.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, October 9, 2011

Good to Great

Malam ni aku menulis sebab aku teringin sangat nak catatkan sesuatu selepas tamat baca buku ‘Good to Great’ (G2G) kajian Jim Collins itu. Hebat buku ini. Mendalam kajiannya dan rumusannya memang di luar dari sangkaan aku. Memang tak aku sangkalkan, buku ini antara buku pengurusan terhebat yang pernah aku baca. Kudos kepada Collins dan rakan-rakannya.

Tetapi apakah perkara terpenting yang aku pelajari dari G2G ini?
.


Pertamanya, memang aku tertarik dengan Teori Landak (Hedgehog Theory) buku ini. Teori Landak ini adalah berdasarkan satu cerita dongeng Aesop yang mengesahkan cerita antara Sang Landak dan Sang Musang. Sang Musang ini terkenal dengan mempunyai berbagai strategi dalam cuba memerangkap mangsanya namun Sang Landak yang menjadi mangsa pula hanya mempunyai satu strategi sahaja namun strategi yang diguna oleh Sang Landak itu amat berkesan untuk menangani sebarang situasi.

Sang Musang itu menggunakan berbagai helah untuk memerangkap Sang Landak. Namun Sang Landak hanya menggunakan satu strateginya sahaja (iaitu dengan menggembang dan menegakkan duri badannya) dalam menangkis sebarang usaha Sang Musang menjeratnya. Sudahnya sampai bila-bila Sang Musang gagal memerangkap Sang Landak!

Jadi berdasarkan Teori Landak ini, hidup kita seharusnya mempunyai satu teori yang boleh kita gunakan dalam mengharungi hidup ini terutamanya bilamana perlu menentukan matlamat dan berdepan dengan pilihan-pilihan dalam hidup ini. Teori Landak ini menyatakan, matlamat yang kita pilih perlu memenuhi 3 kriteria;

1) Adakah kita ‘passionate’ dengan matlamat tersebut. Passionate ini bermaksud adakah kita teruja dengan apa yang mahu dicapai atau teruja dengan maksud matlamat tersebut terhadap hidup kita.

2) Adakah kita dapat merasakan bahawa kita mampu menjadi yang terbaik dalam apa yang kita mahu capai itu.

3) Adakah matlamat yang kita mahu capai itu boleh membawa keuntungan dari segi wang ringgit.

Sekiranya matlamat yang aku pilih itu memenuhi ketiga-tiga kriteria di atas, maka matlamat itu boleh aku terima menjadi matlamat atau ‘Teori Landak’ aku. Seterusnya, bilamana aku berdepan dengan sebarang pilihan, hadapkan pilihan tersebut terhadap matlamat aku itu. Jika pilihan itu ada dapat memenuhi Teori Landak aku itu, , maka aku boleh mempertimbangkannya. Jika tidak lupakan sahaja. Mudah jadi hidupkan?




Bila aku telah menetapkan matlamat aku itu, G2G meminta sangat-sangat aku sentiasa berfikiran positif bahawa satu hari aku akan berjaya mencapainya tetapi pada masa yang sama, G2G mahu aku berani berhadapan dan mengambil tindakan terhadap sebarang ’brutal facts’ yang aku hadapi dalam perjalanan mencapai matlamat aku itu. Cara pendekatan begini dipanggil ‘Stockdale Paradox’

Jika inilah yang menjadi disiplin aku, pasti, dengan izin Tuhan, aku akan mencapai matlamat aku itu!

No comments:

Post a Comment