.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, July 19, 2011

Penipuan Diri (Self Deception)

.
Sedang aku berbual dengan sahabat aku, Azali dalam bilik beliau di pejabat SMOD, Transmission beberapa minggu lepas, aku terpandang satu buku bertajuk ‘Leadership and Self Deception’ di atas meja beliau. Lantas aku tanya pada beliau di mana beliau mendapat buku ini. Katanya buku itu diperolehi semasa menghadiri satu seminar di atas tajuk yang sama baru-baru ini.
.

Buku ‘Leadership and Self Deception’ ini pernah aku baca kira 10 tahun lepas dan merupakan antara buku yang benar-benar beri kesan mendalam kepada cara pandang aku terhadap kehidupan. Jadi, aku tidak pelik mengapa sahabat aku ini begitu teruja dengan isi kandungan buku ini. Kami seolah-olah macam budak kecil yang baru mendapat ‘toys’ baru. Masing-masing teruja menceritakan pengalaman mengenai idea ‘Leadership and Self Deception’ ini.

Satu perkara yang amat menarik mengenai kandungan buku ini ialah bilamana ianya membicarakan mengenai bagaimanakah cara pandang kita terhadap orang lain. Adakah kita pandang orang lain sebagai satu objek atau sebagai seorang manusia? Apa maksud persoalan ini?
.
Kita pandang manusia sebagai objek bilamana kita melihat kehadiran seseorang manusia di depan kita itu sebagai kenderaan (vehicle) untuk mencapai hajat kita atau sebagai halangan (blocker) untuk mencapai hajat kita atau hanya sebagai orang yang tidak memberi makna langsung kepada kita (irrelevant). Cuba semak diri kita samada kita melihat manusia sedemikian. Dalam banyak perkara, sedar tidak sedar itulah cara yang digunapakai oleh ramai dari kita.

Apa masalah dengan pandang orang lain sedemikian?

Bilamana kita pandang manusia sebegini, dengan mudah kita tidak menghargai nilai seorang manusia. Kita mula sanggup melakukan manusia tidak lain sebagai satu komiditi bagi mencapai hajat kita. Manusia pada mata kita tidak lebih sebagai barang. Kalau tidak masakan timbul pepatah Melayu yang berbunyi ’habis manis sepah dibuang’. Kita dapat lihat bermacam-macam kemungkaran dan kerosakan berlaku di atas muka bumi ini oleh tangan-tangan manusia yang bercara pandang sebegini. Fikirkan ...

Sudahnya bagaimana kita pandang orang lain sebagai manusia?
.
Kita pandang manusia sebagai manusia apabila kita mula menyedari setiap manusia itu punya fikiran, perasaan dan suara hati tidak kira samada beliau berpangkat atau sebaliknya, kaya atau sebaliknya atau apa saja latarbelakang mereka itu. Masing-masing dari kita ini unik dan punya kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Sebenarnya kenyataan ini lebih mudah difahami jika kita memahami konsep 'stick person' seperti mana diterangkan dalam setiap modul PPB3K itu.

Apa faedah dengan pandang orang lain sedemikian?

Bilamana kita pandang manusia sebegini, dengan mudah kita menghargai nilai seorang manusia. Kita mula mahu menghargai buah fikiran, perasaan dan suara hati mereka. Dalam bahasa mudah kita mula menjadi seorang pendengar yang baik. Akibatnya? Aman dunia ini! Nilai kemanusiaan akan mula mempengaruhi perjalanan dunia ini dan diizinkan Tuhan, tiada akan berlaku sebarang kemungkaran dan kerosakan sebagaimana yang kita lihat sekarang ini. Fikirkan ...

Samada kita bercara pandang ’manusia sebagai objek’ atau ’manusia sebagai manusia’ itu sebenarnya dengan mudah diketahui orang. Kita mungkin tidak sedar kita bercara pandang salah satu daripada cara pandang ini tetapi orang lain dengan mudah menyaksikan cara pandang kita berdasarkan kepada tabiat seharian kita. Kita tidak nampak tabiat kita. Fikirkan ...
.
Maklumat lanjut mengenai ’Self Deception’ ini ada saya sampaikan dalam modul ’The Box (Self Deception)’, satu-satunya modul saya dalam Bahasa Inggeris. Cubalah!

No comments:

Post a Comment