.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, January 1, 2012

Satu Malam Di Ampang Point

Beberapa malam yang lepas, aku duduk minum kopi dengan sahabat baik aku ini di belakang Ampang Point. Dah lama kami tak bertemu. Tambah pula kali ini kami berbual hanya berdua sahaja, jadi kami bole jadi our ownself. Selalunya bila ada orang lain, we can’t be really that open. Biasalah kerja. Payah kalau orang misinterpret apa yang dicakapkan. Malam ini, memang we all selesa. We can talk anything we can sebab trust level between both us memang tinggi.
.
I dunno why, bila aku berbual dengan sahabat aku yang seorang ini, cerita kami semasa sama-sama bertugas di Kluang kira-kira 20 tahun lepas tak lepas daripada perbualan kami. Frankly, aku dan beliau memang having good times masa-masa itu. We all housemates dan banyak perkara-perkara tentang hidup kami lalui bersama. Satu perkara yang tak boleh aku lupa mengenai beliau pada masa itu ialah beliau cuba sedaya upaya meringankan beban aku semasa arwah bapa aku meninggal. Itu satu perkara yang tak akan lupa sampai bila-bila.

Malam itu antara topik utama yang dibincangkan ialah soal bagaimana mahu menimbulkan passionate terhadap tugas. Kami sedari, ramai yang bercakap mengenai pentingnya passion tetapi adakah kita tahu bagaimana mahu menimbulkan passion ini? Kami tanyakan sesama kami adakah kami passion semasa kami bertugas di Kluang dulu. Tak dapat dinafikan kami memang passionate dengan kerja kami. Seterusnya kami cuba selidiki apa yang menyebabkan kami passionate? Bual punya bual kami jelas apa yang menyebabkan kami passionate
.
Pertama kami passionate kerana kami punya mentor-mentor yang sentiasa memberi bimbingan dan pandangan tentang apa yang kami lakukan. Mereka semua mampu mempengaruhi kami berdua untuk beri yang terbaik. Dengan melihat tindak tanduk mentor-mentor kami ini sudah cukup menimbulkan minat terhadap kerja kami. Bukan itu sahaja, kami juga mulai jelas dengan ’career-path’ dan ’personal growth’ kami. Sampai sekarang kami merasakan mentor-mentor kami punya pengaruh dalam hidup kami.

Kedua
, suasana kerja kami cukup kondusif. Segala keperluan asas untuk kami laksanakan kerja disediakan. Gaji dan allowance kami memang tip top. Sesuai dengan tanggungjawab dan risk kerja kami. Bayangkan semasa itu, setiap seorang dari kami diberi sebuah ’4-wheel’ untuk kami tour site. A young engineer macam kami ini memang bersemangat untuk belajar bila mana diberi kemudahan sebegini.

Ketiga, kami diberi peluang untuk membuat keputusan-keputusan dalam kerja-kerja kami. This is very important untuk membina confident dalam kerja kami. Bukan itu sahaja, melalui peluang membuat keputusan inilah kami paling banyak belajar. We learned thru our mistakes. Nothing can beat learning secara begini. Sampai ke tua pelajaran ini terpahat dalam fikiran kami.
.
Itulah dia tiga perkara utama yang membuat kami seronok dan sudahnya passionate dengan kerja kami. Jika tiga perkara ini tidak wujud dalam sesuatu organisasi, payah sangat nak timbulkan passionate dalam kerja. Berbuihlah mulut pemimpin-pemimpin organisasi melaungkan agar passionate tapi jika tiga perkara ini tidak wujud … payah nak bina passionate ini.

Semasa dalam perjalanan pulang malam itu (masa tu jam dah hampir 1 pagi ... tapi tak kisah sebab esok cuti) sedar tak sedar cerita nak bina passion terhadap kerja dengan sahabat aku itu telah sememangnya wujud dalam PPB3K. Malah PPB3K telah mengatur usaha bina passion terhadap kerja dengan begitu sistematik sekali. Dalam kata lain, jika ada yang mahu bina passion di kalangan anggota kerja mereka, hanya gunakan PPB3K ini dan diizinkan Tuhan, hajat itu akan tercapai. Tak payah lagi nak pecah-pecah kepala nak memikirkan apa yang patut dibuat.

Aku senyum sendirian sambil memandu kereta membelah malam Kuala Lumpur yang tidak kenal erti gelap itu.

No comments:

Post a Comment