.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, March 21, 2012

AMD dan ADB


Sudah hampir dua bulan program Sustainability untuk AMD, Bahagian Penghantaran TNB itu bermula. Kini sudah hampir untuk modul kedua dalam program Sustainability ini iaitu Pimpinan Berjaya Part 2 (PB2) pula akan dilaksanakan. Tetapi sebelum PB2 ini dilaksanakan, saya terkenang apa yang sedang dilalui oleh anggota kerja AMD ini dalam menyusuri program pertama Sustainability ini iaitu Anda Dilahirkan Berjaya (ADB).
.

Adakah mereka telah mula mengorak langkah menetapkan matlamat peribadi mereka di tempat kerja? Adakah matlamat peribadi di tempat kerja mereka itu sejajar dengan kehendak AMD terhadap mereka? Sejajar disini bermaksud ianya merupakan KPI beliau dalam tugas beliau. Ini dua hajat utama ADB sebelum melangkah masuk ke PB2.

Sebagai contoh. Katakan salah seorang dari mereka menetapkan matlamat peribadi mereka ialah ingin menjadi ‘subject matter expert’ (SME) dalam bidang data management dengan menggunapakai ISO 9001. Agar menjadi SME ini boleh diukur, beliau berhasrat menyediakan satu persembahan terperinci dalam bidang ini dan sudahnya mendapat pengiktirafan dari pengurusan tertinggi organisasi beliau. Bukan itu sahaja kaedah yang diutarakan oleh beliau dalam persembahan itu telah digunapakai dalam organisasi beliau. Jika ini tercapai, itu tanda beliau telah menjadi SME.

Jika kita lihat dalam contoh di atas, adakah dua persoalan dalam perenggan ke dua artikel ini dipenuhi? Tentu jawabannya ya!. Beliau berjaya mencapai matlamat peribadinya dan ianya sejajar dengan kehendak organisasinya. Wujud win-win antara beliau dan organisasi beliau. Bayangkan jika seluruh anggota kerja AMD punya matlamat sebegini. Hebat setiap dari mereka! Hebat AMD!

Jika kita tidak menetapkan matlamat sebegini, apa yang akan berlaku pada diri kita di tempat kerja? Adakah kita akan terus menerus membuang masa di tempat kerja? Sudah pasti kita tidak mampu mendapat yang terbaik dari kerja kita! Rugi besar! Fikirkan ...
.
Sebut pasal matlamat ini, kita perlu faham bahawa matlamat kita perlulah berbentuk ‘hasil akhir’ dan bukan berbentuk ‘aktiviti’. Sebagai contoh, katakan matlamat berkaitan dengan perniagaan membuat ‘cupcakes’. Matlamat berbentuk ‘aktiviti’ ialah ‘saya ingin membuat ‘cupcakes’ yang paling sedap’. Manakala matlamat berbentuk ‘hasil akhir’ ialah ‘saya berjaya menjual ‘cupcakes’ sebanyak 10.000 ribu sebulan’. Kenapa ini penting? Saya rasa dari contoh matlamat ’aktiviti’ dan ’hasil akhir’ di atas anda semua jelas dengan apa yang saya maksudkan.

Jika kita punya matlamat berunsurkan ’hasil akhir’, perniagaan ’cupcakes’ kita akan maju. Sebaliknya, jika punya matlamat berunsurkan ’aktiviti’, kita tidak fokus kepada jatuh bangunnya perniagaan kita. Dalam banyak perkara kita hanya syok sendiri. Itulah kadang-kadang bila ditanya mengapa mereka terlibat dalam perniagaan ’cupcakes’, jawapan yang kita dengar ialah ”saya suka ’cupcakes’.” Perniagaan sebegini tidak akan bertahan lama.

Tegasnya, semak semula matlamat yang telah kita tetapkan. Adakah ianya berunsur ’aktiviti’ atau ’hasil akhir’. Dalam banyak perkara, jika matlamat anda berunsur ’hasil akhir’ anda akan menjadi proaktif dan lebih bertanggungjawab dalam usaha mencapai matlamat tersebut. Ini amat penting bagi mengelak anda buang masa dalam pengembaraan anda untuk mencapai matlamat anda itu.

Akhir kata, khas buat anggota kerja AMD ini, saya ingin kongsi satu video dibawah ini untuk renungan kita semua. Tanyakan pada diri masing-masing, apa kaitan pengembaraan ’Thumbelina’ ini dengan pengembaraan kita sendiri. Moga satu masa, matlamat yang kita mahukan itu menjadi satu realiti. Ameen!

video


No comments:

Post a Comment