.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, August 23, 2011

Mengimbangi Keperluan Organisasi?


Bila saya lihat keadaan pengurusan tertinggi untuk organisasi-organisasi besar terutama ’Government Link Companies’ (GLC) negara ini, masing-masing sedaya-upaya untuk mencapai matlamat secepat mungkin yang biasanya bersifat terdesak dan penting. Ini tidak dapat dielakkan kerana rata-rata pengurusan tertinggi ini punya jangkamasa kontrak yang cukup terhad disamping tekanan dari ’stakeholders’ yang punya keperluan yang cukup tinggi.

Ini semua punya kesan positif dan negatifnya. Namun disini saya ingin membawa perbincangan ini kepada satu kesan negatif kepada anggota kerja organisasi tersebut. Apa kesan negatif itu? Anggota kerja seperti hilang punca dengan keperluan-keperluan mendesak dan penting yang tidak kunjung padam ini. Situasi ini jika tidak ditangani akan membuat anggota kerja menjadi ’burn-out’ lalu sudahnya mmpengaruhi tahap ’engagement’ mereka dalam tugas masing-masing.

Sudahnya bagaimana kita harus mengimbangi antara keperluan pengurusan tertinggi dan dilemma anggota kerja ini? Untuk menjawab soalan ini, kita harus memahami konsep Matriks Masa. (rujuk rajah dibawah)
.
Berdasarkan kepada rajah di atas, jelas bahawa keperluan pengurusan tertinggi itu terletak dalam kuadran 1. (terdesak dan penting). Apa yang berlaku sekarang ialah fokus banyak dicurahkan kepada kuadran 1 ini. Jika kita terlalu lama di dalam kuadran ini, kita akan berasa tertekan. Bukan itu sahaja, kita tidak akan ada masa untuk menangani isu-isu strategik yang perlu dilaksanakan sebagai contohnya menangani isu hilangnya ’engagement’ terhadap tugas.

Isu-isu strategik ini kebiasaannya perlu ditangani menggunakan kaedah yang sistematik dan berterusan. Disebabkan sifat kaedahnya begini, semestinya kaedah ini tergolong dalam Kuadran 2 (Penting tapi Tidak Terdesak).

Apa yang kita pelajari dari cerita di atas ialah dua-dua aktiviti dalam kuadran ini penting dan kita perlu mengambil berat segala aktiviti di dalam kedua-dua kuadran ini. Dalam kata lain, aktiviti-aktiviti ini perlu ditangani secara seimbang.

Soalnya apa yang perlu kita laksanakan bagi menangani isu strategik ini? (isu ’engagement’ terhadap tugas).
.
Disinilah datangnya perlu kita melaksana Pengurusan Perubahan (Change Management). Sebenarnya ada banyak model-model Pengurusan Perubahahan di luar sana. Namun model Pengurusan Perubahan yang dipilih perlu menekankan soal-soal asas, praktikal untuk dilaksanakan dan sesuai dengan iklim organisasi negara ini. Berdasarkan kepada keperluan inilah mengapa Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K) diwujudkan.

PPB3K menangani tiga keperluan asas anggota kerja di tempat kerja iaitu Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan (3K). Inilah dia tiga keperluan asas yang selalu terlepas pandang dari pihak yang bertanggungjawab dalam sesuatu organisasi. Tiga perkara ini bila diambil tindakan secara sistematik dan berterusan akan berupaya menanagani isu ’engagement’ di atas. Bukan itu sahaja, PPB3K telah disediakan dalam Bahasa Malaysia dan bahan-bahannya yang amat praktikal ini akan menjanjikan satu pendekatan yang cukup berkesan kepada anggota kerja organisasi.

Baru-baru ini, bagi memantapkan lagi khidmat PPB3K kepada para pelanggannya, satu modul sekutu yang bertajuk ’My Heart’ telah diserap dalam keluarga PPB3K. ’My Heart’ khusus membicarakan soal bagaimana harus kita melaksanakan penyucian (cleansing) terhadap hati (Fikiran Bawah Sedar) dengan menekankan soal spiritual. ’My Heart’ juga khusus bagi pembinaan nilai bersama dalam setiap anggota kerja organisasi.

Penting sangat penyucian hati ini dilaksanakan memandangkan jika hati (Fikiran Bawah Sedar) ini penuh dengan kekotoran, sudah pasti seluruh diri itu tidak akan selamat. Bukan itu sahaja, bila hati ini telah mula bersih dan berpegang pada nilai bersama organisasi, maka lebih mudah dan berkesan untuk melaksana segala tuntutan yang dinyatakan dalam modul-modul PPB3K yang lain. Pendekatan ’My Heart’ cukup asas dan praktikal.

Sudahnya bolehlah saya rumuskan bahawa PPB3K + ’My Heart’ merupakan satu program Pengurusan Perubahan yang amat dinamik dan praktikal bagi menangani isu ’engagement’ ini. Kalau dulu, kita memisahkan soal spiritual dalam pengurusan tetapi bersama PPB3K + ’My Heart’ ini anda akan dapat saksikan dua perkara ini tidak dipisahkan malah saling ’compliment each other’ bagi merealisasi tujuan akhir Pengurusan Perubahan ini.

Hingga setakat ini, saya tahu apa yang tersaji dalam PPB3K + ’My Heart’ ini memang hebat. Saya bukan syok sendiri tetapi sebagai orang yang banyak terlibat dan mengkaji model-model yang berkaitan dengan Pengurusan Perubahan baik dalam negara maupun luar negara, PPB3K + ’My Heart’ memang unik, berbentuk holistik dan praktikal. Saya cukup yakin PPB3K + ’My Heart’ sesuai digunakan untuk menangani cabaran organisasi dari sudut produktiviti anggota kerja, 'engagement' anggota kerja terhadap tugas, kreativiti anggota kerja, kerjasama sesama anggota kerja dan kepimpinan anggota kerja.
.
Saya ingin menjemput tuan puan yang terlibat dalam urusan menangani cabaran-cabaran di atas untuk mengunapakai PPB3K + ’My Heart’. Saya yakin tuan puan akan mendapat banyak faedah dari PPB3K + ’My Heart’. Sejahtera-Bahagia-Kaya!

No comments:

Post a Comment