.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, January 28, 2012

'Performance Sustainability' AMD: Susulan 1


Semalam telah diadakan susulan pertama bagi program 'Performance Sustainability – PPB3K’ untuk AMD, Transmission. Aku keep telling myself bahawa nadi program ini terletak kepada sejauh mana komitednya anggota kerja AMD ini dan diri aku sendiri kepada susulan ini.

Nak dijadikan cerita, semasa berbual dengan Bro Razib Dawood kelmarin, timbul satu idea untuk jemput beliau untuk kongsi pengalaman beliau tentang betapa pentingnya punya matlamat. Dia tanpa banyak soal memberi persetujuan. I’m happy. Definitely bila wujud perkongsian pengalaman oleh ‘role-model’ semasa sessi-sessi susulan ini, pasti ianya memberikan satu high impact kepada para participants. Sudahnya, aku utarakan idea ini kepada Hj K. Hj K being Hj K terus mempersetujuinya malah dia telah menambahbaik bagaimana peranan ‘role-model’ ini kemudian nanti. Itu yang aku seronok kerana punya rakan kerja macam Hj K. Kami compliment each other.
.
Hj K dan aku telah pergi breakfast di Restoran Kayu sebelum melaksanakan susulan ini. Hj K makan roti telur dan aku makan roti canai. Sejak akhir-akhir ini, selalu kami breakfast di restoran ini. Bukan apa, suasana restoran ini cukup santai untuk kami makan sambil bincang idea-idea untuk program ini. Tidak terkecuali dengan sessi breakfast kami pada pagi itu, satu idea baru telah aku pelajari dari Hj K. Aku beritahu Hj K mengenai kemusykilan aku bagaimana harus menerangkan kepada participants dengan cara paling mudah bagi menetapkan visi, misi dan nilai diri.
.
Dalam keadaan santai-santai itu, Hj K berpandangan bahawa untuk menetapkan perkara-perkara besar ini (visi, misi dan nilai diri), lebih baik kita terus berpandu kepada apa yang Tuhan mahukan daripada kita. Kenapa? Sebab Tuhan yang telah mencipta kita, Tuhan tahu segala selok belok mengenai diri kita. Sebaliknya, kita sendiri tidak tahu dengan terperinci apa yang baik dan buruk untuk diri sendiri. Dalam kata lain, segala visi, misi dan nilai diri ini perlu boleh dikaitkan dengan jelas kepada perintah Tuhan kepada kita. Jika tidak dapat dikaitkan, pasti kita akan tersasar dalam hidup ini. Mudah sekali! Aku puas hati sangat-sangat.
.
Semasa sessi susulan tersebut telah aku kongsikan idea bagaimana untuk mengenalpasti matlamat-matlamat yang mahu dicapai di tempat kerja bagi mereka yang baru mula bekerja. Disebabkan mereka baru bekerja, mungkin agak payah untuk mereka zoom terus kepada apa yang mahu mereka capai sebab banyak lagi area-area kerja yang belum didedahkan kepada mereka. Aku syorkan kepada mereka agar create ’folder’ untuk segala bahagian ilmu yang mereka terima dalam kerja masing-masing. Dengan peredaran masa, mereka akan mulai nampak apakah perkara yang mahu mereka develop secara khusus dalam diri mereka. Ini pasti memberi kelebihan yang tinggi kepada diri masing-masing.
.
Sebaik saja aku memperjelaskan beberapa perkara kritikal seperti apa yang mereka soalkan, aku beri laluan kepada Bro Razib untuk kongsi pengalaman beliau. Aku memang puas hati dengan perkongsian beliau. Memang bertepatan sungguh perkongsian beliau dengan hajat no satu aku agar participants ini betul-betul serius untuk tetap dan capai matlamat masing-masing. Tq so much, Bro Razib!
.
Aku mesti hats-off kepada kumpulan AMD ini kerana aku lihat memang mereka cukup serius melaksanakan segala ‘homework’ yang telah aku berikan kepada mereka di akhir sessi ADB tempohari. Aku cukup terharu kerana GM AMD sendiri telah begitu ‘humble’ sekali untuk kongsi video ‘logo’ hidup beliau sendiri. Ini petanda he is a terrific leader dan he is so caring dalam developing his people. Dalam ‘sms’ beliau kepada aku selepas susulan, beliau quote, “… itulah, if we can motivate these beautiful young minds to a higher level and they be the best that they can possibly be, it would fulfill half of our vision.”
.
Satu lagi perkara yang cukup mengujakan aku ialah bila salah seorang dari anggota kerja AMD ini, Bro Hafiq telah menunjukkan kepada aku hasil kerja beliau mengenai pembinaan visi diri, misi diri, nilai diri, logo diri dan lagu matlamat diri dalam bentuk ‘personal profile’. Selalaunya kita ingatkan hanya company sahaja ada ‘company profile’ tetapi Bro Hafiq dengan bakat kreativitinya telah menwujudkan his own ‘personal profile’. Bravo!
.

Last but not least, I noticed that these people have a positive vibe about them. I simply can feel that they are on their way to greatness. O Allah, bless them and help them! Ameen …

No comments:

Post a Comment