.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, June 17, 2011

Pelihara Hati (Unconscious Mind)

.
Hari Rabu lepas, aku diberi peluang untuk kongsi fikir dengan pelajar-pelajar baru yang mendapat tajaan biasiswa TNB yang dikelolakan oleh Yayasan Tenaga Nasional (YTN). Dalam perjalanan ke Hotel Residence di UNITEN itu, aku rasa sikit blur. Mungkin awal pagi kot. Yang aku dengar, ada kira-kira 60 orang pelajar baru yang akan mengikuti ‘talk’ aku pagi itu.

Hati aku bertanya, apa cara yang paling baik untuk aku deliver talk pagi ini kerana mereka ini semua memang pelajar cemerlang. Fikir punya fikir, aku katakan pada diri aku agar buat program ini secara santai. Tak payah nak pressure-pressure.

Pagi itu juga, aku terima ‘surprise’ kerana dua sahabat baik aku, Uztaz Hairuddin dan Bro Din Deraman hadir untuk ‘observe’ aku. Aku sebenarnya tidak sangka mereka akan datang walaupun aku ada menjemput mereka sebelum ini. Bersama Uztaz Hairuddin, aku selalu merujuk pada beliau mengenai ilmu-ilmu asas agama. Aku suka penerangan beliau kerana penerangannya cukup mudah dan berpandukan gambar ‘stick person’. Bersama Bro Din Deraman, my former classmate masa di universiti dulu yang kini merupakan seorang perunding dalam bidang keusahawanan, aku harap dapat bekerjasama dengan beliau dalam masa-masa akan datang. Happy aku mereka datang.
.
Semasa breakfast, aku duduk semeja dengan mereka berdua serta Bro Azman, Pengarah YTN dan Bro Ajid, Pengurus Kanan YTN. Our discussion pagi tu cukup istimewa. We talked about basic of life. Dalam diam, dapat aku rasakan sessi hari ini akan jadi luar biasa. Aku tak tahu mengapa tapi itulah yang aku rasakan.

Selepas itu, sessi bermula. Aku just bagi tahu diri aku, just be yourself and enjoy every moment of the session. Dan memang itu yang aku lakukan. Aku nampak para pelajar itu enjoy dan bila tiba nyayi lagu ‘Jalur Gemilang’, aku dapat rasakan the power yang disalurkan dalam nyanyian mereka itu. Meremang bulu roma aku. Moga mereka dapat sesuatu dari apa yang aku kongsikan.

Sebaik sahaja tamat ‘talk’ itu, aku ajak Uztaz dan Bro Din Deraman makan tengahari. Masih aku ingat, aku tanyakan pada Uztaz apa penambahbaikan yang perlu aku lakukan terhadap ’talk’ aku itu. Mulanya kami berbual secara am sahaja. Kami berbual pasal pentingnya gambaran ’stick person’ itu diketahui orang dalam usaha untuk ubah diri. Tetapi lama kelamaan Uztaz mula menyentuh agar aku tekankan lebih bagaimana mensucikan hati (unconscious mind). Mulanya aku rasakan aku sudah nyatakan secara am bagaimana mahu mensucikan hati tersebut. (Dengan turut perintah Tuhan dan cara pesuruhNya). Tetapi penerangan Uztaz yang berikut benar-benar buka mata aku. Inilah sebabnya mengapa hari ini memang luar biasa.
.
Kata Uztaz, hati yang bertindak sebagai ’raja’ kepada diri amat penting sangat dijaga kebersihannyanya. Bila hati rosak, punah seluruh diri. Ada dua perkara yang amat penting dilakukan agar hati sentiasa bersih dan tenang.

Pertama, pastikan bila mahu ambil keputusan, hati perlu tekankan bahawa keputusan itu dibuat kerana Tuhan dan bukan kerana lain. Sebagai contoh, kebiasaannya bila kita berniaga, kita buat keputusan berniaga kerana mahu untung. Jika kerana untung sahaja, bila kita tidak dapat untung, kita jadi huru hara. Tetapi jika kita berniaga kerana Tuhan, kalau kita tidak dapat untung, kita tidak huru hara kerana kita yakin Tuhan yang tentukan untuk kita. After all, semuanya milikNya. Kita reda. Sudahnya hati kita bersih dan tenang.

Kedua, ramai orang keluh kesah kerana memikirkan ada banyak perkara perlu dilaksanakan dalam satu-satu masa itu. Bila ini berlaku, sudahnya tiada satu tugas pun terlaksana. Keluh kesah kita makin bertambah! Sepatutnya, kita harus tanya apa yang perlu kita lakukan pada satu-satu ketika itu dan terus lakukan. Tak payah nak pikir semua perkara yang harus kita lakukan ketika itu tapi kita tahu kita tidak ada upaya untuk selesaikan. Buat tension jer. After all, bukankah Tuhan tidak akan memberati kita dari apa yang mampu kita tanggung?
.
Bila dua perkara ini jadi amalan harian, perlahan-lahan hati yang kotor dan serabut itu akan mula bersih dan tenang. Bila hati bersih dan tenang, baru hati ini mampu memerintah dan memimpin diri untuk mencapai Sejahtera-Bahagia-Kaya dalam hidup ini! Fikirkan ...

Mari kita kempen dan usaha baiki hati kita ...


No comments:

Post a Comment