.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, September 16, 2011

Hasil (Result) Part 2

Bagaimana kita merancang mencapai Hasil?



Langkah 1
Senaraikan segala hasil yang harapkan berdasarkan pada cabang hidup anda. Berdasarkan kepada Anda Dilahirkan Berjaya, setiap manusia itu mempunyai 8 cabang hidup iaitu Kerohanian, Emosi, Intelek, Fizikal (Kesihatan), Kerjaya/Pendidikan, Kewaangan Peribadi, Keluarga dan Masyarakat. Katakan kita tumpukan senarai ini kepada cabang hidup kerjaya kita.

Langkah 2
Berdasarkan kepada senarai hasil itu tadi, kenalpasti satu hasil yang paling penting untuk dicapai bagi menyumbang kepada kejayaan anda (Cabang Hidup Kerjaya).

Langkah 3
Berdasarkan kepada senarai hasil itu juga, kenalpasti dua hasil berikut yang paling penting untuk dicapai bagi menyumbang kepada kejayaan anda (Cabang Hidup Kerjaya).
Dua hasil ini dikenali sebagai hasil yang akan membantu atau menyokong pencapaian hasil paling penting anda.

Nota: Tiga hasil yang paling penting ini membentuk ’Big Three’ hasil anda dalam cabang hidup Kerjaya anda.

Langkah 4
Berikut senaraikan segala aktiviti yang perlu anda laksanakan bagi membawa anda mendekati pencapaian hasil paling penting anda.

Langkah 5
Berdasarkan kepada senarai aktiviti itu tadi, kenalpasti satu aktiviti yang paling penting untuk dicapai bagi menyumbang kepada pencapaian hasil paling penting anda. (Cabang Hidup Kerjaya).

Langkah 6
Berdasarkan kepada senarai aktiviti itu tadi, kenalpasti dua aktiviti berikutnya yang penting untuk dilaksanakan bagi mencapai hasil paling penting anda itu ((Cabang Hidup Kerjaya).

Nota: Tiga aktiviti yang paling penting ini membentuk ’Big Three’ aktiviti anda dalam cabang hidup Kerjaya anda.

Langkah 7
Buat tekad dan terus ambil tindakan untuk laksana aktiviti yang paling penting anda laksanakan. Elakkan dari bertangguh. Bak kata Nike, ’Just Do It!’

Langkah 8
Fokus dan Disiplinkan diri anda hingga terlaksana aktiviti ini dengan cemerlang.

Langkah 9
Ulang langkah 4 hingga 8 bagi dua hasil berikut yang paling penting (langkah 3).

Renungan: Langkah-langkah yang tertera di atas sebenarnya adalah langkah-langkah asas untuk membuat keutamaan (prioritization) bagi segala tindak tanduk kita dalam usaha mencapai matlamat kita. Buatlah!

No comments:

Post a Comment