.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, March 28, 2012

Buku


Satu hari tu, aku terpikir untuk mengumpulkan buku-buku yang letaknya berselerak dalam rumah aku itu. Bukan apa, aku teringin nak buat small library. Maka mulalah aku kumpul-kumpul buku ini.
.
Ada buku itu dalam almari, ada dalam laci, ada tersusun atas meja dan berbagai tempat dalam rumah aku itu. Boleh tahan juga, setelah dikumpul, banyak juga buku-buku yang telah aku baca selama ini. Itu tidak termasuk buku-buku yang aku simpan di dusun aku itu lagi. Memang pun boleh buat ‘small library’! Tak sangka over the years banyak betul buku-buku dalam simpanan aku.

Bila aku belek-belek buku ini, aku senyum sendirian. Bukan apa, boleh dikatakan setiap buku itu membawa aku mengingati semula kenangan semasa aku membacanya. Baik apa terkandung dalam buku itu maupun apa yang sedang aku alami dalam hidup ini semasa aku membaca buku ini. Interesting! Ada buku yang aku baca semasa aku menanti nak naik bas semasa di berada di Washington. Ada buku yang aku baca semasa aku berada di tepi khemah orang Monggol di Xinchiang. Ada buku aku baca semasa aku dalam Masjidil Haram. Ada buku yang aku baca semasa sedang menanti kelahiran anak-anak aku. Terasa macam seorang pengembara la pulak. :)

.
Memang istimewa buku-buku ini. Boleh aku katakan buku-buku ini merupakan sebahagian dari hidup aku. Buku-buku aku baca ni pulak berbagai topik. Namun topik-topik buku ini dominannya ialah topik dalam pengurusan, sejarah, bibliografi, sains, agama dan trend masa depan. Sedar tak sedar memang inilah yang merupakan topik kegemaran aku. Aku rasa, aku punya himpunan buku mengenai minda dan pengurusan minda yang cukup extensive dan ada antaranya memang sukar untuk didapati.

Tanpa ake sedari, bacaan-bacaan melalui buku-buku ini telah memberi aku peluang melihat hidup ini dari berbagai cara pandang. Ianya menjadikan aku tidak kaku dalam cara pandangan aku. Dan sememangnya dari bacaan-bacaan ini setelah diadun dengan pengalaman dalam hidup telah menwujudkan Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K itu) . PPB3K merupakan satu kumpulan ilmu dan pengalaman yang bilamana dilaksanakan secara bersepadu dan berterusan akan menghasilkan sejahtera-bahagia-kaya dalam hidup seseorang mahupun satu organisasi!
.

Akibat dikelilingi buku-buku, aku lihat anak-anak aku pun turut sama mempunyai minat terhadap buku. Memang mereka mewah dengan buku. Aku tak kisah habiskan duit untuk mereka membeli buku. Well, aku terlihat satu lagi longgokan besar buku-buku anak-aku dalam almari tengah rumah aku itu. Memang sudahnya kalau aku punya ruang, memang buku-buku ini boleh dijadikan satu library. Dan ianya bukan sekadar library tetapi library yang punya himpunan buku-buku yang tinggi nilainya.
.
Walau masakini dilihat semakin ramai suka membaca buku menggunakan teknologi e-book, tetapi pada aku, ianya tidak sama seperti nikmatnya membaca dengan memegang buku dalam bentuk ’hardcopy’. Aku mungkin berbunyi agak ketinggalan, tetapi aku amat selesa bergerak sana sini dengan memegang sebuah buku. Buku memang teman sejati aku!

Sunday, March 25, 2012

The Mirror


Cakap orang tak sedar diri ...

I look in the mirror
And what do I see?
A strange looking person
That cannot be me.
.
For I am much younger
And not nearly so fat
As that face in the mirror
I am looking at.

Oh, where are the mirrors
That I used to know
Like the ones which were
Made thirty years ago?
.
Now all things have changed
And I`m sure you`ll agree
Mirrors are not as good
As they used to be.

So never be concerned,
If wrinkles appear
For one thing I`ve learned
Which is very clear,
.
Should your complexion
Be less than perfection,
It is really the mirror
That needs correction!!

