.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, December 20, 2011

Khabar untuk seluruh Manusia ...

Tujuan ‘Anda Dilahirkan Berjaya’ (ADB) ialah untuk berkongsi idea bagaimana untuk belajar menyayangi diri sendiri. Di waktu ini kelihatan ramai manusia ‘lupa’ untuk menyayangi diri sendiri hingga ada yang sanggup menganiayai diri sendiri dengan melakukan perkara-perkara yang di larang Tuhan. Bilamana seseorang itu mampu menyayangi diri sendiri, sudah pasti beliau akan memberi faedah positif kepada diri sendiri khasnya dan masyarakat amnya dalam setiap cabang kehidupan.
.
Terdapat 8 cabang kehidupan bagi seseorang manusia itu seperti berikut;

Kerohanian
Intelek
Emosi
Fizikal
Kerjaya/Pelajaran
Kewangan
Keluarga
Komuniti

Bilamana seseorang itu berjaya mencapai keseimbangan dalam semua cabang hidup ini, barulah beliau dikatakan sebagai seorang yang benar-benar berjaya. Bagi belajar menyayangi diri sendiri, seseorang itu perlu mengetahui dan mengambil tindakan terhadap 4 soalan pokok kehidupan iaitu;

Siapakah saya?
Dimanakah saya sekarang dalam hidup ini?
Kemanakah arah tujuan hidup saya ini?
Bagaimanakah untuk saya mencapainya?

Kempat-empat soalan ini sebenarnya membentuk bahagian-bahagian utama dalam ADB itu sendiri. Keunikan utama ADB terletak kepada penggunaan satu rajah yang diberi nama ‘Stick Person’ bagi menerangi sebarang konsep dalam ADB ini. Dengan bantuan rajah ‘Stick Person’ ini nanti, pasti para peserta ADB akan dapat melihat sesuatu perkara itu dari sudut yang berbeza dan ini sudahnya akan mempengaruhi cara tindak yang lebih positif bagi mencapai hasil yang dikehendaki.
.
Melalui ADB, para peserta akan memulakan satu pengembaraan yang paling menyeronokkan didalam hidup mereka! Diyakini, selepas tamat mengikuti ADB ini nanti, mereka akan berupaya melihat kehidupan dengan lebih bermakna dan berupaya menetapkan matlamat hidup dalam setiap cabang kehidupan mereka. Ini pasti membantu mereka menjadi warga negara yang Sejahtera-Bahagia-Kaya. (Dunia dan Akhirat).

No comments:

Post a Comment