluang untuk hadir satu sessi penerangan keadaan negara ini. Ini cerita yang aku mahu kongsi ...
.
Cuba kita tanya pada diri kita apa yng kita mahu dari sebuah Kerajaan untuk negara macam Malaysia ini kalau bukan 6 faktor berikut;

Perpaduan
Negara Maju
Komunikasi Dua Hala
Komitmen Kerajaan Kepada Rakyat
Semua Pihak Tunaikan Janji
Imej Yang Bersih

Dari 6 faktor di atas, perkara perpaduan merupakan perkara pokok untuk mencapai 5 faktor lain dan seharusnya ini merupakan tumpuan dan usaha utama kita. Soal perpaduan perlu bermula dengan Penerimaan (Penerimaan bermakna hargai dan hormati sesama kita) dan bukan setakat toleransi kerana toleransi bermakna kita hanya berdiam diri mengenai perkara yang tidak dipersetujui. Fikirkan ...

Dalam membina perpaduan, adakah adil jika kita amalkan kesamarataan atau kita perlu kepada keadilan sosial? (Keadilan sosial bermakna letakkan keadilan kena pada tempatnya) Sebagai contoh jika berlari 400 meter, adakah adil jika semua pelari bermula pada garisan yang sama? Begitu juga dengan pemberian bantuan kepada setiap kumpulan di Malaysia ini, adakah adil menyamaratakan pemberian bantuan ini? Ada kumpulan yang sudah jauh ke hadapan dan ada jauh yang jauh ketinggalan. Semestinya keadilan sosial dituntut disini. Fikirkan …
.
Keselamatan dan perpaduan tidak dapat dipisahkan. Terutama dalam Negara Malaysia ini. Masih kita ingat peristiwa 13 Mei 1969? Masih kita ingat punca peristiwa 13 Mei 1969 ini kalau bukan bila satu kumpulan itu ‘cuba flex their muscle’ di jalan-jalan? Siapa untung? Tiada siapa untung! Fikirkan ...

Banyak orang suka jadi hero di kalangan kumpulan masing-masing tetapi ketika berada di kalangan berbagai kumpulan, mereka senyap seribu bahasa atau tiba-tiba menjadi penyokong perpaduan. Bukanlah kita cuba menidakkan setiap kumpulan dari bercakap mengenai kepentingan kumpulan masing-masing tetapi elaklah menjadi batu api. Gunakan saluran yang disediakan untuk menyuarakan hasrat masing-masing. Fikirkan …

Banyak orang bercakap pasal apa yang mereka tidak ada tetapi tidak mahu bercakap pasal apa yang mereka ada. Ini semua memang resam manusia yang amat mementingkan diri dan gagal atau buat-buat tak nampak gambaran besar. Akibat perbuatan-perbuatan inilah sudahnya memercikkan api pergaduhan antara kumpulan. Aku teringin sangat lihat satu kumpulan buat demo di jalan-jalan sambil menyuarakan betapa mereka amat bersyukur dengan apa yang ada di dalam tangan mereka. Fikirkan …
.



Tapi jika kita perhatikan apa yang berlaku ketika ini, the minority yang selalu cepat melenting dan bukan yang majority. Yang minority ini yang selalu nakal. Soalnya, pihak minority harus sedar. Negara ini bukan seperti Negara lain yang sedang hebat bergolak ketika ini. Tak pernah saya nampak lagi warga Negara ini yang kebuluran. Masalah yang aku dengar adalah sebaliknya seperti perlukah nasi lemak disajikan di sekolah-sekolah. Rasanya makan kita cukup. Pakai kita cukup. Peluang buat duit cukup. Jika tidak, masakan berduyun-duyun berbagai bangsa dari luar datang ke sini? Fikirkan …

Apa yang dibuat oleh Kerajaan ketika ini selalu dipandang tidak betul. Of course saya setuju Kerajaan yang ada sekarang bukan sempurna dan ini dipersetujui oleh beberapa pemimpin Kerajaan sendiri yang aku temui baru-baru ini. Tetapi kalau kita mahu buka mata hati kita luas-luas, banyak yang telah dilakukan oleh Kerajaan ini. Of course everybody ada perception terhadap Kerajaan ini. Masalah dengan kita ini, jika kita punya perception tak baik pada Kerajaan ini, susah untuk kita ubah perception kita ini. Ini memang perangai manusia dan kerja managing perception ini memang susah. Tapi aku tabik dengan Kerajaan ini kerana masih terus lakukan kerja walau dipandang serong. Aku bukan menyokong Kerajaan ini buta-buta tetapi aku amat mementingkan performance dan hasil yang diperolehi. Fikirkan ...

Soalnya, kita ini bersyukurkah? Adakah kita tak lupa sentiasa bersyukur? Orang yang tak bersyukur ini susah nak puas hati. Bila sentiasa tidak puas hati, sudahnya mudah orang ini asyik pandang buruk orang lain dan lebih bahaya orang sebegini tidak nampak silap diri sendiri. Sudahnya, apa makna syukur? Maknanya, gunakan nikmat apa yang Tuhan beri kepada kita untuk lakukan kerja-kerja yang bermenafaat. Anatara perkara asas yang perlu kita lakukan ialah seperti berikut;

1) Kita perlu tumpu dan amal nilai-nilai yang baik. Sebagai contoh, tumpu dan amal perkara-perkara yang ada dalam Rukun Negara.

2) ’Half truth is dangerous!’ Elak dari senang melatah terhadap maklumat yang belum disahkan betul.

3) ‘Let’s rational prevails not contempt!’ Mampukah diri kita amal kenyataan ini?

4) Asah diri agar makin baik dalam cabang-cabang hidup kita seperti Kerohanian, Emosi, Intektual (Ilmu), Fizikal (Tubuh), Kerjaya, Kewangan Peribadi, Keluarga dan Masyarakat.

5) Amal Synergy. Synergy bermaksud semua kita sangat penting dan berusaha secara bekerjasama untuk capai matlamat kita.

6) Bangunkan anak-anak atau siapa dalam tanggungan kita agar jadi warga yang hebat.

7) Bina perpaduan antara kita.
.
Akhir kata, satu renungan. Perjelaskan niat kita kerana niat kita amat penting. Kenapa? Niat akan pengaruhi emosi. Emosi akan pengaruhi keputusan. Keputusan akan pengaruhi tindakan. Tindakan akan pengaruhi hasil. Moga Tuhan berkati kita dan negara ini.

No comments:

Post a Comment