.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, March 3, 2012

Business Model Canvas

Bila aku melihat apa yang terkandung dalam Pimpinan Berjaya Part 2 (PB2) tempohari, jelas dilihat bahawa perancangan pengurusan strategi yang lengkap mesti mengandungi tiga peringkat utama iaitu;

1) Perancangan Pembangunan Strategi (PLAN)
2) Perancangan Perlaksanaan Strategi (DO)
3) Perancangan Kajian Semula Strategi (CHECK & FURTHER ACTION)

Ketiga-tiga peringkat di atas melengkapkan kitaran PLAN-DO-CHECK-ACTION (PDCA). Bila satu-satu organisasi melaksanakan ini semua pasti organisasi itu dalam landasan yang betul bagi merealisasi segala matlamat organisasi mereka. Wujud satu ‘check and balance’ yang membantu organisasi tersebut agar tidak tergelincir dalam perjalanan mereka menuju matlamat mereka.

Namun, sekian lama, PB2 hanya berkongsi perkara 2 dan 3 di atas sahaja. Bukan apa, aku merasakan banyak organisasi tahu bagaimana membangunkan strategi (perkara 1 di atas) tetapi lemah dalam melaksana perkara 2 dan 3 di atas. Di samping itu,, aku belum lagi bertemu satu kaedah yang mudah, menyeluruh dan praktikal bagi menangani perkara 1 di atas. Aku sendiri tidak yakin aku mampu menyakinkan diri sendiri apatah orang lain bagaimana melaksana perkara 1 di atas.

Itu cerita dulu. Yang sangat mengembirakan aku, kini aku telah bertemu dengan kaedah untuk menangani perkara 1 di atas. Terima kasih kepada Bro Faizul. Melalui beliau aku telah diperkenalkan kepada satu kaedah yang sangat mudah, menyeluruh dan praktikal bagi menangani perkara 1 di atas. Kaedah yang aku maksudkan itu ialah ‘Business Model Canvas’ Untuk mengetahui konsep ‘Business Model Canvas’ ini, sila saksikan video dibawah …

video


Mungkin ada di antara kita sudah tahu ‘Business Model Canvas’ ini, namun Bro Faizul mempunyai satu pendekatan yang unik dan praktikal bagaimana menggunakan kaedah ini. Disitulah sebenarnya mengapa aku benar-benar tertarik dengan ‘Business Model Canvas’ ini untuk menangani perkara 1 di atas. Kaedah yang diutarakan oleh Bro Faizul ini boleh digunapakai baik untuk organisasi besar maupun kecil dengan hanya melakukan sedikit pelarasan.

Aku berharap dan sebenarnya aku dan pihak Bro Faizul dalam perbincangan untuk menggabungkan apa yang aku dan beliau ada agar kami dapat menawarkan satu pakej lengkap bagaimana mengurus strategi kepada anda semua dalam satu pendekatan yang amat mudah, menyeluruh dan praktikal. This is definitely will be very interesting!

No comments:

Post a Comment