.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, January 4, 2012

Amal Ikhlas-Syukur-Sabar (ISS)


Ini kesah seorang sahabat aku. Beliau seorang yang cukup frank dalam hidupnya. Tetapi pada masa yang sama, social quotient beliau sedikit kurang. Ego beliau boleh tahan jugak. Itu sebab dalam banyak hal, orang tidak begitu selesa dengan beliau walau apa yang dinyatakannya itu benar.

Nak dijadikan cerita, Tuhan telah memberi sakit kepada beliau. Lama beliau terdampar sakit. Dekat-dekat setahun jugak beliau sakit. Sekali tu, aku masih ingat, aku dan sahabat-sahabat yang lain ziarahi beliau di rumah. Memang aku tak percaya lihat keadaan beliau. Kalau dulu beliau seorang yang cukup energetic, tetapi lain betul keadaan beliau masa itu. Keadaan beliau mengingatkan aku kepada keadaan arwah bapa aku masa beliau sakit satu masa dulu. Aku hanya mampu mendoakan agar beliau sembuh.
.
Namun Tuhan Maha Kaya. Beliau sembuh dari sakit yang dihadapinya. Hati aku rasa gembira bila melihat beliau pertama kali hadir semula di pejabat. Aku masih ingat, antara kata-kata pertama beliau ucapkan pada aku. ”By logic, I shouldnt be alive. But Allah is Great. He gave me a second chance. I want to make a difference in my life”. Aku sangka beliau hanya cakap saja. Aku tersilap.

Memang beliau ‘a change man’. Satu perkara yang aku sedari ialah, beliau menjadi seorang yang sudi mendengar. Dalam kata lain dia sudi mendengar dari siapa saja walaupun dari seorang budak pejabat. Memandangkan beliau berjawatan tinggi, ini merupakan satu perkara ajaib pada aku. Sifat humble beliau benar-benar terserlah.

Alu rasa itu satu faktor utama mengapa apabila aku kongsi idea-idea PPB3K pada beliau, beliau nampak apa yang cuba dibawa oleh PPB3K itu sendiri. Lama aku dan beliau berbincang dan bertukar fikiran mengenai apa yang dihidangkan oleh PPB3K itu. Guess what? Sudahnya beliau dan aku sama-sama dapat banyak faedah dari perbincangan ini. Sedar tidak sedar, aku jadi rapat dengan beliau.
.
Buat pertama kali, antara aku dan beliau, kita sama-sama melihat each other sebagai manusia dan bukan sebagai objek. Yang dimaksudkan objek ini ialah melihat seseorang itu samada sebagai batu loncatan atau batu penghalang atau tidak relavan kepada kita. Manakala melihat seseorang sebagai manusia ialah bilamana kita menyedari dan menghargai seseorang manusia itu punya, fikiran, perasaan, pilihan dan tindak tanduknya yang tersendiri. Aku jadi seronok. Dan aku sedari beliau memang juga turut seronok. Tak lekang mulut beliau mengucapkan syukur atas nikmat yang Tuhan beri pada beliau.

Sahabat aku yang satu ini sentiasa menyatakan bahawa beliau mahu buat yang terbaik dalam baki hidup yang ada. Beliau mahu ‘cover’ semula segala kekurangan-kekurangan masa lalu terutama yang bersangkutan dengan isteri dan anak-anak beliau. Kata beliau, ”Mior, dulu aku sebok kerja. Kejar segala macam what the job has to offer. Aku sedar, aku hebat di pejabat. Coz I give my best to my job. But I know I didn’t give my best at home.” Boleh dikatakan hari-hari beliau ucapkan perkara ini. Mula-mula aku ingat dia main-main tapi lama kelamaan aku sedar dia memang amat serius.

Beliau mahu menjadi great giver. Beliau mahu capai keredhaan Tuhan. Itu moto beliau. Ultimate of cerita beliau ini ialah beliau tender his resignation kerana kata beliau, he need to pursue his goal. After all, he doesn’t think he can contribute that much to the organization any more. He doesn’t want to be a liability to the organization. Tambah beliau lagi, kalau sebut pasal wang ringgit, berapa banyak pun sebenar tidak cukup tetapi kita sepatutnya katakan ianya cukup. Dengan sendiri ianya akan cukup. Memang aku tabik spring sahabat aku ini. Apa kesudahan cerita sahabat aku ini mengenai kerjanya aku tidak tahu. Yang pasti apa juga keputusan yang dibuatnya memang berdasarkan satu pemikiran yang dalam dan bukan dalam keadaan terburu-buru.
.
Kenapa aku ingin cerita perihal sahabat aku ini? Senang saja. Dia amal apa yang dia tahu. May Allah bless him and his family. Paling dekat dengan aku, beliau amal IKHLAS-SYUKUR-SABAR (ISS). Bunyinya senang tetapi belum tentu kita boleh amal. Dari cerita beliau di atas, jelas beliau amal ISS ini. Cerita beliau simple saja. Tetapi jangan sangka yang simple tu mudah. We need to go thru macam-macam benda in order to simplify our thoughts and actions. After all, bukankah ‘Simplicity is the ultimate sophistication?’

No comments:

Post a Comment