.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, February 10, 2012

Beri Saja


Satu petang, sedang aku menghadiri satu mesyuarat, aku terima satu panggilan telefon dari seorang sahabat. Dia nak jumpa aku. Bunyinya macam urgent. Aku kata datanglah. Pelik jugak aku apa yang urgent sangatnya. Walaupun ada banyak perkara yang perlu aku tumpukan dalam mesyuarat petang itu, tetapi di belakang pemikiran aku asyik terpikir-pikir apa hajat sahabat aku yang seorang ini.

Tepat jam 4 petang, dia muncul di pejabat aku. Dia asyik tersengih-sengih sambil mata dia merenung aku penuh harapan. Lagilah aku ingin tahu apa hajat dia. Mula-mula kami bertanya khabar. Selepas itu baru beliau kemukakan hajatnya. Beliau berhajat mahu menjemput aku berkongsi idea dengan orang-orang bawahannya mengenai bagaimana mahu bina suasana kerja yang positif.
.
Aku katakan boleh dan terus aku tanya bila beliau mahu aku kongsi idea tersebut. Dia jawab malam itu juga jam 8.30 malam dan tempatnya ialah kira-kira 150 km dari pejabat aku. Aku sengih. Hati aku terus berkata mana mungkin. Aku mahu saja mengatakan aku tidak berupaya bila beliau terus-terang menyatakan bahawa beliau berhajat sangat-sangat agar aku katakan boleh. Dia berterus terang mahu aku membantu beliau. Susah betul kalau aku nak kata tidak.

Sudahnya, aku katakan ok. Aku tak tahu mengapa aku katakan ok tapi hati aku kata ... ”Assist beliau. Mana tahu Tuhan akan beri banyak faedah jika aku bantu beliau?” Dia nampak happy. Aku sengih walau aku still wonder mengapa aku menyetujuinya. Pendekkan cerita, aku berjanji pada beliau bahawa akan aku cuba untuk sampai di tempat perjumpaan tersebut jam 8.30 mlm itu. Kepala aku ligat mengatur apa yang aku nak kongsi malam ini.

Antara jam 4.30 ptg hingga 5.00 ptg aku sebok susun idea dalam notebook aku. Syukur. Aku mampu siapkan persembahan aku itu. Hati aku sekali lagi bersuara, ”Itulah faedahnya selama ini, aku telah menyediakan bahan-bahan PPB3K ini. Aku tidak perlu spend masa yang lama untuk menyusun sebarang persembahan.” Syukur sekali lagi.
.
Malam itu, tepat jam 6.45 ptg, ditemani oleh rakan baik aku, Ajid, kami bertolak ke sana. Hujan turun dengan cukup lebat. Cukup lebat hinggakan rasa nak pecah wind shield kereta aku itu. Sudahnya kami lewat sampai. Hampir jam 9.30 baru kami sampai. Tetapi tidak mengapa kerana perjumpaan sahabat aku itu dan orang-orangnya baru saja bermula. Aku merasa teruja melihat sahabat aku ini dengan orang-orangnya. Walaupun perjumpaan mereka itu dibuat dalam keadaan yang daif tetapi semangat yang ditunjukkan oleh orang-orang sahabat aku itu cukup tinggi. Tabik untuk mereka.

Jam 10.30 malam baru aku mula kongsi idea. Terlintas dalam pemikiran aku pada masa itu bahawa tidak pernah aku mulakan talk aku pada waktu-waktu begini. Biasanya waktu begini aku dah mula nak tamatkan talk aku. Hati aku kata, ”Tak apalah. Ini satu pengalaman baru. Ambil saja pelajaran dari pengalaman ini!” Jadi malam itu aku just give my best. Talk aku tamat malam itu melewati jam 12 tgh malam. Hasilnya? Aku puas. Audience aku puas. Sahabat aku pun puas. What a feeling …

Apa yang aku dapat? Hanya satu yang aku mahu coretkan disini. Bila kita memberi sesuatu tanpa mengharap sebarang balasan, perasaan bahagia yang aku rasakan cukup nikmat. Susah nak cakapkan atau tuliskan. Yang pastinya, perasaan sebegini bukan senang nak dapat. Bagaimana Tuhan akan membalas benda baik yang aku buat ini, aku serahkan bulat-bulat pada Tuhan. Yang aku yakini, Tuhan pasti akan menunaikan janjiNya. Memang benar. Selang beberapa hari, aku dapat satu berita gembira. Anak lelaki bongsu aku mendapat keputusan yang amat cemerlang dalam peperiksaan PMR. Maha Hebat Tuhan!
.
Aku beri sedikit … Aku terima sedikit
Aku beri banyak ... Aku terima banyak
Aku beri negatif ... Aku terima negatif
Aku beri positif ... Aku terima positif
Aku tak beri apa-apa ... Jangan harap aku terima apa-apa!

1 comment:

  1. Nama teman naik dalam artikel ni!:-)

    ReplyDelete