Wednesday, March 21, 2012

AMD dan ADB


Sudah hampir dua bulan program Sustainability untuk AMD, Bahagian Penghantaran TNB itu bermula. Kini sudah hampir untuk modul kedua dalam program Sustainability ini iaitu Pimpinan Berjaya Part 2 (PB2) pula akan dilaksanakan. Tetapi sebelum PB2 ini dilaksanakan, saya terkenang apa yang sedang dilalui oleh anggota kerja AMD ini dalam menyusuri program pertama Sustainability ini iaitu Anda Dilahirkan Berjaya (ADB).
.

Adakah mereka telah mula mengorak langkah menetapkan matlamat peribadi mereka di tempat kerja? Adakah matlamat peribadi di tempat kerja mereka itu sejajar dengan kehendak AMD terhadap mereka? Sejajar disini bermaksud ianya merupakan KPI beliau dalam tugas beliau. Ini dua hajat utama ADB sebelum melangkah masuk ke PB2.

Sebagai contoh. Katakan salah seorang dari mereka menetapkan matlamat peribadi mereka ialah ingin menjadi ‘subject matter expert’ (SME) dalam bidang data management dengan menggunapakai ISO 9001. Agar menjadi SME ini boleh diukur, beliau berhasrat menyediakan satu persembahan terperinci dalam bidang ini dan sudahnya mendapat pengiktirafan dari pengurusan tertinggi organisasi beliau. Bukan itu sahaja kaedah yang diutarakan oleh beliau dalam persembahan itu telah digunapakai dalam organisasi beliau. Jika ini tercapai, itu tanda beliau telah menjadi SME.

Jika kita lihat dalam contoh di atas, adakah dua persoalan dalam perenggan ke dua artikel ini dipenuhi? Tentu jawabannya ya!. Beliau berjaya mencapai matlamat peribadinya dan ianya sejajar dengan kehendak organisasinya. Wujud win-win antara beliau dan organisasi beliau. Bayangkan jika seluruh anggota kerja AMD punya matlamat sebegini. Hebat setiap dari mereka! Hebat AMD!

Jika kita tidak menetapkan matlamat sebegini, apa yang akan berlaku pada diri kita di tempat kerja? Adakah kita akan terus menerus membuang masa di tempat kerja? Sudah pasti kita tidak mampu mendapat yang terbaik dari kerja kita! Rugi besar! Fikirkan ...
.
Sebut pasal matlamat ini, kita perlu faham bahawa matlamat kita perlulah berbentuk ‘hasil akhir’ dan bukan berbentuk ‘aktiviti’. Sebagai contoh, katakan matlamat berkaitan dengan perniagaan membuat ‘cupcakes’. Matlamat berbentuk ‘aktiviti’ ialah ‘saya ingin membuat ‘cupcakes’ yang paling sedap’. Manakala matlamat berbentuk ‘hasil akhir’ ialah ‘saya berjaya menjual ‘cupcakes’ sebanyak 10.000 ribu sebulan’. Kenapa ini penting? Saya rasa dari contoh matlamat ’aktiviti’ dan ’hasil akhir’ di atas anda semua jelas dengan apa yang saya maksudkan.

Jika kita punya matlamat berunsurkan ’hasil akhir’, perniagaan ’cupcakes’ kita akan maju. Sebaliknya, jika punya matlamat berunsurkan ’aktiviti’, kita tidak fokus kepada jatuh bangunnya perniagaan kita. Dalam banyak perkara kita hanya syok sendiri. Itulah kadang-kadang bila ditanya mengapa mereka terlibat dalam perniagaan ’cupcakes’, jawapan yang kita dengar ialah ”saya suka ’cupcakes’.” Perniagaan sebegini tidak akan bertahan lama.

Tegasnya, semak semula matlamat yang telah kita tetapkan. Adakah ianya berunsur ’aktiviti’ atau ’hasil akhir’. Dalam banyak perkara, jika matlamat anda berunsur ’hasil akhir’ anda akan menjadi proaktif dan lebih bertanggungjawab dalam usaha mencapai matlamat tersebut. Ini amat penting bagi mengelak anda buang masa dalam pengembaraan anda untuk mencapai matlamat anda itu.

Akhir kata, khas buat anggota kerja AMD ini, saya ingin kongsi satu video dibawah ini untuk renungan kita semua. Tanyakan pada diri masing-masing, apa kaitan pengembaraan ’Thumbelina’ ini dengan pengembaraan kita sendiri. Moga satu masa, matlamat yang kita mahukan itu menjadi satu realiti. Ameen!


Sunday, March 18, 2012

Before I Go ...


