.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, November 29, 2011

Aku, 48 tahun!


Hari ini aku genap 48 tahun. Macam tak percaya umur aku dah 48 tahun. Rasa cepat sungguh masa berlalu. Sometimes I wonder, rasanya baru semalam aku aku berumur 22 tahun. Masa tu, aku baru grad dari Univ. Masa itu, masih aku ingat … aku merasakan untuk sampai umur menghampiri 50 tahun ini akan mengambil masa yang cukup lama. Sedar-sedar dah sampai aku ke umur ini.
.

Apa yang aku capai? Soalan ini sememangnya soalan cepumas. Memang rasa gayat jugak. Aku dah bersediakah untuk balik mengadap Dia? Lagi aku gayat. Baru beberapa malam lepas, tetiba datang satu suara dalam tidur aku yang bertanyakan pada aku samada aku masih hidup atau sudah mati? Berderau darah aku. Aku terus terjaga dari tidur. Semua jenis peluh timbul. Peluh jantan ... peluh betina. Perggghhhhhhhhhh ...

Tapi bila dikenangkan apa yang telah aku lalui, macam-macam perkara yang baik telah aku kecapi. Tak kan aku nak tutup mata mengenai hal-hal yang baik ini. Aku mesti dan sememangnya aku sangat bersyukur dengan pemberianNya.


Apa pun, akan aku gunakan masa-masa yang masih ada di tangan aku ini untuk capai matlamat-matlamat aku. Tak guna nak ingat benda-benda yang menyerabutkan fikiran. After all, macam kata seorang kawan aku tu, selagi kita bernyawa, selagi itu kita muda. Kita hanya tua bila dah masuk kubur. Aku senyum sendirian. Betul jugak kata kawan aku ini. Buat apa nak serabut-serabut. Live to the fullest! As long aku follow Perintah Tuhan dan ikut cara Rasul, aku will be ok.

Satu wish aku. Aku harap negara Malaysia ini akan terus kekal makmur. Aku harap penduduknya terus proaktif dan produktif. Tu sebab aku suka satu lagu yang bertajuk ‘Gemuruh Suara’ ini. Sempena aku 48 tahun ini, aku harap aku dan seluruh penduduk negara ini renung dan amal kata-kata dalam lagu ini. Mari kira renungi kata-kata lirik ini dalam video di bawah ini.


video


Moga Allah redhai aku, famili aku, sahabat-sahabat aku dan seluruh manusia di muka bumi ini. Ameen ...

No comments:

Post a Comment