.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, August 10, 2011

Nostalgia


Nostalgia bermaksud keinginan kepada sesuatu di masa lepas. Keinginan di masa lepas ini selalunya menimbulkan kepada perasaan gembira dan tidak kurang juga kepada perasaan sedih. Namun kadang-kadang perasaan sedih dan gembira itu bercampur baur hingga menyebabkan nostalgia itu menimbulkan rasa hidup yang indah.

Cuba perhatikan apa yang selalu dibincang oleh orang bilamana bertemu dengan rakan lama mereka? Tak kiralah dimana saja. Dalam Facebook, kedai mamak, hari perayaan. Semuanya menceritakan kisah lama yang sudahnya menimbulkan nostalgia.

Apa gunanya nostalgia?

Apa yang aku perhatikan, salah satu gunanya nostalgia ialah ianya mampu merapatkan hubungan sesuatu kelompok manusia itu. Hubungan rapat ini sudahnya selalu menghasilkan kerjasama yang cukup utuh bagi satu kumpulan manusia yang mana dulunya tidak mampu mencapai tahap kerjasama seperti sekarang. Fikirkan ...

Banyak kumpulan manusia sekarang berfungsi di atas dasar nostalgia. Contohnya ialah seperti alumni satu tempat pengajian, pekerjaaan, kawasan dan sebagainya. Hebatnya kumpulan sebegini hingga ada satu kumpulan yang aku kenali begitu rapatnya hubungan antara mereka melebihi hubungan mereka dengan saudara-mara mereka sendiri. Kadang-kadang aku rasa ’envy’ dengan mereka.

Secara peribadi, aku punya nostalgia terhadap cerita-cerita TV di tahun 70an. Setiap kali aku terdengar lagu cerita-cerita TV ini, aku semacam dibawa terbang semula ke era waktu itu. Bukan sahaja aku teringatkan cerita-cerita TV ini tetapi dalam banyak hal aku teringatkan juga apa yang aku lakukan pada ketika itu. Dalam diam, aku mampu tersenyum sendirian.

Video dibawah ini mempamirkan beberapa sedutan dari cerita-cerita TV popular sekitar tahun 70an dahulu. Saya yakin tuan puan akan tersenyum sendirian terutama bagi tuan puan yang sedang membesar pada era tersebut. Mari kita nikmati nostalgia ini. :)





No comments:

Post a Comment