.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, August 30, 2011

Antara 'Demand' & 'Supply'

Baru-baru ini saya terbaca satu perenggan dalam buku bertajuk ‘Full Engagement’ tulisan Brian Tracy yang berbunyi ...

.

“In a competitive market, we do not try to create needs. We try to identify customers who already have an existing need or felt dissatisfaction, and then show them that our product or service will satisfy that need or relieve that dissatisfaction. Because of competition, we must then convince the prospective customer that, all choices available in the market to relieve that dissactifaction, our product or service is the very best choice for the customer, all things considered.”

Saya nampak tiga perkara pokok dalam perenggan di atas;

1) Seseorang individu itu perlu punya ketidakpuasan terhadap sesuatu sebelum beliau membeli sesuatu untuk menyelesaikan ketidakpuasan tersebut.

2) Individu tersebut perlu dapat melihat dengan jelas apabila beliau membeli produk atau servis kita, ketidakpuasan beliau itu dapat diatasi atau menyebabkan beliau lebih puas hati.

3) Bila kedua-dua perkara (1) dan (2) di atas dipenuhi, barulah keputusan untuk membeli apa yang anda tawarkan itu boleh terlaksana.
.

Apa yang dinyatakan di atas sebenarnya amat relevan bagi sebarang jenis perniagaan. Sebagai contoh, kita ambil contoh produk atau servis yang ditawarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu bekalan elektrik. Berdasarkan kepada perkara (1), semua dari kita akan berasa hidup ini amat payah jika tiada mempunyai bekalan elektrik dalam kehidupan seharian. Segalanya akan tersekat. Baik kehidupan domestik maupun komersial. Amat menggerunkan kehidupan sebegini. Pada peringkat ini wujud keperluan mendesak. Sudahnya, berdasarkan kepada perkara (2), tanpa banyak soal kita memerlukan produk atau servis yang ditawarkan oleh TNB. Jadi barulah keputusan untuk membeli apa yang anda tawarkan itu boleh terlaksana. (Perkara (3)).

Dalam kita memasarkan produk atau servis kita, adakah kita menyusun strategi pemasaran kita berdasarkan kepada perkara (1) hingga perkara (3)? Cara pandang begini sebenarnya memudahkan kita menyusun keutamaan (prioratise) dalam aktiviti-aktiviti memasarkan produk atau servis kita.

Banyak syarikat yang saya lihat tidak mendekati berdasarkan kepada langkah (1) hingga langkah (3). Mereka lebih senang memulakan satu usaha perniagaan dengan cuba menerangkan apa faedah produk atau servis kepada bakal pelanggan masing-masing. Inilah maksudnya ungkapan “we do not try to create needs’ dalam baris pertama perenggan di atas. Dalam banyak keadaan bakal pelanggan ini selalu merasakan syarikat-syarikat ini bukan peka kepada keperluan mereka tetapi lebih kepada ‘syok sendiri’. Sudahnya, usaha perniagaan sebegini amat menyusahkan dan lambat menerima hasil yang diingini.

Apa yang dibincangkan di atas membuatkan saya terfikir mengenai produk dan servis yang saya tawarkan iaitu PPB3K. Adakah pelanggan-pelanggan saya nampak jelas samada PPB3K ini mampu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi atau sekadar mereka nampak saya hanya menjaja ‘seminar’ yang tiada langsung kaitan dengan keperluan mereka? Ini merupakan satu soalan yang cukup ‘direct’ dan amat penting saya fikir dan ambil tindakan. Apa hujah saya mengenai persoalan ini?
.

Ramai dari kita tidak seronok di tempat kerja. Kita kerja semata-mata untuk dapatkan gaji. Maka bekerjalah kita hari demi hari melaksana arahan ketua kita tanpa mengetahui apa faedahnya kerja kita dan apa yang boleh kita capai dalam kerja kita. Maka bekerjalah kita setakat ‘conform’ sahaja atau tanpa ‘passion’. Hari demi hari kita makin tertekan. Nak mengadu dilema kita kepada kawan-kawan atau ketua kita, kita lihat mereka pun sama macam kita. Kita cuba pujuk diri kita dengan mengatakan hal yang yang kita lalui ini sebenarnya lumrah alam pekerjaan tetapi lagi lama kita dalam keadaan begini lagi lemas kita. Kita cuba cari jalan keluar dari keadaan ini tetapi kita tidak tahu. Sudahnya kita, kawan kita, ketua kita dan sudahnya organisasi kita tertekan lalu menyebabkan produktiviti dan hasil kita merudum.

Perlu ditekankan bahawa isu di atas bukan perkara kecil yang boleh kita tutup mata begitu sahaja. Isu-isu sebeginilah yang menyebabkan banyak masalah yang sukar dibendung lalu menyebabkan kejatuhan atau kemerosotan diri maupun organisasi.

Suatu usaha untuk seronok bekerja (bagi individu) atau melaksanakan pengurusan perubahan (bagi organisasi) perlu menangani tiga komponen utama iaitu diri anggota kerja, bagaimana anggota-anggota kerja ini berinteraksi dan bekerjasama dan bagaimana seseorang peminpin itu memimpin. Perlu diingatkan tiada wujud jalan singkat bagi menangani tiga komponen ini. Ketiga-tiga komponen ini perlu ditangani secara sistematik dan berterusan.
.

Berdasarkan kepada senario di atas, disinilah perlunya PPB3K. PPB3K membantu seseorang itu agar seronok di tempat kerja dan membantu organisasi melaksanakan pengurusan perubahan untuk dapat hasil yang lebih baik. Ini semua dilakukan dengan memberi penekanan kepada Kesedaran Diri – Kesedaran Kerja Berpasukan – Kesedaran Kepimpinan secara sistematik dan berterusan.

PPB3K mampu membantu menangani isu-isu ini. Jalannya mudah, praktikal dan berkesan. Hubungi saya untuk saya kongsi resepinya. Saya yakin tuan puan akan menyesal kerana lambat mengetahui resepi ini!

No comments:

Post a Comment