.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, December 7, 2011

Pengalaman di Equatorial Bangi


Hujung minggu lepas, aku berpeluang untuk memfasilitatorkan program ‘Penglibatan Dalam Kerja’ (PDK) untuk sekumpulan anggota kerja dari EWT bertempat di Hotel Equatorial, Bangi. PDK ini memang benar-benar satu marathon bagi aku kerana ianya bermula pada pagi Jumaat lepas hingga tengahari Ahad lepas termasuk dua sessi malam.
.
Bagi aku bukan senang nak buat kerja macam ini. Bagi sesiapa yang biasa dengan kerja fasilitator ini, mereka semestinya faham. Tapi mujurlah aku di assist oleh buddy aku, Ajid. He is surely most helpful. Terima kasih banyak-banyak Jid. Pada masa yang sama, aku sedar, as time past by, aku really need to develop fasilitator-fasilitator lain untuk bawa program-program dalam PPB3K ini. Jid, hope you ready asap.

Para peserta PDK ini aku lihat cukup tekun menerima apa yang aku kongsikan pada mereka. Mungkin idea-idea dalam PDK ini agak unik bagi mereka. Mungkin mereka tidak pernah menyaksikan idea-idea dari sudut pandang yang aku kongsikan ini. Sememangnya idea-idea ini selalu didengari tetapi bila digunakan idea ‘Stick Person’ untuk menerangkan idea-idea ini, ianya jadi lain. Aku rasakan mereka mulai melihat hidup mereka bermakna dan tidak seharusnya disia-siakan.

Ini berlaku kerana terjadinya unsur-unsur ‘experiential learning’ dalam PDK ini. Sebagai contoh, masih aku ingat lagi bilamana pada hari kedua PDK ini, aku mengatakan kepada mereka bahawa pada malam tersebut akan diadakan satu persembahan kepada pihak pengurusan mengenai satu topik ‘Bagaimana Meningkatkan Penglibatan Dalam Kerja’ dengan menggunakan kaedah ‘mind map’. Semasa makan tengahari, aku terdengar bisikan-bisikan yang mengatakan masing-masing takut dan segan untuk laksanakan persembahan tersebut. Aku terkedu sebentar. Aku sedari, inilah dia bukti kenyataan ‘Tahu dan Buat adalah dua perkara yang sangat berbeza’. Apa harus aku lakukan?
.
Itulah, selepas makan tengahari, aku pergi melawati setiap meja kumpulan. Aku katakan kepada mereka, bahawa hari sebelum itu, telah kita pelajari apa itu konsep ‘Stick Person’ dan masing-masing yakin konsep ini amat membantu diri masing-masing terutamanya dalam menangani cabaran yang mendatang. Aku melihat mereka angguk kepala tanda setuju.

Kemudian aku susuli dengan beberapa soalan. Mengapa kita jadi takut atau segan buat persembahan selepas paham konsep ‘Stick Person’ ini? Sepatutnya kita jadi lebih berani? Apa kata kita cabar diri kita bahawa kita boleh buat persembahan? After all kita tahu (berdasarkan kepada konsep ’Stick Person’ ini) bahawa kita mampu buat itu semua jika kita mahu dan tidak wujud soal mampu atau tidak mampu.

Aku lihat mata mereka terbuka luas dan dapat aku rasakan mereka mendapat satu pengalaman baru daripada sessi ini. Maka tak peliklah bila malam itu, rata-rata mereka dapat mempersembahkan persembahan mereka dengan begitu baik. Aku harap pengalaman ini akan menjadi titik tolak untuk mereka membina hidup masing-masing yang lebih Sejahtera-Bahagia-Kaya!
.
Bagi aku, pelajaran yang paling utama aku terima ialah aku mulai sedar bahawa setiap buah fikiran kita itu merupakan ’energy’ dan ’energy’ ini sentiasa mahu diterjemahkan di dalam dunia fizikal ini. Ianya diterjemahkan dalam bentuk tindakan lalu menghasilkan hasil dalam hidup kita ini. Dalam lain perkataan, be careful dengan fikiran yang kita layani sebab ianya pasti menjadi bentuk tindakan dan seterusnya menjadi hasil yang kita terima dalam hidup ini.

Jika kita benar-benar memahami soal ini, pasti hidup kita jadi lain. Jadi lebih bermakna. Dan juga, kita akan cuba elak dari melayani benda-benda negatif kerana sememangnya benda-benda negatif ini virus bagi diri kita! Apa pun, Pilihan Di Tangan Anda!

No comments:

Post a Comment