.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, September 7, 2011

Seiri (Sisih)

Aku dah lama teringin nak sisih baju lama aku dari dalam almari baju yang kian sendat itu. Dah lama aku tangguh niat aku ini. Nak jadi cerita, hujung minggu lepas, entah apa mimpi aku, aku mula bongkar almari baju aku tu.

Memang payah nak aku sisih baju yang aku mahu ‘let-go’ dari baju yang aku mahu terus simpan. Sebab ada antara baju-baju ini banyak meninggalkan memori yang cukup indah. Tetapi tiba-tiba aku teringat konsep ‘Seiri’ yang merupakan ‘S’ yang pertama dalam aktiviti 5S. ‘Seiri’ atau Sisih itu membawa maksud agar ‘let-go’ segala barang yang anda tidak perlukan dari terus anda menyimpannya.

Mula-mula memang payah aku nak sisihkan tetapi bila aku teringat nota yang aku baca mengenai ‘Seiri’ ini langsung aku simpan sahaja baju-baju yang mahu aku pakai. Baju-baju yang aku suka tetapi tidak suka aku pakai walaupun harganya mahal atau punya ‘sentimental value’ terus aku masukkan kedalam bakul ‘let-go’. Aku tekan segala perasaan yang timbul.

Sudahnya apa yang terjadi?


Tiga suku (3/4) dari baju aku simpan termasuk dalam senarai ‘let-go’. Apa yang aku rasa? Entah kenapa aku rasa cukup puas dan lega. Suasana semacam baru lepas ribut taupan baru reda. Puas dan lega sungguh! Aku tengok ruang almari baju aku tu hampir kosong. Aku senyum sendirian. Aku nampak dan aku azam akan aku beli baju-baju yang aku suka pakai sahaja selepas ini. Barulah aku dapat berfikir sikit. Kalau tidak bila aku buka almari ini, fikiran aku jadi kusut. Terasa pada ketika itu, keputusan yang paling rumit untuk aku buat ialah untuk tentukan apa yang nak aku pakai. Pelik tetapi itulah realitinya.

Peristiwa laksana ‘Seiri’ terhadap baju-baju aku ini membawa aku terfikit tentang segala fikir-fikir yang sarat dalam fikiran aku ini. Adakah ada antara fikir-fikir ini patut aku ‘let-go’? Agar fikiran aku lebih lapang? Bila lapang lebih ringan aku jalani hidup ini? Tentu ada! Mmmmm ... satu fikir yang aku mahu ‘let-go’ ialah aku selalu fikir apa orang fikir tentang aku. Sudahnya aku rasa cara fikir itu selalu sahaja menyekat aku dari kemajuan. Aku azam nak ‘let-go’ fikir aku yang satu ini.

Balik cerita pasal baju-baju yang mahu aku ‘let-go’ itu. Aku lihat baju-baju tu cukup banyak. Kalau diisi dibelakang ‘Hilux’ aku tu, mungkin penuh. Aku terfikir nak jual sahaja baju-baju tu kepada gerai-gerai ‘bundle’ tetapi entah kenapa aku terfikir kenapa tak dihadiahkan sahaja kepada mereka yang mahu. Good idea. Aku contact sahabat baik aku ni. Aku bagi tahu hajat aku kepada dia. Dia kata serahkan saja kepada dia. So, aku serahkan saja baju-baju itu kepada beliau. Sekali lagi aku puas dan lega. Puas dan lega dalam memberi. Memang aku rasa sungguh seronok.


Dalam diam-diam aku telah amal dua hukum Tuhan ... ‘The Law of Prosperity’ dan ‘The Law of Giving and Receiving’. Itu sebab aku seronok. Nak tahu macam mana bila kita amal dua hukum ini menyebabkan kita seronok, hadiri modul ‘Anda Dilahirkan Berjaya’. Modul pintu masuk Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K) itu. Anda akan Sejahtera-Bahagia-Kaya’.

1 comment:

  1. suka kisah ni. terima kasih krn bkongsi. »Kama«

    ReplyDelete