.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, August 13, 2011

Pendekatan Pengurusan Perubahan Terhebat!

Syukur banyak-banyak pada Allah S.W.T. kerana satu perbincangan antara Uztaz Hairudin dan saya di awal Ramadhan kali ini telah membuah satu inovasi bagaimana untuk melaksanakan pengurusan perubahan yang cukup holistik sifatnya khusus untuk sesuatu organisasi itu.
.

Inovasi ini menggabungkan program Uztaz yang bertajuk ‘My Heart’ dan PPB3K itu sendiri. ‘My Heart’ bertindak sebagai penyediaan hati anggota kerja untuk mengamalkan segala nilai yang baik dan kemudian disambut oleh PPB3K sebagai pendekatan yang bersepadu dan berterusan bagi membina organisasi yang …

SEJAHTERA-BAHAGIA-KAYA.

Berikut pula ialah renungan Uztaz Hairudin mengenai idea yang kami temui …

Alhamdulillah. satu percantuman idea yang cukup bagus. Saya nampak gabungan penyucian hati dan pengurusan organisasi ini akan menjadikan satu-satu organisasi atau syarikat itu lebih menyerlah secara total.

Ini kerana organisasi/syarikat adalah sebenarnya gabungan beberapa individu yang masing-masing mempunyai hati. Baik muslim atau non muslim. Hati setiap manusia bermula dengan fitrah (suci). Manusia itu sendiri yang mengotorinya. Bila hati telah dikotori, pandangannya akan menjadi kabur dan tak nampak jalan kepada nilai-nilai murni.
.
Tetapi bila hati tadi telah dibersihkan, bukan sekadar nampak jelas nilai-nilai tersebut tapi nilai-nilai tersebut akan lekat dihati. Bila keadaan tersebut berlaku, letaklah individu tersebut dalam apa keadaan sekalipun, nilai-nilai tersebut akan menyerlahkan kredibiliti dan produktivitinya kerana nilai-nilai tersebut tidak difikirannya yang akan berubah bila dapat idea-idea baru atau diemosinya yang juga terdedah kepada perubahan bila keadaan-keadaan berubah.

Ini kerana emosi cepat terkesan dengan keadaan sekeliling tetapi nilai-nilai murni tersebut tetap lekat dihatinya kerana hati tak mudah berubah dengan persekitaran dan keadaan.

Kesimpulannya, seseorang yang mempunyai hati yang bersih; dia akan IKHLAS, buat yang terbaik kerana Allah bukan kerana manusia dan serah segala urusannya kepada Allah, bukan pihak-pihak tertentu. Jika ini berlaku, apa pun situasi yg berlaku, jadi positif pada pandangannya kerana dia tetap SABAR dengan ujian Allah dan SYUKUR dengan kejayaan yang dikurniakan Allah.

IKHLAS-SABAR-SYUKUR
.
Kesimpulan

Dari pengalaman sebelum ini, inilah satu resepi yang amat diperlukan oleh organisasi masakini dalam usaha membina organisasi yang benar-benar mantap. Kalau dulu seolah wujud pemisahan dari segi pengurusan dengan hal spiritual tetapi melalui gabungan ‘My Heart’ dan PPB3K ini nanti, anda akan dikongsi satu idea yang cukup mantap bagaimana menggabungkan hal spiritual dalam pengurusan organisasi. Ini membuatkan saya teringat kata-kata dalam buku The Corporate Mystic (2002) tulisan Prof Dr Gay Hendrick & Kate Ludeman ...

‘Lately, the concern of the big corporation toward ethical, and even spiritual aspect of their employee has grown rapidly – in the global market in the future, you will find saint, mystics or sufis in the big corporation or modern organization – NOT in the viharas, monasteries, synagogues, temples, churches or mosques’.

No comments:

Post a Comment