When my life has reached its very end,
And I take that final breath,
I want to know I've left behind,
Some ‘good’ before my death.
.

I hope that in my final hour,
In all honesty I can say,
That somewhere in my lifetime,
I have brightened someone's day.

That maybe I have brought a smile
To someone else's face,
And made one moment a little sweeter,
While they dwelled here in this place.
.

God, please be my reminder
And whisper softly in my ear ...
To be a ‘giver’, not a ‘taker’,
In the years I have left here.

Give to me the strength I need,
Open up my mind and my soul.
That I might show sincere compassion,
And love to others before I go.

For if not a heart be touched by me,
And not a smile was left behind ...
Then the life that I am blessed with,
Will have been a waste of time.
.

With all my heart, I truly hope,
To leave something here on earth.
That touched another, made them smile
And gave to my life ... Worth!

Friday, March 16, 2012

Tabiat Bertangguh


Sedang aku menanti untuk melaksanakan preview ‘Anda Dilahirkan Berjaya’ bertempat di Shah Alam Convention Center (SACC) beberapa hari lepas, aku duduk berbual dengan seorang sahabat aku ini. Dalam perbualan tersebut sahabat aku itu tiba-tiba berkata dengan spontan, “I tahu mengapa I tak capai apa yang I mahukan. I ni ada problem dengan penyakit suka bertangguh
.
Aku tiba-tiba senyum. Sahabat aku lantas bertanya kepada aku, “Kenapa you senyum?” Aku terus menyatakan bahawa aku tidah pernah dengar beliau menyatakan sedemikan dan juga kata-kata beliau itu mengingatkan aku kepada satu peristiwa lalu semasa aku sedang melaksanakan SWOT (Strengths-Weaknesses-Opportunities-Threads) untuk diri sendiri. “Eh, ceritalah, apa yang berlaku masa tu” Tanya sahabat aku macam orang tak sabar. Disini aku ceritakan apa yang berlaku pada aku pada masa itu.

Nak jadi cerita, satu hari itu, aku laksanakan SWOT untuk diri aku. Aku sedar (strength aku) ramai dari kawan-kawan aku lebih pandai dari diri aku (weakness aku). Aku sedar juga kalau nak ikut dari kelulusan aku pun, ramai dari kawan-kawan aku itu jauh lebih berkelayakan dari aku. Jika keadaan ini berterusan, aku sedar aku akan ketinggalan dari mereka. (Thread aku). Jadi apa peluang (Opportunities aku) yang boleh aku bina dari keadaan aku ini?

Fikir punya fikir aku mulai tersedar bahawa ramai dari manusia itu termasuk lah kawan-kawan aku ini punya tabiat suka bertangguh. Kalau bukan sebab tabiat suka bertangguh ini, sepatutnya mereka boleh mencapai hasil yang jauh lebih hebat. Walaubagaimanapun hasil mereka tetap lebih baik dari hasil aku pada ketika itu.
.
Aku tanya pada diri aku. Berdasarkan senario ini, apa opportunities yang boleh aku ambil bagi menandingi pencapaan mereka agar aku tidak jauh ketinggalan? Dalam diam-diam aku nampak satu ’pattern’. Apa ’pattern’nya? Sehingga ketika itu, tanpa aku sedar aku dan mereka punya penyakit suka bertangguh ini. Kalau aku ambil opportunities agar usahakan agar aku jauhi tabiat suka bertangguh ini, sudah pasti aku boleh menandingi mereka malah boleh pergi lebih jauh dari mereka walau aku sedar mereka lebih pandai dari aku.

Maka dalam dian-diam aku pastikan diri aku sentiasa elak bertangguh, fokus dan sentiasa tabah dalam usaha capai matlamat yang aku telah tetapkan untuk diri sendiri. Aku mahu lihat mana lebih power. Adakah kepandaian lebih hebat dari ’Elak Bertanguh-Fokus-Tabah’ atau sebaliknya?

