.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, July 29, 2011

Ramadhan 2011

Beberapa malam lepas, aku telah mendengar syarahan di surau berdekatan rumah aku. Aku agak teruja melihat gelagat uztaz ini. Aku belum pernah mendengar beliau mmberi syarahan di surau ini. Sangkaan aku itu ternyata benar bila salah seorang ahli qariah surau itu menyatakan ini kali pertama beliau memberi syarahan di surau tersebut.

Dari gaya pertuturannya aku tahu beliau berasal dari Indonesia. Dia punya master dari UKM dan sesuai dengan teknologi terkini, beliau menggunakan I-Pad dalam memberi syarahan. Very interesting. Syarahan beliau mengenai Ramadhan. Pada aku, kandungannya cukup basic tetapi memang terkesan pada aku.
.

Beliau menyatakan kita mesti banyak bersyukur Tuhan beri kita peluang untuk bertemu Ramadhan sekali lagi. Ramadhan merupakan nikmat besar dari Tuhan untuk umat muslim. Ramai kawan-kawan kita telah pergi dahulu lalu tidak dapat menikmati Ramadhan yang akan datang ini.

Sebelum tiba Ramadhan, elok sangat kita ingati segala dosa yang telah kita lakukan. Pohon sungguh-sungguh agar Tuhan ampuni segala dosa-dosa kita masa bulan Ramadhan ini. Cara terbaik untuk Tuhan ampuni kita ialah dengan lakukan puasa di bulan Ramadhan dengan cara terbaik. Tunaikan segala tuntutan Ramadhan itu dengan jitu. Jika Tuhan suka dengan amalan kita di bulan Ramadhan, dengan izinNya, segala dosa kita diampuni. Amat payah kalau nak harap semata-mata kepada amalan kita untuk hapus dosa kita.

Beliau juga menyarankan agar kita semua belajar sangka baik. Sebagai contoh, diri kita mungkin bersangka seseorang itu mahu menunjuk kebolehan beliau membaca AlQuran dengan baik. Jika kita sedar kita bersangka demikian, cepat-cepat kita tukar sangka itu kepada sangka baik seperti bilakah aku boleh membaca AlQuran seperti orang itu. Jika ini boleh dijadikan amalan, hati kita akan bersih. Hati yang bersih menjamin keselamatan diri.
.
Beliau juga ada menyarankan agar kita tingkatkan kualiti amalan kita dan bukan setakat mengejar kuantiti amalan. Sebagai contoh, dalam pembacaan AlQuran, kita bukan hanya mengejar untuk khatam membaca AlQuran (kuantiti) tetapi tekankan kefahaman dan amalan tentang apa yang dibaca. (kualiti)

Apa pun, aku azam agar Ramadhan kali ini akan memberi kesan positif dalam hidup aku. Aku harap Tuhan redhai aku. Maksud lagu yang terkandung dalam video dibawah ini benar-benar beri inspirasi pada aku agar usaha bina hidup yang fokus mencapai keredaan Tuhan terutama dalam bulan Ramadhan yang akan tiba ini. Mari kita hayati sama-sama. Moga kita semua mendapat menafaat darinya. Amin.





Moga kita semua diampuni dan diberkati Tuhan dalam Ramadhan kali ini.

No comments:

Post a Comment