.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, March 28, 2012

Buku


Satu hari tu, aku terpikir untuk mengumpulkan buku-buku yang letaknya berselerak dalam rumah aku itu. Bukan apa, aku teringin nak buat small library. Maka mulalah aku kumpul-kumpul buku ini.
.
Ada buku itu dalam almari, ada dalam laci, ada tersusun atas meja dan berbagai tempat dalam rumah aku itu. Boleh tahan juga, setelah dikumpul, banyak juga buku-buku yang telah aku baca selama ini. Itu tidak termasuk buku-buku yang aku simpan di dusun aku itu lagi. Memang pun boleh buat ‘small library’! Tak sangka over the years banyak betul buku-buku dalam simpanan aku.

Bila aku belek-belek buku ini, aku senyum sendirian. Bukan apa, boleh dikatakan setiap buku itu membawa aku mengingati semula kenangan semasa aku membacanya. Baik apa terkandung dalam buku itu maupun apa yang sedang aku alami dalam hidup ini semasa aku membaca buku ini. Interesting! Ada buku yang aku baca semasa aku menanti nak naik bas semasa di berada di Washington. Ada buku yang aku baca semasa aku berada di tepi khemah orang Monggol di Xinchiang. Ada buku aku baca semasa aku dalam Masjidil Haram. Ada buku yang aku baca semasa sedang menanti kelahiran anak-anak aku. Terasa macam seorang pengembara la pulak. :)

.
Memang istimewa buku-buku ini. Boleh aku katakan buku-buku ini merupakan sebahagian dari hidup aku. Buku-buku aku baca ni pulak berbagai topik. Namun topik-topik buku ini dominannya ialah topik dalam pengurusan, sejarah, bibliografi, sains, agama dan trend masa depan. Sedar tak sedar memang inilah yang merupakan topik kegemaran aku. Aku rasa, aku punya himpunan buku mengenai minda dan pengurusan minda yang cukup extensive dan ada antaranya memang sukar untuk didapati.

Tanpa ake sedari, bacaan-bacaan melalui buku-buku ini telah memberi aku peluang melihat hidup ini dari berbagai cara pandang. Ianya menjadikan aku tidak kaku dalam cara pandangan aku. Dan sememangnya dari bacaan-bacaan ini setelah diadun dengan pengalaman dalam hidup telah menwujudkan Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K itu) . PPB3K merupakan satu kumpulan ilmu dan pengalaman yang bilamana dilaksanakan secara bersepadu dan berterusan akan menghasilkan sejahtera-bahagia-kaya dalam hidup seseorang mahupun satu organisasi!
.

Akibat dikelilingi buku-buku, aku lihat anak-anak aku pun turut sama mempunyai minat terhadap buku. Memang mereka mewah dengan buku. Aku tak kisah habiskan duit untuk mereka membeli buku. Well, aku terlihat satu lagi longgokan besar buku-buku anak-aku dalam almari tengah rumah aku itu. Memang sudahnya kalau aku punya ruang, memang buku-buku ini boleh dijadikan satu library. Dan ianya bukan sekadar library tetapi library yang punya himpunan buku-buku yang tinggi nilainya.
.
Walau masakini dilihat semakin ramai suka membaca buku menggunakan teknologi e-book, tetapi pada aku, ianya tidak sama seperti nikmatnya membaca dengan memegang buku dalam bentuk ’hardcopy’. Aku mungkin berbunyi agak ketinggalan, tetapi aku amat selesa bergerak sana sini dengan memegang sebuah buku. Buku memang teman sejati aku!

No comments:

Post a Comment