.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, October 4, 2011

Penglibatan dalam Kerja

.
Pagi tadi, aku breakfast dengan satu group senior civil engineers di satu café somewhere in PJ. Mereka bukan orang lain. Dah lama aku kenal mereka. Jadi sebelum habis Shawal ini, aku just nak ‘touch base’ dengan mereka.
.
Semasa aku sampai di café tu, aku lihat mereka dah pun sampai. Jadi aku cepat-cepat order my breakfast dan joint mereka. Aku dengar mereka sedang membincangkan beberapa soal teknikal mengenai isu-isu kerja yang sedang mereka hadapi. Aku senyum sendirian. Dah lama aku tak dengar cerita-cerita teknikal ini. Datang juga rindu aku terhadap hal-hal teknikal ini. Dah lama aku tak terlibat dengan hal-hal ini. Ialah semenjak aku banyak tumpu usaha aku terhadap hal-hal pembangunan manusia dan pengurusan.

Aku juga senyum kerana bila aku teliti apa yang dibual oleh mereka itu sebenarnya bukan sangat mengenai soal kefahaman tentang hal teknikal itu sendiri tetapi lebih kepada mengapa susah sangat pihak kontraktor atau kakitangan mereka untuk amal hal-hal teknikal itu dalam kerja harian mereka. Aku lihat berkerut muka mereka. Pada ketika itu aku terfikir sesuatu. Kalau diteliti dari perbualan mereka ini, masalah mereka ini bukannya soal teknikal tetapi lebih mengenai cabaran bagaimana mahu membuat orang terlibat sepenuhnya dalam kerja mereka. Sebenarnya cabaran ini bukannya hanya terhad kepada mereka sahaja, tetapi daripada apa yang aku yang dengar sebelum ini pun, rata-rata punya cabaran yang sama.

Tanpa kita sedari masalah kita sebenarnya ialah penglibatan orang terhadap apa yang diusahakan amat penting bagi menjayakan segala hajat kerja kita. Apatah lagi macam mana nak ambil tindakan terhadap masalah ini. Kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu! Fikirkan …

Aku sengaja provoke mereka dengan mengatakan bahawa apa yang aku dengar dari perbualan mereka ialah bukan ‘teknikal’ masalahnya tetapi sebenarnya ‘orang’ adalah masalah kita. Aku lihat muka-muka mereka tersenyum. Aku seterusnya sengaja katakan adakah kita sedar bahawa itulah masalah kita dan adakah kita tahu bagaimana nak selesaikan? Bertambah meleret senyum mereka.

Salah seorang dari mereka menyampuk, “Tak kan benda senang itu pun orang kita tak boleh nak handle?” Aku katakan pada beliau, “Jangan sangka orang kita tahu apa yang kita tahu walaupun ianya amat mudah kepada kita. Benda ini semua bunyinya mudah tetapi benarkah ianya mudah? Cuba tanya diri kita adakah kita sendiri paham bagaimana nak ambil tindakan terhadap isu ini?” Aku lihat mereka termenung panjang. Aku hanya senyum kambing.

Sebenarnya tanpa kita sedari, kita telah tipu diri kita sendiri. Benda senang seperti membina penglibatan itu perkara logik dan kita anggap semua orang tahu. Tetapi sebenarnya ramai antara kita tidak jelas. Dan jika kita mulai jelas sekali pun, kita mulai sedar bahawa untuk ambil tindakan terhadap isu ini bukan senang. Kita tersekat dan langkah paling mudah ialah kita lupakan isu ini! Kita harap masalah ini selesai dengan sendirinya. Tetapi apa yang berlaku? Dalam diam-diam, masalah kita itu makin kronik!

Diakhir breakfast pagi itu, aku katakan pada mereka, ”Kita sepatutnya tanyakan pada diri kita apa yang boleh kita lakukan dalam ruang lingkup kuasa kita. Kalau kita asyik menunding jari pada orang lain, sampai bila pun hal ini tidak akan selesai.” Salah seorang dari mereka tanya aku apa yang patut kita lakukan. Secara bersahaja aku katakan, ”Apa kata you all gunakan PPB3K. Ianya memang dalam ruang lingkup kuasa masing-masing.”

”Tapi bukankah PPB3K ini perlukan masa. We don’t have time la Mior” kata salah seorang dari mereka lagi. Jawab aku, ”Well tu la masalah kita. Selalu nak cepat tapi sudahnya jadi lebih lambat. Jangan kita terperangkap dengan sindrom ’Nak cepat sudahnya jadi lagi lebih lambat’ ini. PPB3K ini nampak je lambat pada awalnya tetapi in the long run you akan banyak jimat masa dan perjalanan kita akan makin laju.”
.
Aku puas hati dapat sampai message ini kepada mereka. Salah seorang dari mereka ucapkan terima kasih di atas idea-idea yang aku kongsi itu. Aku katakan pada mereka, ”Aku bukan bagi idea, aku hanya mahu provoke you all punya minds’ Berderai ketawa kami sambil tinggalkan cafe tersebut.

No comments:

Post a Comment