Aku tidak payah tunggu lama. Memang ’Elak Bertanguh-Fokus-Tabah’ lebih hebat!. Semenjak aku ambil peluang (opportunities) agar sentiasa ‘Elak Bertanguh-Fokus-Tabah’ dalam hidup ini, satu persatu matlamat aku tercapai. Apa jadi dengan kawan-kawan yang aku lebih pandai itu? Tuan puan sendiri boleh mengagak apa jadi dengan mereka. Itulah rahsia aku dalam hidup ini. Sentiasa melihat ‘Elak Bertangguh-Fokus-Tabah’ sebagai opportunities aku dan bukan strength aku!
.
Aku senyum sendirian bila ada antara orang sekeliling aku menyatakan bahawa aku lain lah. Aku memang lucky sebab punya strength untuk ‘Elak Bertangguh-Fokus-Tabah’. Walau pun mereka bercakap begitu, mereka masih tidak sedar bahawa ‘Elak Bertangguh-Fokus-Tabah’ bukan strength aku tetapi semata-mata peluang (opportunities) yang aku rebut bagi mengelak aku dari ketinggalan. Bila kita pandang ‘Elak Bertangguh-Fokus-Tabah’ sebagai satu ‘strength’ seseorang, agak susah untuk kita bina perkara ini dalam diri kita. Sebaliknya, jika kita pandang ‘Elak Bertangguh-Fokus-Tabah’ sebagai opportunities yang boleh kita gunakan, dalam banyak perkara mudah untuk kita amal perkara ini. Semuanya bergantung kepada cara pandang kita!

Saya harap tuan puan sekelian nampak bahawa saya pilih untuk ‘Elak Bertangguh-Fokus-Tabah’ sebagai peluang saya (opportunities) dan ianya bukan ’strength’ saya! Cara pandang ini sedikit saja bezanyanya tetapi beza hasilnya adalah ibarat langit dengan bumi!

Sahabat aku itu kelihatan termenung memikirkan apa yang aku kongsikan itu. Kata beliau, ”Wow, that is really such an interesting way to approach this procrastination thing! I bet not many be able to see from this point of view.” Aku senyum sendirian. Aku harap cara pandang ini akan kekal jadi my little secret agar mudah aku bina niche dalam hidup aku. Hehehehehe …


Tuesday, March 13, 2012

50 Questions of Life


An old proverb says, “He that cannot ask cannot live”. If you want answers you have to ask questions. These are 50 questions you should ask yourself and try to answer. You can ask yourself these questions right now and over the course of your life.

1. Why not me?
2. Am I nice?
3. Am I doing what I really want to do?
4. What am I grateful for?
5. What’s missing in my life?
6. Am I honest?
7. Do I listen to others?
8. Do I work hard?
9. Do I help others?
10. What do I need to change about myself?
.
11. Have I hurt others?
12. Do I complain?
13. What’s next for me?
14. Do I have fun?
15. Have I seized opportunities?
16. Do I care about others?
17. Do I spend enough time with my family?
18. Am I open-minded?
19. Have I seen enough of the world?
20. Do I judge others?
. 21. Do I take risks?
22. What is my purpose?
23. What is my biggest fear?
24. How can I conquer that fear?
25. Do I thank people enough?
26. Am I successful?
27. What am I ashamed of?
28. Do I annoy others?
29. What are my dreams?
30. Am I positive?
. .
31. Am I negative?
32. Is there an afterlife?
33. Does everything happen for a reason?
34. What can I do to change the world?
35. What is the most foolish thing I’ve ever done?
36. Am I cheap?
37. Am I greedy?
38. Who do I love?
39. Who do I want to meet?
40. Where do I want to go?
..
41. What am I most proud of?
42. Do I care what others think about me?
43. What are my talents?
44. Do I utilize those talents?
45. What makes me happy?
46. What makes me sad?
47. What makes me angry?
48. Am I satisfied with my appearance?
49. Am I healthy?
50. What was the toughest time in my life?

Saturday, March 10, 2012

Manusia

Apa makna kita seorang manusia? Apa beza manusia berbanding dengan makhluk Tuhan yang lain? Kenapa Tuhan lahirkan manusia di atas muka bumi ini? Manusia itu sedarkah apa maksud utama beliau berada di atas muka bumi ini? Saya rasa ramai manusia kabur dengan persoalan-persoalan ini. Jika manusia itu jelas, tidak mungkin punah ranah muka bumi dan segala isi perut bumi ini dikerjakan manusia.

Apa pun, Tuhan telah menegaskan bahawa manusia itu adalah sebaik-baik kejadianNya. Dalam kata lain manusia itu hebat. Manusia itu mampu lakukan apa saja berbanding dengan makhluk Tuhan yang lain di atas muka bumi ini. Hebatnya kemampuan manusia itu boleh digambarkan seperti video berikut. Mari kita renungi sebentar vidoe ini sebelum kita sambung cerita manusia ini.

