.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, December 16, 2011

Tumpuan Fikiran

Wap Air bertukar menjadi Ais
Buah Fikiran bertukar menjadi Realiti

Dua kenyataan di atas amat dekat dengan aku sejak seminggu yang lepas. Sentiasa saja bermainan dalam fikiran aku. Apa kaitannya dua kenyataan ini? Apa signifikan dua kenyataan ini dalam hidup kita? Inilah yang ingin aku ceritakan disini agar penerangan ini kelak dapat dijadikan pedoman kita bersama.
.

Semenjak sekolah lagi, kita biasa dengar kenyataan dalam ilmu sains bahawa semua benda adalah tenaga. Tenaga tidak dapat dihapuskan. Namun suatu benda itu mampu bertukar bentuk. (Law of Vibration) Dulu masa sekolah, kenyataan ini aku hafal semata-mata untuk lulus exam. Namun, aku tidak faham maksud kenyataan ini. Lebih-lebih lagi kaitannya dengan kehidupan.

Apa pun, dalam usia aku menjangkau 50 tahun ini, kenyataan ini amat memberi makna kepada aku. Terutama kaitannya dengan kehidupan. Aku selalu mengungkap Law of Vibration ini dalam kelas Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) tetapi tidak aku fahami seperti apa yang aku fahami sekarang. Apa yang aku faham?

Wap air (dalam bentuk gas) bertukar menjadi Ais (dalam bentuk pepejal) apabila tenaga ditarik keluar dari wap air dan sebaliknya berlaku apabila tenaga dimasuk dalam ais. Tiada apa yang hilang.

Buah Fikiran juga merupakan tenaga. Jika Buah Fikiran ini kita bekalkan tenaga, pasti ianya akan berubah bentuk menjadi realiti atau hasil dalam hidup kita ini. Tenaga yang dimaksudkan disini ialah fokus kita, semangat kita, kesabaran kita dan sebagainya. Jika kita tidak bekalkan cukup tenaga, pasti ianya tidak mampu menjadi realiti kita. Fikirkan …
.
Ada dua perkara pokok disini. Satunya ialah apa buah fikiran yang kita layani. Keduanya adakah kita bekalkan cukup tenaga untuk buah fikiran itu menjadi realiti. Sebagai contoh, katakan kita layani satu buah fikiran yang berbunyi, ‘Aku Tidak Boleh’. Bilamana kita beri tenaga kepada buah fikiran ini secara berterusan dalam bentuk semangat lemah atau kesedihan (sememangnya dua perkara ini juga merupakan satu bentuk tenaga!), lama kelamaan ini akan bertukar menjadi realiti kita. Begitu juga, katakan kita layani satu buah fikiran berbunyi; ‘Aku Boleh!’ dan kita bekalkan tenaga secara berterusan dalam bentuk keyakinan atau semamgat tinggi, lama kelamaan ianya akan bertukar menjadi realiti kita.

Buah fikiran dan tenaga ini boleh dalam bentuk negatif ataupun positif. Apa pun kita yang memilihnya! Sememangnya Pilihan Di Tangan Saya! Jika kita masih mahu menunding jari bahawa apa yang terjadi dalam realiti kita disebabkan angkara orang lain, sebenarnya itu juga merupakan pilihan kita!

Itu sebab mengapa orang selalu berkata kita perlu sentiasa berfikiran positif dan dalam agama Islam sendiri amat menitik beratkan agar penganutnya sentiasa bersangka baik. Mengapa? Kerana berfikiran negatif atau bersangka buruk itu merupakan virus kehidupan. Virus-virus ini jika kita beri tenaga secara berterusan pasti akan menjahanamkan diri malah realiti kita. Kita mesti take charge of our thoughts! We can’t delegate this job to others!

Jika kita lihat sekeliling ramai yang tidak menyedari hakikat ini. Sudahnya mereka alpa dalam apa jenis buah fikiran yang mereka layani dan mereka terus dibuai-buai dengan segala macam penipuan dunia. Seram aku dibuatnya tambah lagi mengenangkan bahawa masa kita di atas mukabumi ini bukannya makin panjang!
.
Aku mesti take charge of my thoughts! Apa maknanya? Sedari & Kuasai apa buah fikiran yang mahu aku layani dan sedari aku mesti beri tenaga kepada buah fikiran yang mahu aku jadikan sebagai realiti hidup aku. Jika anda masih tidak jelas hal yang sangat penting ini, hadiri Anda Dilahirkan Berjaya. Nanti dalam program itu akan saya jelaskan lebih lanjut.
Apa pun … akan aku ingat …

Wap Air bertukar menjadi Ais
Buah Fikiran bertukar menjadi Realiti

No comments:

Post a Comment