.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, December 9, 2011

Mendengar vs Dapat Ilmu


'Examine what is said, not him who speaks.’

Aku terbaca quote di atas semasa dalam salah satu rendezvous aku dalam internet ini. Mula-mula aku lihat quote ini macam biasa saja. Tapi akibat daripada beberapa kejadian baru-baru ini, quote ini benar-benar membawa makna yang mendalam pada aku.
.
Pengalaman pertama berlaku apabila satu pagi, aku duduk minum teh tarik dengan seorang sahabat aku ini. Kami sebok compare notes mengenai apa yang sedang kami baca serta program-program yang kami ikuti. Semasa dia berkongsi mengenai satu program yang pernah di hadirinya, aku katakan pada dia bahawa aku berminat untuk hadiri program tersebut. Aku lihat sahabat aku ini hanya tersengih sambil berkata bahawa program itu tidak akan membawa banyak pengetahuan baru pada aku.

Aku terdiam seketika lalu sambil secara spontan aku katakan pada dia bahawa aku tidak kisah apa pun program itu atau siapa yang menyampainya kerana apa yang penting bagi aku ialah untuk belajar walaupun aku hanya belajar satu perkara. Itu pertama kali aku terfikir maksud quote di atas. Aku termenung memikirkan hubungan pengalaman aku ini dengan quote ini.

Pengalaman kedua mengenai quote ini ialah bila mana satu hari itu aku bertemu dengan salah seorang bakal pelanggan aku ini. Beliau meminta aku memperkenalkan apa yang boleh aku tawarkan kepada organisasi beliau. Aku tak tahu samada dia memang dah sedia mahir dengan apa yang aku sampaikan atau just simply not ready to listen. Tapi yang jelas, selepas penerangan aku itu, beliau kelihatan get all wrong apa yang aku tawarkan.

Memandangkan dia sebagai pelanggan, aku hanya anggukkan saja apa yang diluahkannya. Tapi dalam perjalanan pulang selepas pertemuan itu, seorang sahabat yang menemani aku ke sessi penerangan itu membuat kenyataan secara bersahaja, ”Sayang yer ... jika guy tadi tu just give himself peluang just untuk listen apa yang you sampaikan ... surely dia dapat something kan?” Aku hanya senyum tanpa memberi sebarang komen

Dua pengalaman di atas sebenarnya memberi pengajaran yang cukup berharga pada aku. Apa yang aku pelajari? Actually aku hanya perlu sudi mendengar dan beri peluang pada diri aku untuk mendengar apa yang dikatakan oleh orang yang berkata depan aku itu. Sebenarnya aku akan lebih banyak belajar jika aku terus mendengar dari banyak bercakap. Ini bukan soal membiarkan ego aku tercabar. No such thing!

Bila aku sudi mendengar, aku seolah-olah menyedut segala ilmu yang dikatakan oleh orang yang bercakap itu. Memang banyak untungnya. Aku telah mula amal perkara ini dan dapat aku rasakan kesannya. Boleh aku katakan, banyak jawapan-jawapan aku perolehi dengan hanya mendengar daripada percakapan-percakapan orang disekeliling aku. Aku doubt mereka sendiri faham apa yang mereka cakapkan sebabkan mereka sebok bercakap dan bukan mendengar!

Mmm … ‘Examine what is said, not him who speaks.’

No comments:

Post a Comment