Kehebatan manusia ini dijadikan Tuhan sebab ini merupakan anugerah Tuhan dalam menyediakan semua manusia menjadi pemimpin di alam ini. Seperti kelebihan-kelebihan yang kita terima dalam hidup ini ie. kuasa, kekayaan, kesihatan dan sebagainya, semua ini merupakan satu ’responsibility’ dan ’accountability’. Bukan kita terima benda ini secara percuma untuk memenuhi kehendak nafsu kita. Tetapi bagi membantu kita membawa kesejahteraan kepada alam ini.

Tuhan menekankan bahawa untuk membawa kesejahteraan kepada alam ini, manusia perlu jelas mengenai satu konsep. Semua manusia itu merupakan pemimpin. Tugas pemimpin ini hanya memberi makna bila mereka memahami bahawa pada masa yang sama manusia itu juga merupakan hamba kepada Tuhan.

Kenyataan di atas timbul setelah beberapa kali aku dengar peneraju program ’Sustainability’ Bahagian Penghantaran, TNB iaitu Hj K asyik mengulangi kenyataan bahawa semua manusia perlu faham bahawa mereka harus berperanan sebagai pemimpin dan sedar mereka perlu mengabdikan kepada Tuhan.

Dulu, saya tidak berapa jelas sangat mengenai konsep ini dan memang saya sedikit pening bagaimana seorang hamba itu boleh jadi pemimpin atau sebaliknya? Rupa-rupanya kedua-dua peranan in perlu wujud dalam diri semua manusia. Dalam kata lain,


Bila manusia itu jelas mengenai peranan mereka sebagai Pemimpin dan Hamba, ini pasti membawa kepada keseimbangan dalam tindak tanduk seseoang manusia itu. Bayangkan jika tidak wujud keseimbangan ini, pemimpin itu mudah lupa diri lalu menyebabkan hancur lebur keadaan muka bumi seperti yang mula kita nampak di waktu ini.

Itu sebab mengapa sebelum memikul ’responsibility’ dan ’accountability’ itu, penting sangat seseorang manusia itu mengenali diri masing-masing. Ini perkara pokok. Ramai manusia ilmunya tinggi mengenai perkara-perkara yang ada dalam alam ini tetapi pelik binti ajaib, mengapa mereka tidak mengenali satu perkara yang cukup yang sangat dekat dengan mereka iaitu diri mereka sendiri?

Semua perkara ini ada dikongsi dalam Anda Dilahirkan Berjaya (ADB). Satu modul pembangunan diri yang lain dari yang lain. Ianya asas, mudah dan praktikal. Bukan saya yang cakap tetapi mereka yang dah pernah hadiri modul ini. Ayuh tuan puan, usahakan diri mendapat menafaat dari ilmu-ilmu dalam ADB ini! Saya pasti tuan puan akan menyesal kerana tidak hadiri ADB ini lebih awal ...

Renungan: Apakah sumbangan saya untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik (peranan saya sebagai pemimpin). Dalam menyusuri hajat ini, adakah saya sentiasa menghubungkannya dengan maksud akhir hidup ini iaitu mendapat keredhaanNya? (peranan saya sebagai hamba Tuhan).

Wednesday, March 7, 2012

The Letter

Kadang-kala kita perlu 're-visit' semula perkara-perkara asas dalam kehidupan ini. Walaupun perkara asas kehidupan ini sudah kita sedia maklum tetapi yang lebih penting ialah adakah perkara yang telah kita tahu itu telah menjadi amalan kita.

Sebagai contoh, salah satu perkara asas yang perlu kita titik beratkan ialah soal hubungan kita dengan ibu bapa kita. Untuk itu apa kata sama-sama kita renungkan maksud yang tersurat dan tersirat dalam video di bawah ini.


Moga selepas kita tontoni video di atas, kita punya kekuatan untuk amalkan apa saja pelajaran dari video ini. Moga kehidupan yang Sejahtera-Bahagia-Kaya itu menjadi milik kita semua. Ameen.

Sunday, March 4, 2012

YEF Bahagian Penghantaran


Jumaat lepas, tamat sessi ‘Young Executive Forum’ (YEF) yang bermula pada 29 Feb hingga 2 Mac 2012 untuk eksekutif-eksekutif muda Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad bertempat di Condominium TNB, Port Dickson.. Seramai 50 orang eksekutif dari seluruh Bahagian Penghantaran telah hadir dalam YEF kali ini.

