.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, January 14, 2012

Program ‘Sustainability’ di Bahagian Penghantaran, TNB.


Semalam, telah selamat tamat modul pertama (Anda Dilahirkan Berjaya - ADB) dalam program ‘Sustainability’ untuk Asset Management Department (AMD), Bahagian Penghantaran, TNB. Tamatnya modul pertama ini juga menandakan bermulanya program ‘Sustainability’ ini yang dijangka mengambil masa hampir 2 tahun untuk dilaksanakan. Program yang telah diadakan di Hotel Residence, UNITEN ini telah disertai seluruh anggota kerja Jabatan ini.
.
Mengapa program ’Sustainability’ ini diwujudkan? Program ini wujud diatas keprihatinan Naib Presiden Bahagian Penghantaran bagi memastikan ’Business Results’ Bahagian Penghantaran yang telah sedia hebat itu dikekalkan.’Approach’ kepada program ini ialah dengan memberi penekanan kepada dua perkara utama iaitu individu dan organisasi. ’Approach’ kepada individu dan organisasi itu pula mesti bersifat menyeluruh (holistic). Untuk itu, ’Stick Person’ dan ’Malcolm Baldrige’ (AKP dalam TNB) digunakan sebagai rangkakerja untuk individu dan organisasi.
.
Bagi melaksana kedua-dua rangkakerja ini pula, diperlukan sangat satu sistem pembangunan yang bersifat sistematik, praktikal dan berterusan. Maka untuk itu, Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K) digunakan. On paper, memang PPB3K merupakan pilihan yang paling tepat tetapi kejayaan ini juga bergantung kepada cara perlaksanaannya kelak.
.
Kejayaan perlaksanaan program ’Sustainability’ ini sangat bergantung kepada komitmen dari pihak pemimpin. Satu scan telah dilakukan oleh Hj K (penggerak utama program ’Sustainability’) terhadap soal ini dan sudahnya disepakati, GM AMD ini memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. AMD diplih menjadi pelopor kepada program ’Sustainablity’ ini dan kejayaan/kegagalan perlaksanaan ini kelak akan menjadi kayu ukur samada program ’Sustainability’ ini akan disebarkan keseluruh Bahagian Penghantaran. Mmm... what a challenge but memang ianya sungguh mengujakan!

Pada hari ketiga ADB ini dilaksanakan, Naib Presiden Bahagian Penghantaran ini sendiri telah hadir seketika untuk meninjau perlaksanaan program ini. Beliau telah melakukan ’quick assessment’ untuk mengetahui respon para peserta. Apa yang aku dengar selepas sessi ini tamat, GM AMD ini memberi tahu aku bahawa respon yang diterima oleh Naib Presiden ini amat positif. Namun, Naib Presiden ini ada menyuarakan concern beliau samada para peserta ini nanti mampu mengekalkan the level of intensity terhadap idea-idea ini dan menetapkan dengan sebenar-benarnya matlamat masing-masing ditempat kerja?
.
Sebenarnya, concern yang sama aku dengar secara peribadi dari beberapa kalangan para peserta ini juga. Sebenarnya, ini semua bukannya masalah. Jawapan kepada concern ini telah sedia terjawab dalam ADB itu. Pertama sekali, just buat segala latihan yang telah disarankan oleh ADB. Bukankah ADB telah menggariskan segala langkah penetapan matlamat dan langkah pencapaian matlamat dengan begitu terperinci? Namun, dari pengalaman, ramai yang mengambil mudah perkara ini. Sudahnya mereka tidak buat apa-apa.

Bila ini berlaku, pasti mereka akan merasakan hidup mereka lebih teruk dari sebelum hadir ADB ini! Ingat, Tahu dan Buat adalah dua perkara yang sangat berbeza! Berkali-kali aku tekankan bahawa never ever ever let the simplicity of these ideas to deceive you! Sebab siapa yang berjaya dan yang tidak berjaya itu sangat bergantung kepada perlaksaanaan latihan ini. I’m willing to give anything for the participants to understand this statement!

Sudahnya, bila matlamat peribadi di tempat kerja dapat ditentukan, dengan otomatik segala ilmu dalam ADB ini dapat digunakan dengan sewajarnya. Ini pasti dapat mengekalkan intensity terhadap ilmu dalam ADB ini pada peringkat yang paling tinggi. Bukan itu sahaja, laungan yang sering kita dengar bahawa kita perlu ada passion dalam kerja kita itu juga akan turut hadir dalam diri kita.
.
Akhir kata, bagi anggota kerja AMD yang membaca artikel ini, saya sungguh-sungguh mengajak tuan puan bersama-sama menyertai pengembaraan merealisasikan hasrat program ’Sustainability’ ini. Dalam satu pengembaraan pasti ada masa susah dan masa senang. Namun disebabkan ianya merupakan satu pengembaraan, kita pasti sentiasa dalam keadaan teruja! Bak kata Hj K, ini ’Maal Hijrah’ (Perubahan Bersama) kita. Kita sama-sama hebatkan diri masing-masing! Kita sama-sama hebatkan AMD! Mari kita mulakan pengembaraan ini dengan laungan ’Be Passionate!!!’

May Allah be with us … Ameen

2 comments:

  1. Hi En. Mior, just read ur articles on ADB, ianya sgt2 teruja to all of us, thanks u for the persembahan... the Love Letter to my Worg is really make me so touching la :) ... ade rasa bersalah pd kerja yg kte buat tu...

    keep it up !!! be passionate!!
    Imran AMD

    ReplyDelete
  2. Salam Imran, All the best to you and your comrade in AMD. Moga AMD success in performance sustainability! Salam

    ReplyDelete