.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, March 10, 2012

Manusia

Apa makna kita seorang manusia? Apa beza manusia berbanding dengan makhluk Tuhan yang lain? Kenapa Tuhan lahirkan manusia di atas muka bumi ini? Manusia itu sedarkah apa maksud utama beliau berada di atas muka bumi ini? Saya rasa ramai manusia kabur dengan persoalan-persoalan ini. Jika manusia itu jelas, tidak mungkin punah ranah muka bumi dan segala isi perut bumi ini dikerjakan manusia.

Apa pun, Tuhan telah menegaskan bahawa manusia itu adalah sebaik-baik kejadianNya. Dalam kata lain manusia itu hebat. Manusia itu mampu lakukan apa saja berbanding dengan makhluk Tuhan yang lain di atas muka bumi ini. Hebatnya kemampuan manusia itu boleh digambarkan seperti video berikut. Mari kita renungi sebentar vidoe ini sebelum kita sambung cerita manusia ini.

Kehebatan manusia ini dijadikan Tuhan sebab ini merupakan anugerah Tuhan dalam menyediakan semua manusia menjadi pemimpin di alam ini. Seperti kelebihan-kelebihan yang kita terima dalam hidup ini ie. kuasa, kekayaan, kesihatan dan sebagainya, semua ini merupakan satu ’responsibility’ dan ’accountability’. Bukan kita terima benda ini secara percuma untuk memenuhi kehendak nafsu kita. Tetapi bagi membantu kita membawa kesejahteraan kepada alam ini.

Tuhan menekankan bahawa untuk membawa kesejahteraan kepada alam ini, manusia perlu jelas mengenai satu konsep. Semua manusia itu merupakan pemimpin. Tugas pemimpin ini hanya memberi makna bila mereka memahami bahawa pada masa yang sama manusia itu juga merupakan hamba kepada Tuhan.

Kenyataan di atas timbul setelah beberapa kali aku dengar peneraju program ’Sustainability’ Bahagian Penghantaran, TNB iaitu Hj K asyik mengulangi kenyataan bahawa semua manusia perlu faham bahawa mereka harus berperanan sebagai pemimpin dan sedar mereka perlu mengabdikan kepada Tuhan.

Dulu, saya tidak berapa jelas sangat mengenai konsep ini dan memang saya sedikit pening bagaimana seorang hamba itu boleh jadi pemimpin atau sebaliknya? Rupa-rupanya kedua-dua peranan in perlu wujud dalam diri semua manusia. Dalam kata lain,


Bila manusia itu jelas mengenai peranan mereka sebagai Pemimpin dan Hamba, ini pasti membawa kepada keseimbangan dalam tindak tanduk seseoang manusia itu. Bayangkan jika tidak wujud keseimbangan ini, pemimpin itu mudah lupa diri lalu menyebabkan hancur lebur keadaan muka bumi seperti yang mula kita nampak di waktu ini.

Itu sebab mengapa sebelum memikul ’responsibility’ dan ’accountability’ itu, penting sangat seseorang manusia itu mengenali diri masing-masing. Ini perkara pokok. Ramai manusia ilmunya tinggi mengenai perkara-perkara yang ada dalam alam ini tetapi pelik binti ajaib, mengapa mereka tidak mengenali satu perkara yang cukup yang sangat dekat dengan mereka iaitu diri mereka sendiri?

Semua perkara ini ada dikongsi dalam Anda Dilahirkan Berjaya (ADB). Satu modul pembangunan diri yang lain dari yang lain. Ianya asas, mudah dan praktikal. Bukan saya yang cakap tetapi mereka yang dah pernah hadiri modul ini. Ayuh tuan puan, usahakan diri mendapat menafaat dari ilmu-ilmu dalam ADB ini! Saya pasti tuan puan akan menyesal kerana tidak hadiri ADB ini lebih awal ...

Renungan: Apakah sumbangan saya untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik (peranan saya sebagai pemimpin). Dalam menyusuri hajat ini, adakah saya sentiasa menghubungkannya dengan maksud akhir hidup ini iaitu mendapat keredhaanNya? (peranan saya sebagai hamba Tuhan).

No comments:

Post a Comment