Tujuan YEF ini ialah untuk menyerlahkan keupayaan memimpin di kalangan eksekutif muda ini. Bersama dengan Uztaz Sabri dan Bro. Faizul, aku telah diminta oleh pihak HRA Bahagian Penghantaran untuk memfasilitator YEF kali ini. YEF ini bolehlah dibahagikan kepada 3 sessi utama seperti berikut;
.
1) Perkongsian pengalaman Datuk Rozimi, VP Bah Penghantaran.

Datuk Rozimi telah mengemukakan satu persoalan yang cukup menarik perhatian aku. Tanya beliau, apakah satu tugas yang mana seseorang pemimpin itu tidak boleh ’delegate’ kepada anak buahnya? Macam-macam jawapan diberi oleh para peserta YEF ini. Sudahnya Datuk Rozimi menyatakan bahawa tugas yang tidak boleh di ’delegate’ itu ialah membuat keputusan.

Tambah beliau, para pemimpin perlu mempunyai keyakinan tinggi membuat keputusan. Pemimpin harus berupaya menyakinkan semua orang dengan apa yang telah diputuskan oleh pemimpin tersebut. Selanjutnya, pemimpin mesti berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan apa yang telah diputuskan. Dalam merealisasikan keputusan beliau itu, beliau juga perlu punya kemahiran mempengaruhi/menyakinkan/memotivasikan orang yang dipimpin beliau agar berusaha untuk merealisasikan keputusan beliau itu. Jika seseorang pemimpin itu gagal melaksanakan ini semua, sudah pasti orang sekeliling pemimpin tersebut akan hilang kepercayaan terhadap pemimpin tersebut.

Datuk Rozimi menegaskan bahawa keupayaan membuat keputusan ini perlu diasah dari mula alam pekerjaan lagi agar bila tiba masa untuk memimpin, kita sudah tidak kekok lagi membuat keputusan. Kita perlu ’practice, practice and practice’ hingga membuat keputusan merupakan perkara lumrah bagi kita. Aku sememangnya tidak mampu menafikan kata-kata Datuk ini dan aku sedar banyak masalah di dunia ini berpunca dari ketidakmampuan pemimpin membuat keputusan!
.
2) Perkongsian Nilai CPC-TEPCO oleh Uztaz Sabri dan Bro. Faizul

CPC-TEPCO yang diilhamkan oleh Datuk Rozimi ini adalah singkatan untuk nilai-nilai ’Competency-Passion-Commitment’ dan ’Teamwork-Engagement-Prioratize-Communication-Organize’. CPC merupakan nilai peribadi dan TEPCO pula merupakan nilai berpasukan yang perlu dititikberatkan dalam melaksanakan sebarang tugas dalam kerja seharian.

Aku amat tertarik dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh Uztaz Sabri dan Bro. Faizul dalam memberi kefahaman kepada para hadirin. Bagi setiap nilai ini, mereka telah menggunakan banyak pendekatan aktiviti dalam kelas yang menekankan soal-soal berikut;

Introduction
Reflection
Inputs
Non-Conformance
Prescribed Behavior
Action Plan
.
3) Perkongsian tajuk modul ‘Potensi Diri Anda’ (PDA) oleh aku sendiri.

Dalam PDA ini, aku telah menekankan soal kenal diri berdasarkan kepada konsep 'Stick Person'. Konsep ini amat penting kerana pemimpin mesti kenal diri dan tahu bagaimana diri itu beroperasi. Tambah pula pendekatan kenal diri melalui ‘Stick Person’ ini bersifat holistik, sudah pasti ini memudahkan para hadirin ini memimpin orang yang dipimpin mereka.

Berdasarkan kepada konsep 'Stick Person’ ini juga, para hadirin jelas dapat melihat peranan nilai dalam diri masing-masing. Nilai berperanan memastikan seseorang manusia itu bergerak di atas landasan yang betul agar tidak tergelincir dalam arus kehidupan. Aku memberitahu mereka bahawa nilai-nilai ini sebenarnya sudah sedia wujud dalam hati masing-masing hanyanya kebanyakan nilai ini ‘tertidur’ dan adalah tugas masing-masing untuk 'mengejutkan' nilai ini dari tidur.

