.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, January 21, 2012

Tujuan ‘Performance Sustainability’ AMD


“Mior, apa yang you nampak 1 year from now dalam usaha ‘Performance Sustainability’ Jabatan AMD ini?” Tanya Hj K pada satu pagi. Aku terkezut juga dengan soalan ini. Terlintas dalam fikiran aku apa tujuan Hj K bertanya begitu? Adakah dia ingin menduga atau dia benar-benar ingin tahu?

Tanpa tunggu lama, aku katakan bahawa aku sasarkan agar pada ketika itu nanti, para anggota kerja Jabatan ini telah jelas apa yang mahu dicapai dalam kerja masing-masing dan mereka juga jelas apa yang mahu mereka capai itu sejajar dengan kehendak organisasi terhadap mereka.
.
Bukan itu sahaja, setiap dari mereka jelas apa yang mahu dicapai oleh organisasi mereka. Mereka juga jelas strategi organisasi mereka untuk capai matlamat organisasi mereka. Seterusnya mereka jelas peranan yang perlu dimainkan oleh setiap daripada mereka bagi menggerak strategi yang telah dirangka bagi mencapai segala matlamat organisasi mereka.

Disebabkan faktor-faktor di atas, kelihatan mereka sanggup beri yang terbaik untuk diri maupun organisasi mereka. Ini sudah pasti menimbulkan win-win untuk diri dan organisasi. Kesanggupan untuk beri yang terbaik ini juga didorong oleh kesedaran mereka yang kuat terhadap tiga perkara;

1) Kesedaran terhadap Hukum Memberi dan Menerima. Lagi banyak mereka tumpukan kepada memberi kebaikan, lagi banyak kebaikan yang akan mereka terima dalam hidup ini.

2) Kesedaran terhadap rasa syukur kepada Tuhan kerana organisasi telah memberi mereka berbagai peluang untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.

3) Kesedaran terhadap keinginan mahu menjadi sebahagian daripada cerita bagaimana organisasi mencapai kejayaan dan memperolehi pengalaman dari cerita kejayaan ini.
.
Dalam hal yang lebih terperinci, ilmu dan pengalaman yang diperolehi melalui tujuh modul yang ada dalam PPB3K ini nanti (PPB3K bertindak sebagai salah satu alat untuk mencapai inisiatif ’Performance Sustainability’) akan memudahkan mereka mengamal dan membudaya nilai-nilai yang ada dalam CPC TEPCO (Competency, Passion, Commitment, Teamwork, Engagement, Prioritize, Communication dan Organize). Aku yakin mereka dapat mengaitkan pengamalan ilmu PPB3K ini menghasilkan CPC TEPCO.

Hj K hanya ketawa apabila mendengar penerangan aku itu. Aku tanya mengapa dia ketawa? Beliau hanya berkata, “Betullah tu ... I just nak make sure you tak lost the big picture.” Aku hanya tersengih sambil terbayang muka-muka anggota kerja Jabatan AMD ini. Aku harap dan aku doa agar mereka punya kefahaman dan stamina bagi melaksana PPB3K ini hingga tercapai segala hajat dalam ’Performance Sustainability’ ini.

No comments:

Post a Comment