.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, February 27, 2012

ADB di Poly Pipe


Satu subuh kira-kira dua-dua bulan lalu, aku terima satu sms. Pelik pulak aku, siapa yang sms aku pada subuh itu. Bila aku semak sms itu, rupa-rupanya Bro Santha dari Atmalink memberitahu aku bahawa satu syarikat bernama Poly Pipe ingin melaksanakan modul Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) bagi anggota kerja mereka. Aku senyum sendirian dan sebenarnya aku sudah hampir terlupa pertemuan sebelum ini dengan Pengurusan Poly Pipe. Sangka aku, disebabkan sudah lama pertemuan itu, mereka mungkin sudah tidak berminat melaksanakan ADB. Syukur pada Tuhan.
.
Bila aku selidiki anggota kerja Poly Pipe (seramai 60 orang) ini sebelum bermulanya ADB ini, aku dapati secara kasarnya mereka boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, OTAI (All Timers) dan anggota kerja baru yang masih di awal 20an. Walaupun ramai di kalangan mereka tidak berpendidikan tinggi namun aku sedar mereka kaya dengan pengalaman dan keinginan memperbaiki diri. Bagi aku, ini semua bukan masalah sebab aku sedar selagi kita bernama manusia, selagi itu kita punya potensi untuk mempertingkat nilai diri. Apa pun mereka perlu kenal dulu potensi diri mereka.

Berbekalkan rajah ‘Stick Person’ aku telah memberi penumpuan khusus dalam ADB kali ini bagi mereka mengenali potensi diri. Berkali-kali aku syorkan pada awal sessi ADB ini agar mereka beri peluang kepada diri masing-masing untuk memahami siapakah mereka berdasarkan rajah ‘Stick Person’ ini. Aku mesti 'tabik spring' kepada mereka semua kerana mereka sungguh-sungguh beri tumpuan kepada ADB ini. Terharu aku melihat mereka bila mula menyedari potensi diri. Aku nampak muka mereka mulai cerah. Sememangnya ini dijangkakan jika kita benar-benar mahu meningkatkan nilai diri. Adakah apa yang dirasai oleh mereka itu sama dengan apa yang aku rasa semasa aku mula diperkenalkan dengan rajah ‘Stick Person’ kira-kira 20 tahun yang lampau?
.
Antara topik yang benar-benar aku tekan dalam ADB kali ini ialah …

Makna masa kepada kehidupan.
Aku kongsi idea apa makna intipati masa. Intipati masa menekankan bahawa sifat masa yang masih ada kepada kita semua adalah makin lama makin pendek masa itu. Hari ini lebih pendek dari semalam dan hari esok lebih pendek dari hari ini. Hal ini tetap benar samada kita masih muda atau sudah lanjut usia. Aku katakan kepada mereka bahawa selagi kita punya masa, selagi itu kita muda dan kita hanya tua bila mana kita telah masuk kubur.

Aku nampak mereka benar-benar terkesan dengan pendekatan sebegini kerana apabila aku mohon mereka kongsi apa yang mereka perolehi dari ADB, ramai yang mengatakan mereka lebih peka dengan masa. Seterusnyam bagi menggunakan masa dengan sewajarnya, aku syorkan kepada mereka agar kenali dan ambil tindakan terhadap empat soalan asas kehidupan berikut;
.
Siapa Saya?
Disini aku telah terangkan rajah ‘Stick Person’ tersebut. Secara peribadi, aku sendiri belajar bahawa aku tidak boleh rush menerangkan rajah ini kepada para hadirin. Salah kalau aku menyangka tahap kefahaman aku dan para hadirin terhadap konsep ini pada tahap yang sama. Maka telah aku terangkan ‘Stick Person’ ini satu persatu sambil berkali-kali menyemak kefahaman mereka.

Dimana Saya?
Disini aku menekankan konsep Zon Selesa. Bagi menerangkan makna Zon Selesa, telah aku ceritakan satu pengalaman masa kecil aku yang bertajuk ’katak rebus’ Aku yakin sampai akhir hayat mereka akan ingat cerita ’katak rebus’ ini. Hehehehe. Akhir kata aku tanyakan kepada mereka samada mereka dalam Zon Selesa atau Zon Tempur?

Kemana Saya?
Disini aku kongsikan kepentingan matlamat kepada kehidupan. Aku katakan kepada mereka bahawa untuk meraikan kehidupan, Fikiran Sedar, Fikiran Separuh Sedar, Fikiran Bawah Sedar dan Tindakan kita mesti fokus kepada matlamat yang telah ditetapkan. Aku harap mereka masih ingat video bertajuk ’Raikan Kehidupan’ itu.

Bagaimana Saya?
Disini aku menekankan mengenai Aktiviti Senipis Kulit Bawang (Aktiviti SKB). Aktiviti SKB amat penting bagi memastikan kita mencapai matlamat yang dihajati. Dalam banyak perkara, Aktiviti SKB berbentuk Penting (Important) tapi Tidak Terdesak (Not Urgent). Aku harap mereka ingat mengenai konsep Matrik Masa. Aktiviti SKB duduk dalam kuadran 2, Matrik Masa.
.
Akhir sessi ADB ini, aku puas hati. Aku pun tahu para hadirin puas hati, Pengurusan Poly Pipe puas hati dan Bro Santha juga puas hati. Sudahnya semua puas hati. Aku lega. Memang ADB kali ini banyak yang aku belajar. Satu perkara utama yang aku belajar ialah aku mesti ingat bahawa ADB tidak mampu mengubah kita semua. ADB hanya merupakan alat untuk mengubah diri. Terpulang kepada diri kita sendiri samada mahu menggunakan ADB untuk mengubah diri.

Pilihan Di Tangan Saya!

2 comments:

  1. suka3. drp beberapa siri motivasi yg sy sertai, sy yakin bhw sy perlu berubah. as at today, sy ubah perkara yg kecil2 dulu spt ubah channel radio dr chn xyz kepada IKIM.fm. dan bhn bacaan juga sy ubah kpd bacaan buku2 motivasi dan keagamaan.
    Namun, sy sedar bhw kuasa bertindak sy masih lemah. mungkin suatu hari nnt ada peluang utk sy sertai program sdr.

    Kamariah @ Perlis.

    ReplyDelete
  2. Silakan ... more than happy to have saudari sertai program ini.

    ReplyDelete