.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, October 22, 2011

Teh O Nipis Kurang Manis

Pagi Jumaat lepas, aku keluar rumah jam 6.30 pagi. Aku tak terus ker pejabat. Tetapi aku terus ke kedai roti canai favorite aku tu. Bila aku sampai, kedai roti canai itu baru jer dibuka. Aku sukakan suasana kedai ini sebab ianya very relaxing and simple. Dia orang macam dah tahu apa aku nak order. Dua keping roti bom (tiada gula dan tiada minyak) serta air teh O nipis kurang manis. This is one of my favorite breakfasts.
.
Semacam biasa, sambil aku breakfast aku baca buku. Ini adalah keadaan santai yang paling aku gemari. Inilah keadaannya bilamana aku makan di kedai ini pada pagi-pagi sebelum ini. Namun, cerita pagi ini agak berbeza.

Sedang aku duduk melayan isi kandungan buku ini, tiba-tiba datang seorang muda duduk betul-betul sebelah aku. Aku sedikit pelik kenapa dia duduk sebelah aku walhal masih ada ruang kosong dalam kedai ini. Kalau duduk depan aku, aku rasa itu tidak berapa janggal. Tetapi ini betul-betul sebelah aku. Kalau aku katakan aku selesa dengan keadaan begini memang aku tipu. Tapi aku tidak kisah sangat. After all, negara ini negara demokrasi.

Sedang aku duduk mengelamun membaca sambil menghirup teh itu, tiba-tiba orang muda itu menegur aku. Macam-macam ditanyanya. Aku hanya senyum dan menjawab segala pertanyaan dia. Orang muda ini aku lihat quite humble. Bekerja sebagai seorang jurutera tapak bina (Civil) dan baru saja tamat pengajian. Apa yang menarik mengenai orang muda ini ialah mengenai 'social intelligent'nya. Walau muda, tapi beliau tahu macam mana nak ambil hati orang dan ’create link’ dengan orang disekelilingnya. Ini sesuai dengan buku yang sedang aku baca ini yang membicarakan kepentingan ’social intelligent’ dalam hidup ini.

Orang muda ini telah menceritakan latarbelakangnya yang sedang berusaha membina kehidupannya. Beliau tertarik dengan apa yang aku lakukan iaitu sedang membaca buku. Katanya bukan senang nak cari orang yang suka baca buku. Aku senyum kerana pada pandangan aku, pandai orang muda ini ambil hati aku. Tetapi yang sebenarnya mengapa aku senyum ialah kenapa orang pelik tengok aku membaca walhal sepatutnya mereka pelik kenapa mereka tidak membaca!

Aku dan orang muda itu terus berbual dan dia nampak really excited bila aku katakan aku juga merupakan seorang jurutera awam hanyanya sekarang aku lebih banyak buat kerja-kerja pengurusan. Kelakuan orang muda itu buat aku teringat keadaan aku kira-kira 25 tahun lepas bilamana aku sendiri begitu excited bertemu ’super-super senior’ aku dalam bidang kejuruteraan awam. Orang muda ini nampak beriya-iya mahu belajar sesuatu dari aku. Tanpa teragak-agak beliau meminta no telefon aku dan aku juga turut kongsi alamat blog aku. Beliau nampak teruja dan itu telah memberi aku keinginan untuk berkongsi sesuatu dengan orang muda ini.

”Jika you betul-betul hendak berjaya dalam bidang you ini. Ada satu rahsia penting perlu you buat” kataku dengan penuh serius. Aku lihat orang muda itu memandang aku dengan penuh harapan. Sambung aku, ”For the next 2 months, tentukan apa yang you nak capai dalam kerja you sekarang. Maybe you nak kumpul segala ilmu bagaimana mahu jadi jurutera tapak yang hebat dalam masa 3 tahun dari sekarang. Jika itu yang you mahukan, commit to yourself to achieve matlamat ini dalam masa ... say 3 years. Along the way kutip segala ilmu dan kemahiran dan lebih elok ilmu dan kemahiran itu di compile dalam bentuk satu presentation katakan dalam powerpoint. The beauty is, the moment orang nampak you bole bercakap mengenai management of construction site, terus orang kata you the expert. Sudahnya nilai you di pasaran naik mendadak!”. Aku lihat dia terpegun.
.
Aku senyum dan aku akhiri sharing aku itu dengan katakan pada orang muda itu, “I got to go. Mungkin you rasa apa yang I cakapkan tadi looks very simple. Tetapi let me reminds you. This is a very powerful thing. Ingat. Simplicity is the ultimate sophistication. Jumpa lagi.”

Aku meninggalkan dia sambil orang muda itu semacam terpempan. Aku dapat rasakan orang muda ini suatu hari akan berjaya kerana beliau punya ciri-ciri untuk berjaya. Puas dapat berkongsi sesuatu di awal pagi ini. Oh Allah! Bless Him!

No comments:

Post a Comment