.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, November 19, 2011

L@W

Beberapa hari yang lepas, Aku telah diminta untuk memberi satu ‘talk’ selama ½ hari untuk satu Bahagian dalam TNB. Bahagian ini akan mengadakan sessi teambuilding mereka. Dan aku merupakan speaker yang terakhir untuk sessi ini. Dalam kata lain, aku harus menggulung dan merumus sessi ini. Bukan satu kerja yang senang dan memang aku tidak pernah melaksanakan ini semua. Namun atas dasar ‘there will always be the 1st time’ punya konsep aku buat saja.
.
Terus terang aku katakan, sampai ke saat-saat akhir aku masih tidak finalize approach aku bagi sessi ini. Ada saja yang tak kena. Aku berpendapat, untuk finalize ini semua, aku mesti dapatkan some feedback apa yang telah berlaku dalam sessi ini. Itulah sebabnya pada malam kedua mereka disini, sengaja aku dok perhati apa yang mereka buat dan bagaimana ‘feel’ sessi ini. Mujur aku duduk dalam sessi malam itu. Sudahnya aku nampak apa bentuk approach perlu aku buat. Penting sangat aku rasakan ini semua agar apa yang akan aku sampaikan itu betul-betul di ‘tailor made’ untuk mereka. No wonder orang bayar mahal untuk kerja-kerja sebegini. Bukan senang! Perlu betul-betul menjiwai ini semua jika mahukan hasil yang benar-benar ummp.
.
Aku dapati mereka ini merupakan satu kumpulan yang punya pengalaman yang cukup tinggi dalam kerja masing-masing. Tetapi biasalah, bila kita telah punya pengalaman tinggi, mudah kita jadi alpa. Kita tidak mudah menerima benda baru atau perubahan. Sudahnya kita akan fokus kepada perkara remeh temeh seperti tak boleh tengok orang lebih dan politiking Bahaya sangat jika kita begini. Rugi sangat jika kita begini.

Approach aku untuk menangani isu-isu ini sebenarnya mudah sahaja. Pertama sekali aku mesti sedarkan mereka siapa dan apa sebenarnya kemampuan mereka. Itu aku buat melalui konsep stick person. Aku mahu mereka jelas bahawa melalui stick person itu, mudah mereka mengenalpasti masalah mereka dan mencari penyelesaian terhadap masalah mereka itu.

Seterusnya, aku mahu mereka kenal apa erti kepimpinan. Aku mahu mereka paham bahawa kepimpinan bermakna keupayaan untuk mempengaruhi dan bukan yang bersangkutan dengan pangkat. Mereka mesti tahu bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya untuk mempengaruhi diri mereka dan orang-orang yang mereka pimpin terhadap kepentingan mencapai matlamat peribadi di tempat kerja yang sejajar dengan kehendak organisasi mereka. Kenapa? Itulah cara terbaik untuk menggunakan diri masing-masing! Jika tidak, itulah sebabnya mudah sangat diri mereka terjerumus kepada soal-soal remeh temeh yang disebutkan di atas.
.
Selain dari itu, aku mesti paku pemikiran mereka bahawa tak guna kita nak buruk sangka sesama mereka. After all, kita semua datang kerja nak cari makan. Nak beri nafkah kepada our love ones and diri sendiri. Murni sungguh niat itu. Tak kan nak cemari niat-niat ini dengan perbuatan-perbuatan negatif di tempat kerja? Aku mahu mereka nampak bahawa pilihan untuk bekerja sama agar semua untung itu merupakan pilihan yang lebih bermakna. Sudahnya aku rasa ’games lego’ itu aku harap dapat membawa kepada tercapai maksud ini.
.
Aku namakan program ini ’Leadership @ Work’ atau ringkasnya L@W. Catchy nama ni. So malam sebelum presentation tu aku finalise L@W ini. Hati aku rasa selesa dan kalau ikut dari pengalaman lepas, ini tanda everything will be ok. Dan lepas aku present L@W ini pada esok harinya, dapat aku rasakan memang approach aku ini menjadi. Lega. Ini dibuktikan dengan kata-kata penutup dari Vice President mereka bahawa beliau puas hati bahawa sessi ini mencapai maksud beliau. Lega lagi sekali!

Sudahnya tak pasal-pasal aku telah dapat wujudkan satu lagi program ½ hari yang dapat aku offer kepada public yang namanya simply L@W!. Syukur ... Cubalah attend L@W ini. You all will never regret ...!

No comments:

Post a Comment