.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, November 4, 2011

Mengapa PPB3K diwujudkan?

.
Ramai di antara kita ini hidupnya terlalu sebok. Sebok kerja. Sebok dengan famili dan macam-macam jenis sebok lagi. Seolah-olah masa 24 jam itu tidak cukup! Tapi bila ditanya apa yang kita capai dalam kesebokan kita. Kita garu kepala. Muka kita nampak serabut. Sudahnya jawapan kita ... alah tak payah pikir lah hal tu ... saya sebok ... tak ada masa nak pikirlah!

Tapi kita semua tahu, dalam diam-diam kita selalu dihantui soalan-soalan sebegitu. Apa sebenarnya aku nak capai? Apa sebenarnya tujuan hidup aku ni? Cukupkah sekadar makan, kerja, makan, kerja? Kalau aku tahu apa yang aku nak, bolehkah aku capai? Mampukah aku? Kalau dibiarkan begini, sedar-sedar aku dah tua? Lagi pening. Tu la kekadang kalau soalan-soalan begini kita layan sebelum tidur, memang tak tidur lah jawabnya. Stress kita!

Mengenangkan hal di atas, itulah sebabnya modul ’Anda Dilahirkan Berjaya’ (ADB) diwujudkan. Melalui ADB ini nanti banyak persoalan di atas dapat kita jawab dan sudahnya mudah untuk kita ambil tindakan. Dalam modul ini diterangkan siapa sebenarnya manusia itu (kitalah!) dan bagaimana nak bina hidup yang bermakna walaupun dalam keadaan huru hara kita ini.
.
Selepas mengikuti ADB, kita akan mulai sedari bahawa punca utama untuk bahagia dalam dunia ini ialah kita perlu pelihara hati kita. Kalau hati bersih, diri kita akan bersih. Bukan itu saja, sekeliling kita pun turut bersih. Senang cakap tapi bagaimana? Itulah sebab kita perlu dengar apa kata Uztaz Hairuddin dalam modul ’My Heart’ (MH). Uztaz akan terangkan satu cara yang cukup mudah dan berkesan bagaimana nak bersih hati. Cara Uztaz Hairudin memang lain dari yang lain. Cukup berkesan!
.
Bila kita dah kenali diri dan tahu betapa berharga diri kita, kekadang datang pertanyaan dalam diri kita ini mengapa orang lain macam senang saja bina idea untuk jana pendapatan atau bina kehidupan yang lebih baik. Mereka ini seolah macam penuh dengan kreativiti dan inovasi. Puas kita nyanyi lagu kreativiti atau laung slogan kreativiti sana sini tetapi kita macam tu jugak. Sebenarnya kita perlu kenal asas-asas kreativiti dan ceritanya ada dalam modul ’Kreativiti untuk Berjaya’ (KUB). Dalam KUB, kita akan lihat kreativiti itu sebenarnya boleh dipelajari dan sudahnya semua mampu jadi kreatif.
.
Dalam banyak perkara jika kita nak capai apa yang kita mahukan, kita perlu bekerjasama dengan orang lain. Masalahnya, senang laungkan pentingnya kita bekerjasama tetapi bagaimana? Itulah masalah utama kita. Kekadang tu, disebabkan salah seorang dari kita tak suka batang hidung kawannya, langsung tak boleh bekerjasama. Mungkin saya ‘exaggerate’ soal ini tetapi saya yakin semua kita setuju ini memang masalah kita. Sebab itu kita perlu tahu macam mana nak bina suasana kerjasama yang baik. Sebab itu modul ’Kami Berjaya Part 1’ (KB1) diwujudkan. KB1 akan bimbing kita bagaimana nak bina semangat kerjasama yang utuh. Sudahnya banyak kerja boleh dicapai pada sumber yang paling optima.
.
Cerita kerjasama ini tidak lengkap jika kita tidak tahu bagaimana melaksana proses kerja berpasukan yang mampu membawa kita capai matlamat kita pada kadar paling optima. Kalau setakat kita ini harmoni sesama kawan-kawan dalam satu pasukan memang tak cukup. Sebab itu ’Kami Berjaya Part 2’ (KB2) diwujudkan. KB2 akan bimbing bagaimana mencapai matlamat pasukan kita berdasarkan satu proses yang cukup mudah, praktikal dan berkesan.
.
Ada ketika-ketika tertentu kita diminta memimpin satu-satu kumpulan. Tambah jika orang lain lihat kita ini berwibawa. (Berwibawa wujud bila kita mula tunjukkan hasil dari modul-modul di atas). Tetapi biasalah nak memimpin bukannya senang. Tapi yang bagusnya, memimpin ini boleh kita pelajari. Bukan terus lahir dalam diri kita sebagaimana kata sesetengah pihak. Memimpin banyak dikaitkan dengan sejauh mana kita mampu ’mempengaruhi’ orang lain buat apa yang kita mahu mereka lakukan. Jika tidak, memang dera hidup kita. Sebab itu modul ’Pimpinan Berjaya part 1’ (PB1) diwujudkan. PB1 akan fokus untuk bina keupayaan ’mempengaruhi’.
.

Dalam memimpin, kita perlu punya gambaran besar apa yang penting dalam satu-satu kumpulan itu. Jika tidak, itu yang kita dengar kata orang, ”Dia itu serabutlah, asyik tumpu kepada perkara remeh-temeh”. Untuk itu ’Pimpinan Berjaya part 2’ (PB2) diwujudkan. Melalui PB2, kita akan dibimbing menggunakan beberapa alat-alat pengurusan untuk memimpin dengan berkesan.
.
Bila semua kita punya ilmu-ilmu asas di atas, apa jadi dengan kita? Saya yakin sekurang-kurangnya kita dapat elak keadaan seperti yang digambarkan dalam perenggan 1 dan 2 artikel ini. Cuba bayangkan jika semua kita dalam satu kumpulan (organisasi, masyarakat, pusat pendidikan dan sebagainya) mempunyai ilmu-ilmu asas ini? Aman kumpulan kita! Hebat kumpulan kita!

Gabungan setiap modul-modul di atas membentuk satu siri program yang dipanggil Program Produktiviti Bersepadu 3K (Kesedaran Diri - Kesedaran Kerja Berpasukan - Kesedaran Kepimpinan) atau nama ringkasnya PPB3K. Semua ilmu dalam PPB3K ini mudah tapi masalah dengan kita ialah perkara mudah inilah yang kita tidak tahu atau terlepas pandang. Tidak kisah siapa kita. Kaya atau tidak. Berpangkat atau tidak. Ramai di antara kita perlukan ilmu-ilmu ini. Tambah pula setiap modul ini akan menggunakan satu konsep diri yang dipanggil konsep ’Stick Person’ pasti menjanjikan satu kefahaman yang mudah tapi jarang diketahui orang.


Elakkan kita dari terus membuang masa. Ambil tindakan untuk jalani program ini. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Saya tunggu anda.

Sejahtera-Bahagia-Kaya

Ikhlas dari,

Mior Azli Mior Md Isa
Fasilitator Utama
Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K)
Laman: www.miorazli.com
Email: sssabasic@yahoo.com
H/P: 019 224 5079


Uztaz Hairuddin Othman
Fasilitator ’My Heart’
Email: aidin1976@gmail.com
H/P: 019 270 8240

No comments:

Post a Comment