.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, March 4, 2012

YEF Bahagian Penghantaran


Jumaat lepas, tamat sessi ‘Young Executive Forum’ (YEF) yang bermula pada 29 Feb hingga 2 Mac 2012 untuk eksekutif-eksekutif muda Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad bertempat di Condominium TNB, Port Dickson.. Seramai 50 orang eksekutif dari seluruh Bahagian Penghantaran telah hadir dalam YEF kali ini.

Tujuan YEF ini ialah untuk menyerlahkan keupayaan memimpin di kalangan eksekutif muda ini. Bersama dengan Uztaz Sabri dan Bro. Faizul, aku telah diminta oleh pihak HRA Bahagian Penghantaran untuk memfasilitator YEF kali ini. YEF ini bolehlah dibahagikan kepada 3 sessi utama seperti berikut;
.
1) Perkongsian pengalaman Datuk Rozimi, VP Bah Penghantaran.

Datuk Rozimi telah mengemukakan satu persoalan yang cukup menarik perhatian aku. Tanya beliau, apakah satu tugas yang mana seseorang pemimpin itu tidak boleh ’delegate’ kepada anak buahnya? Macam-macam jawapan diberi oleh para peserta YEF ini. Sudahnya Datuk Rozimi menyatakan bahawa tugas yang tidak boleh di ’delegate’ itu ialah membuat keputusan.

Tambah beliau, para pemimpin perlu mempunyai keyakinan tinggi membuat keputusan. Pemimpin harus berupaya menyakinkan semua orang dengan apa yang telah diputuskan oleh pemimpin tersebut. Selanjutnya, pemimpin mesti berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan apa yang telah diputuskan. Dalam merealisasikan keputusan beliau itu, beliau juga perlu punya kemahiran mempengaruhi/menyakinkan/memotivasikan orang yang dipimpin beliau agar berusaha untuk merealisasikan keputusan beliau itu. Jika seseorang pemimpin itu gagal melaksanakan ini semua, sudah pasti orang sekeliling pemimpin tersebut akan hilang kepercayaan terhadap pemimpin tersebut.

Datuk Rozimi menegaskan bahawa keupayaan membuat keputusan ini perlu diasah dari mula alam pekerjaan lagi agar bila tiba masa untuk memimpin, kita sudah tidak kekok lagi membuat keputusan. Kita perlu ’practice, practice and practice’ hingga membuat keputusan merupakan perkara lumrah bagi kita. Aku sememangnya tidak mampu menafikan kata-kata Datuk ini dan aku sedar banyak masalah di dunia ini berpunca dari ketidakmampuan pemimpin membuat keputusan!
.
2) Perkongsian Nilai CPC-TEPCO oleh Uztaz Sabri dan Bro. Faizul

CPC-TEPCO yang diilhamkan oleh Datuk Rozimi ini adalah singkatan untuk nilai-nilai ’Competency-Passion-Commitment’ dan ’Teamwork-Engagement-Prioratize-Communication-Organize’. CPC merupakan nilai peribadi dan TEPCO pula merupakan nilai berpasukan yang perlu dititikberatkan dalam melaksanakan sebarang tugas dalam kerja seharian.

Aku amat tertarik dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh Uztaz Sabri dan Bro. Faizul dalam memberi kefahaman kepada para hadirin. Bagi setiap nilai ini, mereka telah menggunakan banyak pendekatan aktiviti dalam kelas yang menekankan soal-soal berikut;

Introduction
Reflection
Inputs
Non-Conformance
Prescribed Behavior
Action Plan
.
3) Perkongsian tajuk modul ‘Potensi Diri Anda’ (PDA) oleh aku sendiri.

Dalam PDA ini, aku telah menekankan soal kenal diri berdasarkan kepada konsep 'Stick Person'. Konsep ini amat penting kerana pemimpin mesti kenal diri dan tahu bagaimana diri itu beroperasi. Tambah pula pendekatan kenal diri melalui ‘Stick Person’ ini bersifat holistik, sudah pasti ini memudahkan para hadirin ini memimpin orang yang dipimpin mereka.

Berdasarkan kepada konsep 'Stick Person’ ini juga, para hadirin jelas dapat melihat peranan nilai dalam diri masing-masing. Nilai berperanan memastikan seseorang manusia itu bergerak di atas landasan yang betul agar tidak tergelincir dalam arus kehidupan. Aku memberitahu mereka bahawa nilai-nilai ini sebenarnya sudah sedia wujud dalam hati masing-masing hanyanya kebanyakan nilai ini ‘tertidur’ dan adalah tugas masing-masing untuk 'mengejutkan' nilai ini dari tidur.

Bagi menggunakan diri ini sebaik mungkin, aku katakan kepada mereka bahawa kita perlukan matlamat. Antara lain, matlamat berperanan mengelola diri agar terurus dan fokus dalam kehidupan ini. Tanpa matlamat, kita hanya berputar-putar sahaja dalam kehidupan tanpa sebarang pencapaian.

Bagi membantu membuat keputusan tentang matlamat apa yang mahu dicapai pula, aku telah kongsikan idea SWOT yang bertindak sebagai alat untuk membantu mengelola segala idea-idea yang bersarang dalam fikiran kita. Apabila segala idea dalam fikiran ini diluahkan di ’map-out’ berdasarkan rangka SWOT ini, mudah kita membuat keputusan tanpa mengabaikan sebarang buah fikiran kita.
.
Sudahnya, aku nampak jelas bahawa SWOT dan 'Stick Person' merupakan alat dalam usaha untuk mempertingkatkan keupayaan membuat keputusan dan megamalkan nilai-nilai CPC-TEPCO. Aku harap para peserta YEF ini dapat menafaatkan ilmu ini dalam hidup mereka. Bukan senang nak dapat ilmu sebegini. Nampak mudah tetapi jarang diketahui orang. Aku harap para peserta YEF ini sedar mengenai hal ini.

Akhir kata, aku dapat lihat jika segala ilmu yang dikongsi dalam YEF ini disusun dengan lebih sistematik, pasti ini akan membentuk satu modul yang cukup hebat terutama untuk membina asas kepimpinan yang berwibawa. Aku mahu namakan modul ini PIMPINAN 5 BINTANG!

No comments:

Post a Comment