Bagi menggunakan diri ini sebaik mungkin, aku katakan kepada mereka bahawa kita perlukan matlamat. Antara lain, matlamat berperanan mengelola diri agar terurus dan fokus dalam kehidupan ini. Tanpa matlamat, kita hanya berputar-putar sahaja dalam kehidupan tanpa sebarang pencapaian.

Bagi membantu membuat keputusan tentang matlamat apa yang mahu dicapai pula, aku telah kongsikan idea SWOT yang bertindak sebagai alat untuk membantu mengelola segala idea-idea yang bersarang dalam fikiran kita. Apabila segala idea dalam fikiran ini diluahkan di ’map-out’ berdasarkan rangka SWOT ini, mudah kita membuat keputusan tanpa mengabaikan sebarang buah fikiran kita.
.
Sudahnya, aku nampak jelas bahawa SWOT dan 'Stick Person' merupakan alat dalam usaha untuk mempertingkatkan keupayaan membuat keputusan dan megamalkan nilai-nilai CPC-TEPCO. Aku harap para peserta YEF ini dapat menafaatkan ilmu ini dalam hidup mereka. Bukan senang nak dapat ilmu sebegini. Nampak mudah tetapi jarang diketahui orang. Aku harap para peserta YEF ini sedar mengenai hal ini.

Akhir kata, aku dapat lihat jika segala ilmu yang dikongsi dalam YEF ini disusun dengan lebih sistematik, pasti ini akan membentuk satu modul yang cukup hebat terutama untuk membina asas kepimpinan yang berwibawa. Aku mahu namakan modul ini PIMPINAN 5 BINTANG!

Saturday, March 3, 2012

Business Model Canvas

Bila aku melihat apa yang terkandung dalam Pimpinan Berjaya Part 2 (PB2) tempohari, jelas dilihat bahawa perancangan pengurusan strategi yang lengkap mesti mengandungi tiga peringkat utama iaitu;

1) Perancangan Pembangunan Strategi (PLAN)
2) Perancangan Perlaksanaan Strategi (DO)
3) Perancangan Kajian Semula Strategi (CHECK & FURTHER ACTION)

Ketiga-tiga peringkat di atas melengkapkan kitaran PLAN-DO-CHECK-ACTION (PDCA). Bila satu-satu organisasi melaksanakan ini semua pasti organisasi itu dalam landasan yang betul bagi merealisasi segala matlamat organisasi mereka. Wujud satu ‘check and balance’ yang membantu organisasi tersebut agar tidak tergelincir dalam perjalanan mereka menuju matlamat mereka.

Namun, sekian lama, PB2 hanya berkongsi perkara 2 dan 3 di atas sahaja. Bukan apa, aku merasakan banyak organisasi tahu bagaimana membangunkan strategi (perkara 1 di atas) tetapi lemah dalam melaksana perkara 2 dan 3 di atas. Di samping itu,, aku belum lagi bertemu satu kaedah yang mudah, menyeluruh dan praktikal bagi menangani perkara 1 di atas. Aku sendiri tidak yakin aku mampu menyakinkan diri sendiri apatah orang lain bagaimana melaksana perkara 1 di atas.

Itu cerita dulu. Yang sangat mengembirakan aku, kini aku telah bertemu dengan kaedah untuk menangani perkara 1 di atas. Terima kasih kepada Bro Faizul. Melalui beliau aku telah diperkenalkan kepada satu kaedah yang sangat mudah, menyeluruh dan praktikal bagi menangani perkara 1 di atas. Kaedah yang aku maksudkan itu ialah ‘Business Model Canvas’ Untuk mengetahui konsep ‘Business Model Canvas’ ini, sila saksikan video dibawah …


Mungkin ada di antara kita sudah tahu ‘Business Model Canvas’ ini, namun Bro Faizul mempunyai satu pendekatan yang unik dan praktikal bagaimana menggunakan kaedah ini. Disitulah sebenarnya mengapa aku benar-benar tertarik dengan ‘Business Model Canvas’ ini untuk menangani perkara 1 di atas. Kaedah yang diutarakan oleh Bro Faizul ini boleh digunapakai baik untuk organisasi besar maupun kecil dengan hanya melakukan sedikit pelarasan.

Aku berharap dan sebenarnya aku dan pihak Bro Faizul dalam perbincangan untuk menggabungkan apa yang aku dan beliau ada agar kami dapat menawarkan satu pakej lengkap bagaimana mengurus strategi kepada anda semua dalam satu pendekatan yang amat mudah, menyeluruh dan praktikal. This is definitely will be very interesting!