.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, December 11, 2011

Hidup Bermakna di Selese Hills.

Semalam aku berpeluang untuk memfasilitator satu program yang aku beri nama ‘Hidup Bermakna’ untuk staf RHB Islamic Bank bertempat di Selesa Hill Homes. Program retreat ini telah dianjurkan oleh MAA Takaful dan aku merupakan penceramah jemputan untuk program ini.
.

Aku bertolak ke Selesa Hill Homes selepas solat subuh dan aku really enjoy dengan suasana dalam perjalanan itu. Dari rumah, aku ambil jalan melalui Duke Highway dan terus masuk ke Karak Highway. Aku betul-betul rasa peaceful especially dapat menyaksikan keindahan alam semasa melalui Karak Highway. Dah lama rasanya aku tak merasakan kedamaian melihat kindahan alam tambahan dalam keadaan subuh menjadi siang. What a feeling!

Fikiran aku melayang kepada tujuan aku ke Selesa Hill Homes ini. Ini adalah pertama kali aku dapat peluang untuk berkongsi sebahagian daripada idea utama dalam PPB3K ini untuk institusi kewangan atau lebih tepat dalam institusi insuran. Sememangnya sudah lama aku berhajat untuk mencari peluang melaksanakan seminar bersama institusi insuran ini. Baru sekarang aku berpeluang. Thank you to Allah! Ironiknya, idea-idea dalam PPB3K ini mulanya aku temui dalam institusi insuran semasa aku mengikuti program-program Col Izaidin satu masa dulu.

Apa pun, aku berjanji aku mahu beri yang terbaik. Ada rasa timbul cuak juga dalam fikiran aku. Namun aku ingat pesanan John Kehoe dalam buku yang sedang aku baca sekarang yang bertajuk ’Mind Power Into The 21st Century’. Beliau menyatakan fikiran kita hanya boleh melayani satu fikiran pada satu-satu masa. Apa fikiran yang selalu kita layani itu sudahnya akan menjadi tindakan dan seterusnya realiti kita.

Aku perlu hindarkan layani fikiran-fikiran negatif. Untuk itu, aku ulang lagi dan lagi kenyataaan ’Relax-Organise-Fun’ dalam fikiran aku. Kalau ada sebarang fikiran negatif yang menghinggapi, cepat-cepat aku bayangkan itu tak lain sebagai tabiat aku yang lama atau ibarat satu keretapi yang berlalu depan aku. Bukan apa, aku nak try apa yang disarankan oleh John. Aku nak tengok samada ada tak kesannya bila aku berbuat begini.
.

Walau nampaknya apa aku lakukan ini macam main-main tetapi tidak dapat aku nafikan ianya ada kesan terhadap perasaan aku. Aku sampai di Selesa Hill Homes dalam keadaan yang high spirit. Walau semasa aku sampai disana, tiada siapa datang membantu aku untuk set-up perkakas seminar aku, aku masih dalam keadaan high spirit. Benak hati aku berkata, itu baru sikit saja aku amalkan untuk mempengaruhi fikiran aku. Bayangkan jika aku betul-betul serius amalkan ini setiap hari.

Aku bercadang untuk memberi perhatian serius terhadap pengalaman aku ini. Aku mahu amal ini secara serius dan berterusan. Definitely, this will be my main focus in the near future. Aku mahu have a control of my mind and not to let circumstances to take control of my thinking. Aku rasa begitu teruja sekali.

‘Hidup Bermalamat’ dapat aku sampaikan dengan baik. Aku beri yang terbaik? Yes! Aku lihat sebahagian besar para hadirin semacam dalam deep thinking. Aku tak tahu apa yang difikirkan mereka tapi aku dapat rasakan apa yang aku kongsikan itu make sense dan ada kaitan dengan apa yang mereka hadapi dalam hidup mereka. Aku terasa teruja bila salah seorang leader mereka datang kepada aku selepas aku deliver talk pagi itu lalu berkata, ”Thank you so much. I really enjoy your talk. It’s really an eye opener!” Aku senyum sambil acknowledge kata-kata beliau.
.

Aku mesti mengucapkan terima kasih kepada En Fauzi dan En Fahmi dari MAA Takaful kerana sudi menjemput aku ke sessi ini. Kalau ikutkan logik, tak ada sebab aku boleh kenal mereka. Doesn't make sense at all! Tetapi aku yakin bila aku ‘vibrate’ cukup kuat, pasti sumber-sumber yang boleh membawa aku hampiri matlamat aku itu akan ‘attract’ kepada aku. Perlaksanaan ‘The Law of Vibration and Attraction’Hukum Tuhan!

No comments:

Post a Comment