.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, November 13, 2011

Apa yang aku pelajari di Mesir.


Malam semalam, aku pulang dari Alexandria, Mesir. Aku rasa masa berjalan begitu pantas. Sedar-sedar aku telah berada balik di rumah aku. Memang perjalanan ini merupakan satu pengalaman berharga sebab macam-macam benda yang aku jumpa. Yang baik maupun sebaliknya. Apa yang aku pelajari dari perjalanan ini? Teringin aku nak catatkan disini untuk dijadikan tauladan aku di masa depan.

Pertama sekali, aku memang tidak menjangka aku akan ke sana. Kalau ikutkan segala kekangan dan logik, memang aku tidak berupaya ke sana. Tapi inilah dia kuasa Tuhan. Kalau Tuhan dah tentukan aku akan kesana walau apapun kekangan yang ada, aku tetap juga akan sampai ke sana. Aku rasa terlalu humble dengan anugerah Tuhan ini. Syukur banyak-banyak pada Dia.
.
Kedua, aku lihat walau manusia itu datang dari berbagai latarbelakang, tetapi ’concern’ mereka tetap sama. Tak kisah siapa kita, kita amat prihatin tentang apa yang akan terjadi kepada our love ones, samada kita punya masa depan dan wujud keinginan untuk sangka baik antara kita. Aku terjumpa seorang Mesir ini dalam tram. Bila dia tahu aku dari Malaysia dan seagama dengan beliau, bukan main seronoknya dia. Sungguh-sungguh dia ajak aku makan di rumahnya. Namun aku terpaksa menolaknya. Nampak unsur hampa pada air mukanya. Hebat nilai persaudaraan yang berlandaskan sangka baik ini! Maha Hebat Tuhan!

Ketiga, manusia ini amat takut jika mereka tidak mempunyai sumber ekonomi yang kukuh. Mereka sanggup buat apa sahaja demi untuk mengelak dari menerima bahana ekonomi ini. Aku lihat di Mesir ini, pertandingan untuk membina sumber ekonomi terlalu intense. Mungkin itu disebabkan kerana kekurangan peluang. Sudahnya itulah bila tiba pasal duit, aku lihat perangai mereka macam orang kemaruk. Pantang lepa. Sure kena pancung!.
.
Bila aku kenangkan peluang yang ada di Malaysia, aku jadi malu sebenarnya. Kita di Malaysia peluangnya melimpah ruah. Tetapi kita jadi very choosy sebab manja kot...? Lihat saja bagaimana rakyat negara luar berduyun-duyun datang ke Malaysia ... Aku berazam sungguh-sungguh untuk usahakan agar PPB3K dapat duduk pada tahap yang aku inginkan dan sumber ekonomi aku.

Keempat, aku rasa helpless bila lihat macam anak aku yang seorang ini perlu survive kat Alexandria ini. Kenapa aku jadi begitu? Sebab aku sangat sayangkan anak-anak aku. Pada pikir aku, I’m totally responsible to make sure they are OK. Jadi bila jadi keadaan macam ini, itu yang timbul rasa helpless tu. Tapi lama-lama timbul kesedaran ini. Kesedaran yang menyatakan bahawa yang mengawasi gerak geri kita ini, yang beri kita rezeki dan yang menentukan baik buruk kita ini ialah Tuhan. Terasa aku ingin terus sujud kepada Dia …
.
Kelima, aku rasa amat bersyukur aku di lahirkan di Malaysia. Kita di Malaysia, prasarana sosial kita cukup bagus. Aku bertanya kepada diri aku mengapa kita di Malaysia mampu membina ini semua dan tidak seperti di negara Mesir ini? Aku ingin sekali tahu jawapannya. Pikir punya pikir, aku realized root cause kepada perkara ini ialah jenis kepimpinan yang ada bagi sesebuah negara itu. Bukan aku mahu bercakap pasal politik tetapi aku hanya mahu bercakap mengenai outcomes sesuatu kepimpinan itu. Aku mahu melihat keadaan ini secara objektif. Tidak ada silap mata mengenainya kalau aku katakan bahawa bila outcomes kepimpinan itu bagus itu bermakna kepimpinan negara itu bagus. Ianya harus juga benar jika keadaan sebaliknya berlaku.
.
Sudahnya aku nampak jelas, apa yang ada dalam PPB3K itu amat penting bagi membina outcomes yang lebih positif. Alangkah bagusnya kalau kepimpinan negara ini punya peluang untuk melihat apa yang ada dalam PPB3K ini. Sure kerja mereka jadi lebih ringan!

No comments:

Post a Comment